Friday 9 December 2016

Perancangan Ani 20 Tahun Akan Datang

Bila cerita tentang ni senyum je :)

Yelah manusia merancang, namun Allah sebaik-baik perancang. Hidup kena ada terget kan? Bila ada target kita tahu usaha hari ini yang kita lakukan tidak sia-sia, In syaa Allah

 Perancangan Ani 20 Tahun Akan Datang


Perancangan Ani 20 Tahun Akan Datang


Untuk 20 tahun akan datang, In syaa Allah pastinya ani impikan ani sudah berkeluarga dan ada cara hidup yang sederhana. Sederhana maksudnya bagaimana ani? ani nak asuh anak-anak ani dalam gaya hidup yang sederhana. Rumah tinggal ani masih nak rumah teres setingkat, biarlah asuh dalam keadaan sederhana dan ada rahmat Allah. Rahmat Dia buat keluarga apa pun tetap bersama kan? In syaa Allah :)

Dari segi kewangan, masa tu ani ada aset property untuk ani sewakan. Ani sangat suka rumah taw, ani suka tengok harga rumah, kawasan.. kadang-kadang mama pun layan, ani beli rumah ni! Ani kata mama doakan. Bagi ani, tiada yang mustahil. Ani impikan beli aset rumah cash hee. Ani terinspirasi dengan yang rapat beli aset cash. Biarlah nampak biasa-biasa, macam tak de pape tapi hidup beli tanpa hutang dan in sya Allah 20 tahun akan datang keluarga bebas hutang, Alhamdulillah.

Best kan, buat business, jaga anak, masa ni..fokus ani memang untuk asuh anak, merekalah saham akhirat ani. Amanah, In syaa Allah. Dalam masa yang sama ani teringin nak waqaf, takkanlah ani nak tengok je arwah atuk dan nenek je waqaf? bayang mereka dah meninggal pahala masuk hari-hari. Ingat nak menangis taw, nampak harta dunia makin sikit tapi sebenarnya tak pernah kurang (kami yang tahu) hidup mereka ajar anak-anak, mak ani lah hehe sangat sederhana. Ani terinspire kat sini!

In syaa Allah 20 tahun akan datang ani ada simpanan untuk waqaf. Saham akhirat kan, buat dengan suami bestnya. dalam 50 tahun dah boleh labur buatlah dengan benda ni untuk diwaqafkan. Besarnya cita-cita.

Impian tu takkan terhasil jika tak buat apa-apa. Moga Allah bagi ani rasa sihat, ani teruskan usaha untuk diri ani, ani tak nak tengok jalan orang. Biarlah orang begitu begini penting ani tak berhenti
berjalan, ani usaha pada jalan ani, Usaha sekarang, In syaa Allah, bukankah Dia Maha Memperkenankan :)

Niat pun dah dapat satu pahala In syaa Allah

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kan?

Jadi, ani kena betulkan diri, kekurangan ani, teruskan usaha, In syaa Allah

Itu penghidupan yang ani nak, Alhamdulillah

Rasa taip ni macam dah dapat, seronoknya Alhamdulillah


Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri,

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...