Wednesday, 5 April 2017

Murah Rezeki & Lapang Urusan Dengan Dhuha

Sesuatu berlaku pasti ada permulaan

Begitu juga dengan Dhuha

Dari pandang acuh tak acuh menjadi suka.

Ani & Dhuha


Dhuha Lapang Urusan

Sebenarnya memang mama seru ani buat dhuha tapi sebab mungkin tak faham masa tu, jadi bila mama suruh je baru ani buat, buat tanpa niat. Kosonglah kan huhu tapi ani faham sesuatu yang baik memang perlu dipaksa kan? 

Kisahnya bermula begini, ani nak balik U, ani malas malas malas malas sangat-sangat haritu nak balik U, sampaikan kalau ani gerak sendiri dari rumah naik LRT ke Puduraya confirm ani tak kan dapat kejar tiket bas sebab masa tu, ani tak gerak dan masih lagi di rumah!

Kemudian, apa yang mama buat, mama drive hantar ke Puduraya. tapi nak ceritanya dari kereta bergerak sampai ke Puduraya traffic light hijau! ani tak tipu, ani siap gelak lagi, teruja dan mempesona sungguh. Ku lihat Mama kata tadi ko buat dhuha? aah buat. mama suruh. Ani sampai Puduraya, ani siap boleh beli air, coklat bagai huhu. Start dari tu, ani belajar buat dengan sukarela

4 Kelebihan Solat Sunat Dhuha


  • Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan (Hadis Riwayat Tarmidzi)
  • Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat (Hadis Riwayat Hakim)
  • Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakan lapan rakaat, maka ALLAH SWT tulis dia seorang yang taat.Barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka ALLAH SWT akan membangunkan sebuah rumah disyurga untuknya (Hadis Riwayat At-Thabrani)
  • Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya AKU (ALLAH) akan mencukupimu di akhir harimu (Hadis Riwayat Abu Darda)
Dhuha juga dikira sedekah anggota badan kan.

Berikan energi pada diri sendiri di pertengahan pagi dengan 2 rakaat solat dhuha

Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan dan produk yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

No comments:

Post a Comment

Penjimatan Pembelian Vivix Bulan 12/2017

Bulan 12 ni promo Vivix Tapi bagaimana penjimatan pembelian Vivix boleh berlaku? Begini caranya :) Penjimatan Pembelian Vivix ...