Monday 31 July 2023

Promosi Shaklee Ogos Merdeka 2023

 Julai telah pun menutup tirainya, kini tibalah bulan baru Ogos 2023

Secara jujurnya, dalam banyak-banyak promosi Shaklee saya pasti teruja dan gembira jika promosi tersebut pada bulan Ogos sebab promosi tersebut pasti berkaitan dengan Merdeka 

Jadi, ianya lebih istimewa :)

Promosi Shaklee Ogos Merdeka 2023


Promosi Shaklee Ogos Merdeka 2023
Tengok expiry date di bawah gambar setiap produk

Mula-mula masa saya tengok poster Merdeka Sale ni, saya ingat Shaklee jual Promosi Merdeka ini bentuk set, rupanya tidak huhu. Ianya loose, Alhamdulillah :)

Produk Shaklee Untuk Promosi Shaklee Ogos Merdeka

Promosi Shaklee Ogos Merdeka ESP 2023

Promosi Shaklee Ogos Merdeka GLA Complex 2023

Promosi Shaklee Ogos Merdeka Hero Kiddo

Promosi Shaklee Ogos Merdeka Vitalea for Children

Best dan berbaloi kan? Jom grab promosi shaklee ogos 2023! :)

Semoga Bermanfaat!

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Jom jadi Ahli Shaklee bersama Saya

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Sah Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

Saturday 29 July 2023

Percutian Shaklee Yang Indah!

Bila sebut bisnes MLM, mana-mana syarikat sekalipun pasti ada trip percutian bagi yang memenuhi syarat 

Yang istimewanya bisnes Shaklee adalah kita boleh bawa ahli keluarga mengikut points

Percutian Shaklee semua di taja taw! Alahai indahnya :)

Percutian Shaklee Yang Indah!

Percutian Shaklee Yang Indah
Team iReach

Tengok gambar pun indah kan? Gambar ni Team iReach pergi ke Jepun, Shaklee ukur baju masing-masing di KL sebelum berangkat bercuti. 

Helen (bekas Presiden Malaysia) selalu pesan pada kesemua Leaders Shaklee kita bercuti bukan sekadar bercuti tapi kita cuba masuk dengan budaya/ tempat di sana. Beza kan jalan-jalan sahaja atau kita memahami budaya, adat tempat disana? Minda kita berkembang, jauh perjalanan luas pemandangan :)

3 Jenis Trips Shaklee

  • REGIONAL
Regional kebiasaan berhampiran Malaysia. Jika dulu ianya dalam Malaysia, sekarang Shaklee expand..kita pergi negara yang berhampiran Malaysia juga. Seronok kan?

Mana tak seronok aisyh semua di taja :D. Contoh pergi ke Thailand baju tradisional mereka pun Shaklee tempat untuk setiap Leaders. Hotel/ makanan/ duit poket Bath ha.. tak ke indahnya nikmat dunia! Belum lagi lah hai surprise yang Shaklee buat ^-^

Team iReach di Lop Buri, Thailand

Ayutthaya Historical Park 

  • INTERNATIONAL 

Bagi Trip International, points yang diperlukan lebih tinggi dan lebih berbaloi. Seperti contoh Trip Switzerland bukan main-main

Antara tempat yang dikunjungi :

  1. Zurich - Lucern - Burgenstock
  2. Mount Titlis
  3. Jungfrau Top of Europe 
  4. Lausenne & Gruyeres
  5. Lausenne - Olympic Museum 
  6. Charlie Chaplin World & Montreux
  7. Geneva
Ha..tengok list Trip Switzerland tu, Masyaa Allah indahnya nikmat dunia :). Kesemuanya Shaklee yang belanja ;)

Di manja-manja, di sayang-sayang . Salah satu surprise Shaklee untuk Leaders Malaysia 

Tengoklah Shaklee beri layanan kepada Leaders indah dan tenangnya :)

  • UMRAH
Shaklee juga buat Umrah bagi Leaders yang memilih untuk ke Umrah. Umrah pun Shaklee akan pastikan ianya 5 bintang. Hotel yang sangat dekat. Ada buah-buahan di Hotel. Kain ihram/Telekung ditaja. Duit poket Riyal pun Shaklee beri.

Bayangkan beribadah dengan nikmat sebegitu.. bagaimana pula indahnya Syurga. Tak terbayang dek minda

Umrah Shaklee Malaysia

Hadiah Shaklee di bilik Hotel 

Bilik Leaders Shaklee Malaysia 

Destinasi Percutian Shaklee 2024


Ke mana pula Shaklee pergi untuk tahun hadapan?

