Sunday 10 September 2023

Pertama Kali Ke Taman Tugu

Bagi yang menetap di Kuala Lumpur, pasti tidak asing dengan Taman Tugu kan>

Tempat orang beriadah, kebiasaan hari sabtu dan ahad

Dan percayalah, ini adalah pertama kali saya pergi ke Taman Tugu :)

Pertama Kali Ke Taman Tugu


Sebenarnya ada perkara terjadi di Taman Tugu hihi

  • Saya adalah orang yang suka mendaki. Jangan biarkan saya ke depan, nanti saya akan rasa seperti free berjalan tanpa memikirkan apa-apa, rasa dah perlahan tapi sekali ada yang tertinggal. Kisahnya saya tak perasan belakang saya 2 keluarga orang putih, adik dah ke belakang. Adik kata "bye kak". fahaman saya, itu tandanya jalan lah sendiri, maka saya masuklah secondary trail. Sekali dengar adik jerit "kak..mana kau" dah bersahutan kami dua beradik dalam hutan tu. Rupanya maksud adik "tunggu" huhu
  • Ada satu kawasan yang nak masuk ke checkpoint baru (Taman Tugu ada 30 checkpoints).. ada monyet yang banyak, takpe lalu je wak. Ada keluarga belakang anaknya siap kata u u a ah huhu(mengajuk monyet)
  • Nanny chinese kehilangan cucu 5 orang, kanak-kanak pula tu. Dalam tu banyak persimpangan dan trails. Hati-hati dan jika terjadi kejadian tersebut, hubungi nombor yang tertera pada signboard pada setiap checkpoints
  • Dah turun terperangkap dengan sekumpulan monyet yang kelaparan. Saya berjalan di hadapan, di hadapan saya ada 2 ekor monyet, seekor dah pandang beg dan gaya nak menerkam beg. Atas pokok pun ada beg dan belakang pun ada monyet yang mengintai. Masa kejadian tersebut, adik dah panik. Saya cuba bagi isyarat tangan takde tapi gaya monyet tak faham huhu maka saya tunjuk beg saya. Izin Allah dia pun berlalu. Monyet kedua hadapan saya, saya sempat tegur Assalamualaikum lalu dia pun pergi :D Alhamdulillah
Dengar juga ada yang baling mercun, tapi bagi saya janganlah awak..kita yang datang tempat dia. Jangan bawa makanan andai takut monyet

Gambar di Taman Tugu








Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Tiktok/ig : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...