Sunday 17 February 2019

Cari Nasi Mandy? Paradise Reyan, Aeon Big Wangsa Maju

Mencari makanan nasi arab/nasi mandy kawasan Wangsa Maju, Setapak?


Saya sangat recommend Paradise Reyan, Aeon Big Wangsa Maju


Kebaikan dibalas dengan kebaikan kan? Insyaa ALLAH

Saya Recommend : Paradise Reyan, Aeon Big Wangsa Maju

Nasi Mandy Paradise Reyan, Aeon Big Wangsa Maju
Abaikan lighting tempat duduk saya dan tudung, fokus pada kebaikannya

Asbab kedai mak yang nak makan dah kehabisan, kami menuju Paradise Reyan, Aeon Big, Wangsa Maju

Kami tiga orang. Masyaa ALLAH, kami order nasi mandy untuk 2 pax extra plate, dia kata Ok sambil senyum (saya ingat mula-mula dia staff tapi saya rasa bukan)

Kenapa 2 pax?Sebab tahu nasi mandy kuantitinya banyak plus ada minuman sekali kan. Saya memang bawa air masak ke mana-mana dan kaki air masak, jadi memang takde rasa nak order air

Suddenly staff (orang berbeza yang hantar), dia hantar 3. Oh ok! kami order 2. "Takpe kami memang macam ni. 3 orang untuk 3 "eh jap, masuk bil lah kan? "Tak, harga memang macam ni" 

Sejujurnya, saya tak nampak apa-apa promo yang bagi extra. Dalam hati kata SubhanAllah baiknya, kemudian datang pula sup dan sos/tomato arab. Kalian tahu dia buat juga 3 set tersentuhnya hati

Datang nasinya, yes ayam 3 untuk 3 orang. Hasilnya kami bungkus bawa balik. ALLAHU

Sup dan Sos Tomato Nasi Mandy, Paradise Reyan, Aeon Big Wangsa Maju

Nasi Mandy, Paradise Reyan, Aeon Big Wangsa Maju

Bayar ye harga sama untuk 2 pax. Alhamdulillah. ALLAH Maha Baik!

Nak recommend, nak makan nasi mandy, pergi Paradise Reyan, Aeon Big Wangsa Maju

Nak makan jangan lupa vitamin

Alhamdulillah atas segalanya

Pengajaran

Anda tinggalkan sesuatu yang cantik di hati saya, insyaa ALLAH. Saya nak jadi usahawanita yang pemurah. Percayalah sepanjang makan saya tak nampak dia (orang yang pertama ambil order kami tu) sehingga kami keluar

ALLAH sebaik-baik balasan kebaikan

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahu Akbar

Semoga Bermanfaat!

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda
Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895
"Do what you love"

2 comments:

  1. Alahamduillah rezeki tu puan..

    semakin disyukuri nikmat tersebut makin bertambah pulak..in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Inspirasi untuk berbuat baik insyaa ALLAH

      Delete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...