International 

Regional

Best kan? Jom bisnes bersama Saya. Semuanya bermula dengan langkah pertama:)

Semoga Bermanfaat!

Jom jadi Ahli Shaklee bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee.  Kehadiran Anda amatlah dialukan. 

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani 
sms/whatsapp : 014-7222642 
fb : Pengedar Sah Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani 
Shaklee ID : 1073895

Friday 28 July 2023

3 Tips Travel Penting Untuk Bercuti

Bila sebut je travel ya Allah indahnya..

Bunga-bunga senyuman terlakar di bibir dan minda gitu

Hidup ini indah ^-^

Tips Travel Penting Untuk Percutian Yang Selesa

Tips Travel

Indahnya percutian, tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan keselamatan semasa percutian. Diantaranya adalah : 

  • Pastikan Wang tunai dan kad-kad Anda di simpan dalam keadaan yang selamat
Sebelum memulakan percutian, pastikan anda mempunyai lebihan tunai sebagai langkah berjaga jika ada apa-apa perkara yang tidak di ingini berlaku seperti contoh.. kad tiba-tiba tak boleh digunakan seketika di kedai tersebut atas sebab rangkaian atau sebagainya.

Simpan semua resit semasa percutian, semak akaun secara berkala dan cermat dengan penggunaan wang asing ketika melakukan pembayaran dan perbelanjaan dan berhati-hati dengan pick pocket/ penyeluk saku. 

  • Kaji tempat, budaya dan pemakaian
Mengkaji cuaca sebelum bercuti itu amatlah penting.  Secara tidak langsung,  kita akan memilih pemakaian yang sesuai, mempelajari kod pemakaian warga tempatan dan memakai pakaian yang simple yang ianya masuk dengan mereka dan tidak terlihat canggung. 

Sebaiknya kaji budaya dan bahasa mereka terlebih dahulu seperti ucapan-ucapan asas sebagai contoh: maaf, terima kasih, berapa harga dan sebagainya

Apabila memahami budaya mereka, secara tidak langsung anda sebenarnya menghormati negara tersebut

  • Passport dan dokumen
Jaga passport dan dokumen dengan sebaiknya semasa percutian. Maklumkan kepada family/ teman ke mana-mana yang ingin kita kunjungi.

Jika ianya adalah satu idea yang baik, tinggalkan salinan passport kepada ahli keluarga atau kawan-kawan yang bersama-bersama bercuti dengan kita sebagai langkah keselamatan

  • Kit pertolongan cemas 
Bawa plaster, lotion, minyak cap kapak, lampu suluh, kipas kecil dan lupa ubat-ubatan peribadi anda. Di tempat orang, suhu pasti berbeza dan kit sangat membantu sebagai langkah penjagaan dan keselamatan diri

Bawa juga vitamin kerana vitamin bantu lengkapkan nutrient yang tiada atau hilang pada tubuh. Biarlah travel dalam keadaan sihat dan ceria, insyaa Allah

Semoga Tips Travel ini membantu anda dalam perancangan percutian!

Semoga Bermanfaat!

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani 
sms/whatsapp : 014-7222642 
fb : Pengedar Sah Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani 
Shaklee ID : 1073895

Wednesday 19 July 2023

Program Zumba Team iReach Shaklee

Hari sabtu lepas telah diadakan Program Zumba hanya untuk Team iReach

Sebenarnya ianya kesinambungan kelas Handling Stress pada bulan lepas. Kini kami lakukan Healing + Zumba

Program Zumba Team iReach Shaklee 


Sebenarnya healing ni pelbagai cara boleh dilakukan mengikut kesukaan kita

Tapi healing utama jangan lupa solat sunat taubat, solat sunat tahajud dan mengadulah kesemuanya kepada Allah.

Diprogram ini saya belajar healing ada pelbagai cara seperti meditation, exercise, time in nature, sleep well, connect socially, eat well and prioritise task

Paling penting sekali maafkan diri kita sendiri. Kita manusia pasti tidak sempurna, pasti tak lari dari kekurangan. Apabila kita maafkan diri sendiri, kita akan rasa hilang bebanan yang ditanggung dan kelegaan hati

Healinglah, kerana diri Mu sangat berharga 🤍

Gambar Semasa Program Healing+Zumba Berlangsung


Masa ni semua mengeluarkan air mata

Vitamin H : hugs 

Jom berzumba 

Sambil Healing+Zumba, menang pula game dapat hadiah setong ESP

Best kan group kami? Jom berbisnes atau jadi ahli makan sendiri boleh join Zumba team kami next session ❤ 

Semoga Bermanfaat!

