Jangkitan pada luka bersalin, Jangan pandang remeh!

Berpantang selepas bersalin antara amalan sinonim di kalangan masyarakat kita.

Ada yang masih berpegang teguh dan percaya kepada kepentingan dan kemujaraban.

Mungkin antara cara berpantang kedengaran agak tegas dan ketat, namun jangan pandang remeh!

Jangkitan pada luka bersalin


Jangkitan pada luka bersalin


Kejadian jangkitan kuman pada luka pembedahan kebiasaannya lebih ketara berbanding bersalin normal.

Faktor Jangkitan


Antara beberapa faktor yang mendedahkan Ibu kepada jangkitan kuman ini adalah :
  • Obes
  • Masalah paras gula dalam darah (penggunaan steroid dan ubatan imunosuppression)
  • Kekurangan darah semasa hamil (anemia) : boleh menyebabkan berlakunya infeksi
  • Masalah semasa pembedahan yang menyebabkan pendarahan & pembentukan darah beku di bawah luka boleh menyebabkan infeksi dan luka akan tersobek (bekah)
  • Air ketubn yang telah pecah lama dan jikaa bayi telah berak di dalam rahim juga mendedahkan kemungkinan untuk mendapat jangkitan

Simptom


Luka yang bernanah atau tersobek selepas pembedahan biasanya akan bermula dengan demam. Kebiasaannya,akan berlaku lebih kurang pada hari keempat selepas pembedahan

Ada sakit pada bahagian luka, kemerahan dan jika bernanah mungkin terdapat nanah yang terkeluar daripada bahagian luka tersebut, Kadangkala terjadi pada jangkitan rahim itu sendiri

Adakala jangkitan boleh merebak sehingga melibatkan lapisan rectus iaitu selaput tebal dibawah lapisan lemak yang mana lapisan ini adalah satu selaput tebal yang memegang seluruh isi kandungan abdomen atau perut. Jika lapisan ini terlibat, ia boleh menyebabkan keseluruhan lapisan perut terobek sehingga menampakkan isi kandungan perut. Keadaan ini dipanggil burst abdomen atau dalam lain perkataan keseluruhan lapisan perut telah pecah.

Jika berlaku burst abdomen kuman boleh merebak ke seluruh ruang abdomen juga boleh menyebabkan septisemia iaitu kuman merebak ke seluruh tubuh. Boleh berlakunya jangkitan kuman pada rahim dalam organ dan sekitarnya

Penjagaan


  • Perlu memakan makanan seimbang dan berkhasiat. Jika berpantang berlebihan ini akan melambatkan proses penyembuhan. Kebanyakan orang kita takut untuk makan telur tetapi ia sebenarnya tidak mendatang kemudharatan pada luka yang dialami. Sebaliknya, ia baik untuk proses penyembuhan
  • Pengambilan ubat yang tidak diiktiraf perlu dielakkan kerana kadangkala di dalam ubatan ini mempunyai steroid yang tinggi dan membahayakan
  • Bagi mereka yang mengalami jangkitan yang serius sehinggakan melibatkan terjadi burst abdomen dan jangkitan pada seluruh pelvis adalah dinasihatkan menjadi pembedahan semula pada kehamilan akan datang
Apa yang penting adalah, apabila luka bernanah, segeralah merujuk kepada Doktor kerana Doktor lebih arif tentang kesihatan pesakitnya

Ikhtiar Luka Ceaser Ibu Berpantang Ini Kering Hanya Dalam Masa Seminggu





Semoga Bermanfaat! :)


Anda Berminat Dengan Vivix Shaklee?


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang
ATAU
Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

1 comment:

  1. semoga dilindungi dari sebarang bencana. amin..

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    ReplyDelete

Keletihan Adrenal Penyebab Kelesuan Tubuh

Dengan kehidupan yang sentiasa sibuk 24 jam, 7 hari seminggu ia akan memberi kelesuan pada tubuh Apa itu kelenjar Adrenal? Penting ke un...