Thursday 7 September 2023

Kisah Motivasi : J.K Rowling

Siapa tak suka tengok Harry Potter kan?

Siapa tak kenal Harry Potter? ini soalan rare hehe

Dan ketahuilah seorang yang berjaya ada halangannya sendiri dan mereka berusaha sehingga berjaya

J.K Rowling

J.K Rowling

Di sebalik 450 juta naskah Harry Potter yang terjual dan telah diterjemahkan sehingga 50 bahasa kepada 50 negara. J.K Rowling ada kisahnya sendiri :)

Apa yang saya kongsikan adalah cerita yang telah diringkaskan, yang mana penting bagi saya yang boleh memberi inspirasi insyaa Allah :)

Ayah J.K Rowling adalah seorang jurutera kapal terbang manakala Ibunya pula adalah seorang pembantu makmal kimia. Dan Ibunyalah yang memupuk sifat sukakan membaca

J.K Rowling ni anak yang bijak taw, Beliau lulus untuk memasuki University of Oxford cuma gagal dalam pemilihan course. Maka, Beliau meneruskan pembelajaran di University of Exeter dalam course Bahasa Perancis Dan Klasik. (Bahasa inilah yang membantu Beliau mencipta mantera yang di adun dalam watak penciptaanya)

Perkahwinannya tak seindah yang disangka. Bekas suaminya adalah seorang yang baran dan kaki pukul maka bercerailah. Pendek cerita, Beliau duduk di rumah kecil bersama anaknya bersandarkan dengan bantuan kebajikan masyarakat. Beliau masa ni rasa dirinya teruk sangat sebab gagal dalam kerjaya, gagal dalam rumah tangga dan sebagainya hinggakan pernah terfikir untuk bunuh diri tapi Beliau memilih jalan positif dengan menulis buku Harry Potter

Penulisannya mengambil masa selama 5 tahun dan kemudian 12 syarikat penerbitan menolaknya atas sebab buku ini tak sesuai untuk kanak-kanak membaca dan kanak-kanak tak tertarik dengan buku tersebut. Namun, berkat sabar tanpa jemu, akhirnya satu company kecil Barry Cunningham of Bloomsbury, London berminat dengan bukunya. Buku pertamanya adalah Harry Potter and The Philospoher Stone

Kemudian Warner Bros lamar untuk perfileman. Hingga kini terdapat 7 jilid buku Harry Potter dan Beliau membina web untuk para penggemar Harry Potter : "Pottermore"

J.K. Rowling : Berdiri gah sebagai seorang Billionaire 

Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya
Dengan kerbekesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Tiktok/ig : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...