Dengan keberkesanan dan produk yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. 

Jom jadi Ahli Shaklee bersama Saya

Hubungi saya Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani 
sms/whatsapp : 014-7222642 
fb : Pengedar Sah Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani 
Shaklee ID : 1073895

Monday 17 July 2023

Salam Maal Hijrah 1445H

Beberapa jam saja lagi kita bakal meninggalkan Tahun 1444H

Sungguh pantas masa berlalu, bagaimana dengan usia kita, amal kita..

Masa berbaki..jom muhasabah diri, Insyaa Allah
 

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1445H

Hijrah bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain atau sangat sinonim dengan masyarakat kita iaitu "perubahan"

Perubahan ke arah lebih baik dari tahun ke tahun, perubahan pada diri, fizikal spiritual, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia, hubungan dengan alam sekitar, urusan pekerjaan dan sebagainya..

Bila sebut perubahan ada yang berazam untuk terus kepada banyak perkara. Boleh :) tapi bagi diri saya sendiri, saya lebih berpegang kepada perubahan yang sedikit namun istiqamah insyaa Allah. Langkah demi langkah insyaa Allah

Jika sebelum ni sukar untuk berselawat 10 kali setiap hari, hijrah untuk bersungguh 10 kali berselawat setiap hari atau, jika sukar untuk senyum dengan jiran tetangga, hijrah kali ni nak senyum kepada jiran tetangga.

Apa saja yang memberi manfaat pada diri dan masyarakat..insyaa Allah

Moga kita dalam kebaikan dan redhaNya insyaa Allah

Doa Penutup Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun


Salam Maal Hijrah 1445H!

Semoga Bermanfaat!

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Jom jadi Ahli Shaklee bersama Saya

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani 
sms/whatsapp: 014-7222642 
fb : Pengedar Sah Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani 
Shaklee ID : 1073895

Tips Bisnes Online

Bestnya dengan bisnes online ini adalah kedai 24 jam tanpa fizikal kedai itu sendiri

Tidak perlu bayar sewa kedai, bil elektrik, bil air dan juga gaji pekerja

Best kan bila sebut bisnes online? Tapi apa yang perlu dipelajari sebelum memulakan bisnes online? Jom baca Tips Bisnes Online satu persatu :)

Tips Bisnes Online


Tips Bisnes Online

  • Cari Ilmu Berniaga
Apa saja yang kita lakukan perlulah berguru. Carilah guru yang mahir dalam bidang bisnes yang kita ceburi. Jika disekolah meniru itu satu kesalahan tetapi di dalam dunia bisnes, meniru daripada orang-orang yang telah berjaya itu sangatlah penting. Belajar dengan mereka, berguru dan mempraktikkannya.
  • Pilih company yang sustain
Bila kita ingin melakukan bisnes walaupun bisnes online secara sepenuh masa atau secara sambilan, carilah company yang sustain. Sebagai contoh, yang kita tahu tidak pernah ada masalah untuk bayar keuntungan/bonus/comission kepada ahlinya, juga yang produknya kita tahu memberi manfaat dan kebaikan pada ummah

Seperti contoh: Shaklee telahpun ditubuhkan pada tahun 1956 dan ianya masih berkekalan dan relevan Peruntukan masa untuk menguruskan aktiviti bisnes sehingga kini

  • Peruntukan masa untuk meguruskan bisnes

Perlu tetap melakukan pengurusan, memantau dan melakukan aktiviti bisnes. Permintaan yang masuk setiap hari, penghantaran dan setiap maklum balas ianya memberi kesan peningkatan atau penurunan kepada bisnes.

