Friday, 28 July 2023

3 Tips Travel Penting Untuk Bercuti

Bila sebut je travel ya Allah indahnya..

Bunga-bunga senyuman terlakar di bibir dan minda gitu

Hidup ini indah ^-^

Tips Travel Penting Untuk Percutian Yang Selesa

Tips Travel

Indahnya percutian, tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan keselamatan semasa percutian. Diantaranya adalah : 

  • Pastikan Wang tunai dan kad-kad Anda di simpan dalam keadaan yang selamat
Sebelum memulakan percutian, pastikan anda mempunyai lebihan tunai sebagai langkah berjaga jika ada apa-apa perkara yang tidak di ingini berlaku seperti contoh.. kad tiba-tiba tak boleh digunakan seketika di kedai tersebut atas sebab rangkaian atau sebagainya.

Simpan semua resit semasa percutian, semak akaun secara berkala dan cermat dengan penggunaan wang asing ketika melakukan pembayaran dan perbelanjaan dan berhati-hati dengan pick pocket/ penyeluk saku. 

  • Kaji tempat, budaya dan pemakaian
Mengkaji cuaca sebelum bercuti itu amatlah penting.  Secara tidak langsung,  kita akan memilih pemakaian yang sesuai, mempelajari kod pemakaian warga tempatan dan memakai pakaian yang simple yang ianya masuk dengan mereka dan tidak terlihat canggung. 

Sebaiknya kaji budaya dan bahasa mereka terlebih dahulu seperti ucapan-ucapan asas sebagai contoh: maaf, terima kasih, berapa harga dan sebagainya

Apabila memahami budaya mereka, secara tidak langsung anda sebenarnya menghormati negara tersebut

  • Passport dan dokumen
Jaga passport dan dokumen dengan sebaiknya semasa percutian. Maklumkan kepada family/ teman ke mana-mana yang ingin kita kunjungi.

Jika ianya adalah satu idea yang baik, tinggalkan salinan passport kepada ahli keluarga atau kawan-kawan yang bersama-bersama bercuti dengan kita sebagai langkah keselamatan

  • Kit pertolongan cemas 
Bawa plaster, lotion, minyak cap kapak, lampu suluh, kipas kecil dan lupa ubat-ubatan peribadi anda. Di tempat orang, suhu pasti berbeza dan kit sangat membantu sebagai langkah penjagaan dan keselamatan diri

Bawa juga vitamin kerana vitamin bantu lengkapkan nutrient yang tiada atau hilang pada tubuh. Biarlah travel dalam keadaan sihat dan ceria, insyaa Allah

Semoga Tips Travel ini membantu anda dalam perancangan percutian!

Semoga Bermanfaat!

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani 
sms/whatsapp : 014-7222642 
fb : Pengedar Sah Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani 
Shaklee ID : 1073895

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...