Tuesday, 11 December 2018

Tadabbur Surah Muhammad,Ayat 7-9

Ilmu ni saya dapat dari Ustazah Suraya dalam kelas pengajian

Surah Muhammad, Nabi Muhammad SAW

Apa intinya dalam ayat 7 sehingga 9

Tadabbur Surah Muhammad, Ayat 7-9


Tadabbur Surah Muhammad, ayat 7-9

Ayat 7 : Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong agama ALLAH, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu

Penerangan : Siapa nama kita? "Orang yang beriman". Orang beriman ada ciri tersebut "Jika kamu menolong agama ALLAH, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

Kita menentukan jalan hidup kita sendiri. Kita mampu membezakan baik dan buruk dengan menggunakan akal. Mana nak tahu amalannya? dalam buku amalan

AyatNYA menggunakan "Jika" bermaksud di sini ayat ini adalah pilihan dan tawaran

Apa makna tolong ALLAH? fahamkan.. bukan kamu tolong ALLAH, tapi kamu tolong hamba-hamba ALLAH yang lemah. ALLAH itu Maha Kuat

Contoh orang meninggal. Kita melawat siapa? sebenarnya lawat orang hidup -> keluarganya, tolong hamba-hamba ALLAH yang lemah

Ajar orang mengaji juga bantu hamba-hamba ALLAH yang lemah. 

Kamu bantu, tolong hamba ALLAH yang lemah, tolong angkat agama ALLAH, tolong Nabi, pasti ALLAH akan tolong kamu

Jalan yang kita buat kerja bukanlah punca kepada rezeki, tetapi kamu bantu ALLAH, ALLAH bantu kamu

ALLAH bagi ujian, ujian dan ujian sebab ALLAH nak bagi sesuatu pada kamu

Orang yang bahagia itu menganggap masalah itu potensi untuk akrab dengan ALLAH sebab dia faham ALLAH nak bagi hadiah kepadanya. Bahagia dengan ujian. Syukur rank 1, sabar rank2

Tengok saja Surah Al Fatihah..bermula dengan Alhamdulilah (Syukur)

Tolong ALLAH, ALLAH nak tetapkan kamu supaya istiqomah

Ayat 7 tunjuk wajibnya berdakwah. Kita nampak sesuatu yang tak diangkat lagi oleh orang lain, kita angkatkan. Tapi, andai ada yang dah angkat, bantu dalam dakwah tersebut.

Ayat 8 : Dan orang yang kafir, maka celakalah mereka dan ALLAH menghapuskan segala amalnya

Penerangan : Di sini jelas orang kafir ada buat baik. Kafir bukan non muslim. Kafir adalah orang yang ingkar perintah ALLAH

Biasa doa zuriat/pasangan selepas solat jemaah kan? Ayat "qurroh" bermaksud terpegun, terpesona. Maksud di sini, pergi mana-mana suami nampak isteri dan anak-anak, isteri pula nampak suami dan anak-anak

Kita nak qurroh, yang menenangkan, yang mendamaikan

Anak bermasalah membuatkan asyik memikir, mengawasi, pandang geram (takde qurroh). Ibu Ayah salah pada diri sendiri, hati ada penyakit

ALLAH dah buat kamu terbaik, kenapa tak nak jadi terbaik? (Surah As-Sajdah)

Kafir amalan ditolak. sebab apa? amalan kerana manusia.

Contoh mudah : Anak orang beriman , mereka menganggap anak ini hamba ALLAH, amanah ALLAH namun orang yang ingkar, anak tu anak aku. Celaka dalam ayat 8 merujuk kepada stress sebab buat bukan kerana ALLAH tapi kerana manusia

Semua milik ALLAH. Semasa kita diberi pilihan, ALLAH nak tolong. Jangan bagi alasan

Nabi Ayub ada 12 orang anak, 7 tahun derita, selepas itu Rahmah (isterinya) beranak lagi 24 orang pada usia 77 tahun

Apabila ALLAH beri, jangan tolak. Terima dulu sebab ALLAH nak tolong

Ada orang takde kenderaan tak nak pergi kelas, ada orang takde kenderaan pergi kelas (ALLAH bantu) tumpang kereta kawan, bas, dan sebagainya

Kelemahan adalah satu kelebihan untuk ALLAH bantu kita. Orang yang tak tolong ALLAH, hilang masanya

Ayat 9 :Yang demikian itu, kerana mereka membenci apa (Al-Qur'an)yang diturunkan ALLAH, maka ALLAH menghapuskan segala amal mereka.

Huraian : ayat "karihu" bermaksud benci, kamu tak dekat dengan dia atas apa yang AKU bagi pada kamu. apa dia? Al-Qur'an

Tahfiz ekonomi rumah tangga ada di Kelantan. Untuk wanita, menjahit, mengemas dan memasak adalah laluan saham akhirat, Redha suami melalui 3 elemen ini. Semua benda adalah milik ALLAH

Semoga Bermanfaat!


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do what you love"

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...