Bagi yang melakukan bisnes online secara sambilan. Jika ada 1 jam sahaja untuk melakukan aktiviti bisnes. 1 jam tersebut lakukan aktiviti bisnes dengan bersungguh-sungguh
  • Gunakan social media yang ada
Bisnes online takkan lari dengan penggunaan social media. Inilah kedai maya kita 24 jam seperti Facebook , Instagram, Blog dan  Tiktok. Social media ini bukan lagi tempat personal sebaliknya tempat  kita memberi manfaat pada Ummah. Elakkan meroyan/ tidak berpuas hati kepada ABC lalu post di social media, jangan berkongsi perkara-perkara gossip atau boleh menimbulkan kemarahan masyarakat . Social media kita ialah wadah berinformasi yang memberi manfaat pada Ummah :)

  • Rajin untuk berusaha dan bertanya
Orang membeli dengan kita adalah disebabkan kepercayaan. Apabila orang telah pun percaya pada kita disitulah berlakukanya transaksi bisnes. Untuk mendapatkan kepercayaan,bisnes online perlu dilakukan setiap hari tanpa jemu.

Tunjukkan aktiviti bisnes yang kita lakukan. Jangan segan untuk bertanya jika ada sesuatu yang kita tidak tahu dan perlu dipelajari

Belajar dari mereka yang berpengalaman dan teruskan berusaha!

Semoga Bermanfaat 

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan dan produk kualiti terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642 
Instagram/Tiktok: LuvHaryani 
fb : Pengedar Sah Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani 
Shaklee ID : 1073895

Sunday 16 July 2023

Kerja Bisnes Online Dari Rumah

Sejujurnya, saya sangat mengimpikan kerja dari rumah

Bila dapat je peluang ha terus kerja dari rumah

Itulah yang saya impikan :)

Kerja Bisnes Online Dari Rumah

Kerja Bisnes Online Dari Rumah

Untuk bekerja dari rumah sebenarnya memerlukan disiplin, istiqamah dan komitmen yang tinggi.

Kenapa saya nak sangat bekerja dari rumah? kerana saya nak masa bersama family. Walau masih belum berkahwin, saya ada masa untuk Mak Ayah saya, menjadi supir mereka hihi, menjaga mereka sambil boleh berbisnes kerja dari rumah :)

Bagi saya ianya hadiah terindah sebab boleh melihat gelak tawa, sakit sihat, mengusik  bersama mereka. Best saya tak perlu minta cuti bila nak keluar ke mana-mana. Kebebasan tu ada :)

Sebelum saya decide nak berbisnes dari rumah, saya ada bertanya pendapat Mama terlebih dahulu dan istikharah. Maka disinilah saya sekarang :)

Bisnes Pilihan Saya Adalah Bisnes Shaklee


Unik bersama Shaklee ni sebab saya bukan mengenali Shaklee daripada produknya. Kebiasaan, orang akan memilih untuk berbisnes sebab merasai shaklee effect kan? Tapi saya tidak! Saya terus buat bisnes shaklee dengan tulisan masa tu di facebook "Saya Jual Shaklee". Sebab Shaklee ni dah well known, jadi kenalan rapat terus beli dan ada yang pm dan sebagainya. Bonus pertama Shaklee adalah RM 200 lebih. Untung saya tak kira sebab baru berbisnes masa tu (tutup muka). Atas izin Allah sehingga kini, saya konsisten pemegang bonus Shaklee setiap bulan. Alhamdulillah 


Purata Pendapatan Shaklee
Purata pendapatan, ini minimum.. Shaklee unlimited income ;)

Kelebihan Berbisnes Shaklee


Kelebihan Berbisnes Shaklee
  • Bonus bulanan unlimited yang dibayar pada setiap pertengahan bulan (Best kan duit masuk tengah bulan ^_^. Shaklee ada 9 bonus tak termasuk untung runcit)
  • Peluang dapat car bonus setiap bulan. Shaklee tak bagi kereta sebiji, tapi once dah dapat (memenuhi t&c) akan dapat bonus dalam bentuk duit setiap bulan. Paling minimum untuk car bonus adalah RM 500, paling maksimum tiada had. Terpulanglah untuk car bonus tu nak bayar ptptn ke, bagi parents ke, saving untuk Tabung Haji atau travel dan sebagainya. 
  • Peluang menyertai Shaklee Convention setiap tahun. Trip Shaklee juga ditaja sepenuhnya dan dapat duit poket taw ikut negara yang kita kunjungi. Shaklee adalah satu-satunya company yang kita boleh bawa keluarga seramai mungkin dengan syarat memenuhi points. Trip Shaklee ada untuk travel dan ada juga umrah ditaja sepenuhnya :)
  • Sistem Shaklee yang patuh syariah. Dalam Shaklee tiada untung atas angin. Siapa buat dia dapat. Malah, downline boleh pintas income dan rank Upline. 
  •  Produk yang selamat, berkesan dan semulajadi. Shaklee satu-satunya company yang ada Landmark Studies yang menujukkan vitamin Shaklee baik diambil pada jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.
  • Kita di bawah Team iReach Family, iaitu Masters no 1 Malaysia dan mempunyai business tools yang lengkap
iReach Family
Team iReach

