Wednesday 20 July 2016

Cara Suburkan Air Mani


Mengikut World Health Organization, Organisasi Kesihatan Sedunia bilangan sperma normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani.

Dan tahukah anda yang sebenarnya bilangan sperma adalah perkara terpenting dalam menentukan tahap kesuburan orang lelaki.

Selain daripada bilangan sperma, motility iaitu keupayaan sel untuk bergerak sendiri dan morfologi iaitu bentuk sperma , isi padu, tahap kepekatan fructose dan pH air mani juga amat di titik beratkan.

Kesuburan Lelaki


Kesuburan Lelaki : Cara Suburkan Air Mani

Bilangan sperma adalah perkara terpenting dalam menentukan tahap kesuburan orang lelaki di samping kualitinya.  


 Antara Penyebab Berlakunya  Kekurangan Bilangan Sperma:


  • Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
  • Alkohol
  • Penggunaan komputer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
  • Merokok
  • Tekanan
  • Obesiti
  • Faktor kesihatan seperti "varicocele", keradangan pada testicles dan prostate, masalah ejakulasi, anti sperm antibodi, tumor, ketidakseimbangan hormon, gluten intoleance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.

3 Cara Bagi Mengelakkan Perkara Yang Boleh Mengurangkan Kesuburan


  • Elakkan Dari Memakai Seluar Ketat
Ia termasuklah seluar dalam yang ketat  juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan . Ada juga kajian yang mengatakan bahawa pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam.

  • Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia Dan Radiasi
Sinaran X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenal pasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur.

  • Elakkan suhu yang terlalu panas
Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur  kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga.

Penggunaan laptop di atas riba juga  boleh dikatakan  mengganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan  terhala ke bahagian sulit lelaki. Lebih elok, letakkan  alas  atau pelapik yang boleh menghalang haba daripada membunuh sperma.

5 Jenis Makanan Yang Boleh Meningkatkan Bilangan Sperma


  • Buah Pisang
Pisang membantu dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain,iaitu sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzim anti-inflamatory semulajadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone.

Buah pisang juga kaya dengan Vitamin B1, A dan C yang turut penting dalam penghasilan sperma yang baik.

  • Bawang Putih
Bawang Putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih mengandungi selenium dan Vitamin B6  penting bagi penghasilan sperma yang sihat.

  • Buah Delima
Buah Delima mengandungi bahan antioksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Ia juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.

Kajian yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health Sciences (2013) membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap  malondialdehyde (MDA) dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.

Pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas dalam badan dan boleh meningkatkan kualiti sperma.

  • Daging Merah
Daging mengandungi zat seperti Zinc yang membantu menghalang radikal bebas daripada menjadi sebahagian dari sperma sekaligus mengurangkan kualitinya. Zinc  membantu testosterone daripada bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurangnya nafsu syahwat.

Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg Zinc setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg setiap hari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

  • Kacang Walnut
Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak Omega 3 (Omega 3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang yang lain.


Supplements Untuk Kesihatan Lelaki & Merawat Masalah Kesuburan


  • Omega Guard
Omega Guard Kesihatan Lelaki & Suburkan Air Mani

Omega Guard Omega 3 bersumberkan minyak ikan. Minyak Ikan sangat diperlukan untuk kesihatan jantung kerana ia memperbaiki level HDL kolesterol dan membawa LDL kolesterol untuk dilupuskan , jadi salur darah menjadi bersih.

Omega Guard Shaklee mempunyai kepekatan DHA & EPA yang tinggi.

  • Vivix
Vivix bertindak melalui 4 langkah iaitu

  1. Membaiki dan melindungi sel
  2. Memberi kesan positif kepada pengawalan genetik
  3. Penghasilan tenaga (motikondria)
  4. Melambatkan penghasilan AGE protein





  • Vitamin E
Vitamin E bantu suburkan air mani

Vitamin E membantu dalam meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel sperma.

Vitamin E Shaklee mengandungi Selenium iaitu bahan berkuasa yang melindungi pembengkakan kanser dan mengekalkan kesihatan salur darah. Ianya juga mampu meningkatkan kesuburan khasnya dalam pergerakan sperma.

  • Zinc Complex
Zinc Complex Suburkan Air Mani

Zinc mempunyai kualiti yang tinggi dalam sperma. Ia membaiki dalam bilangan, bentuk dan juga pergerakan sperma. Ianya juga mampu membantu mengurangkan pembengkakan prostat dan mencegah mati pucuk.


Semoga Bermanfaat! :)


Anda Berminat Dengan Vitamin Shaklee?


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?


Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
fb@Instagram : LuvHaryani


"Do What You Love"

2 comments:

  1. Benda penting ni seharusnya dijaga dengan baik...

    ReplyDelete
  2. Kna post testemoni lelaki terhebat tuan....

    ReplyDelete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...