Jom kerja bisnes online dari rumah bersama Saya :)

Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan,

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Instagram/Tiktok : LuvHaryani
Fb : Pengedar Sah Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

Saturday 8 July 2023

Promosi Shaklee Julai 2023

Jun telah melabuhkan tirai, Julai pula telah pun tiba

Dah selesai promosi Shaklee Jun, maka beralihlah pula kepada Promosi Shaklee Julai 2023

Apakah Promosi Shaklee Julai? :)

Promosi Shaklee Julai 2023

Promosi Shaklee Julai 2023
Harus tahu, untuk Promosi Shaklee Julai produk ResV dan Vivix boleh buat EZPay Installment taw tanpa interest, hanya untuk pengguna Maybank Credit Card. Nak buat belian secara tunai juga boleh ^-^

Produk yang lain juga ada 50% off :)

Promosi Shaklee Julai Vivix 2023

Promosi Shaklee Julai Vivix Omega 2023

Promosi Shaklee Julai Beli Omega 6 dapat 7

Promosi Shaklee Julai Omega Guard Twinpack 2023

Promosi Shaklee Julai CoQ Trol Plus Twinpack 2023

Promosi Shaklee Julai Phytocol ST 2023

Promosi Shaklee Julai Vitamin E Twinpack 2023

Promosi Shaklee Julai Hello New You 2023

Semoga Bermanfaat!

Jom jadi Ahli Shaklee bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Instagram/Tiktok : LuvHaryani
fb : Pengedar Sah Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

Saturday 1 July 2023

Petua Hilangkan Jeragat

Jeragat adalah masalah kulit dalaman

Ianya sebenarnya berlaku sudah lama dan kulit kita ada beberapa lapisan, dan apabila ianya keluar baru kita tahu ianya sangat serious

Dan perlu diperbaiki. Jom lihat satu-persatu petua hilangkan jeragat :)

Petua Hilangkan Jeragat

Testimoni Youth Skincare Shaklee
  • Jaga Kebersihan Kulit Wajah
Pastikan bersihkan kulit wajah 2 kali sehari dan pastikan pilih produk kulit yang sesuai pada kulit dan kita tahu kandungannya. Youth Luminous Gel Oil Cleanser Shaklee ianya tiga dalam satu. Tidak mengandungi sabun (harus tahu Cleanser yang bagus pada kulit adalah yang tidak mempunyai buih yang banyak). Cleanser Shaklee mengandungi gabungan campuran vitamin yang telah dipatenkan dan mempunyai polifenol serta alga. Youth Cleanser bantu memperhalus kulit, membersihkan kulit wajah untuk peringkat seterusnya

  • Diet Pemakanan Sihat
Ramai tak sedar, apabila kita menjaga diet atau melakukan gaya hidup sihat sekaligus ia memberi kesan kepada dalaman dan luaran tubuh. Apa kita ambil itulah yang badan ambil untuk dapatkan nutrisi sebaiknya. Jika banyak makan fast food, processing food, makanan berminyak, pengambilan air masak kurang, tiada pengambilan sayur dan buah-buahan bagaimana nak dapat kulit yang cantik?. Ubah gaya hidup dan amalkan gaya pemakanan yang sihat :)

  • Youth Radiance C+E Shaklee
Bagi yang ada masalah jeragat, sangatlah saya recommend Youth Radiance C+E Shaklee wajib! Ianya mengandungi 20 % Vitamin E dan Vitamin C tulen beserta ekstrak sel rapsberi yang membantu menegang dan mencerahkan kulit, mengurangkan garis-garis halus, mengurangkan kedutan dan melicinkan tesktur kulit juga memperbaiki tona pada wajah. Ianya merawat dari dalam :)

Testimoni Jeragat

Testimoni Jeragat Shaklee 1

Testimoni Jeragat Shaklee 2

Testimoni Jeragat Shaklee 3

Testimoni Jeragat Shaklee 4
Semoga Bermanfaat!
Jom jadi Ahli Shaklee bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Instagram/Tiktok : LuvHaryani
fb : Pengedar Sah Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...