Sunday, 9 December 2018

Maryam : Wanita TAAT yang SUCI

Cerita tentang Aisyah sudah. cerita perihal Ayariha, Ibu kepada Nabi Musa AS juga sudah di dalam blog LuvHaryani

Kali ini ceritera tentang satu kisah wanita yang saya turut mengaguminya iaitu Maryam

Kesemua ilmu dapat dari Konvensyen Aura Wanita Al-Qur'an (AWAQ 2.0)

Maryam: Wanita TAAT yang SUCI


Maryam : Wanita TAAT yang SUCI

Kita bertadabbur Surah Maryam ayat 16-26 berkenaan ikhlas dan redhanya Maryam

Maryam disebut 30x dalam Al Qur'an

Ibu Maryam, Hannah, ayahnya pula Imran seorang pemuka atau Ulama Bani Isreal yang dah lama tiada anak. Bernazar anak ini akan berkhidmat di Baitul Maqdis

Maryam seorang yang kuat imannya, sangat menjaga kehormatannya

Ayat 16 : Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Maryam di dalam (Al-Qur'an), iaitu ketika dia menjauhkan diri daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur (Baitul Maqdis)

: Ayat ini menunjukkan peringatan kepada Muhammad, peringatan kepada kita juga, biar selalu baca Al-Qur'an, ingat intipati ayat-ayat Al-Qur'an. Belah Al-Qur'an, moga bertambah ilmu. Jadikan ALLAH yang paling utama dalam kehidupanmu. Bersunyi dengan ALLAH sebagai satu jalan muhasabah buatmu.

Ayat 17 : Maka dia mengadakan tabir (yang melindunginya) daripada mereka, lalu Kami mengutus roh Kami kepadanya, maka dia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna

: Maryam ketika itu datang haid. Ayat ni menujukkan sifat gadis yang pemalu dan berakhlak mulia

Ayat 18 : Maryam berkata:"Sesungguhnya aku berlindung darimu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. jika kamu seorang yang bertakwa"

: Ayat ini menunjukkan Maryam sangat berhati-hati, ALLAH sebagai pelindung. Ketika itu panicked. Sifat pergantungan terlalu tinggi pada ALLAH. Cabang Iman paling atas La Ilaha Illalah, cabang iman paling rendah adalah ketepikan benda di jalanan. Malu juga cabang kepada iman.

Mengadu kepada ALLAH. AKU (ALLAH) itu dekat.

Ayat 19: Jibril berkata; "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu untuk memberimu seorang anak lelaki yang suci"

: Ayat ini menunjukkan sebenarnya perasan Maryam takut. Jangan panik, jangan takut. Jibril datang tiupkan roh Nabi Isa ke rahim Maryam (Kun Faya Kun)

Ayat 20: Maryam berkata: "Bagaimana akan ada bahagiku seorang anak lelaki, sedangkan tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang penzina!"

: Maryam seorang ahli ibadah. Ujian berat sebenarnya ALLAH tahu dia mampu. ALLAH takkan bagi beban yang tak mampu dipikul kepada seseorang.  Maryam menunjukkan contoh yang hebat, jaga pandangan. jadilah wanita yang tabah, setabah Maryam. Semakin diuji, semakin dekaat dengan ALLAH. Ujian nak tunjukkan kepada kita, kita ni kaca atau permata

Ujian juga memberi iktibar  atau pengajaran kepada orang lain

Ayat 21 : Jibril berkata: "Demikianlah."Tuhanmu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagiKu, tanda bahagi manusia dan sebagai rahmat daripada Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan."

: Nabi Adam & Hawa juga ALLAH ciptakan tanpa proses biasa manusia. Mudah bagiKU. Hebatnya ALLAH, DIA menciptakan segala sesuatu. Tiada yang ganjil. Semua berlaku dengan izin ALLAH. Tiada siapa yang mampu menghalang kehendakNYA

Ayat 22: Maka Maryam mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh

: Tempat yang jauh itu adalah Baitul Laham (8-9km daripada Baitul Maqdis)

Ayat 23 : Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata : "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak beerti, lagi dilupakan"

: Ayat ini dah tunjuk posisi terbaik bersandar untuk bersalin. Maryam berkata begitu bukan tidak redha dengan ujian tapi mengenangkan apa yang bakal ditempuh di hadapan masyarakatnya nanti

Ayat 24 : Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah : "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai dibawahmu"

 : Maryam duduk di tempat yang tinggi. Jibril duduk di tempat rendah sedikit. Sebenarnya sungai tu kering tapi karamah ada air sungai untuk diminum oleh Maryam

ALLAH lebih dekat dengan kita daripada urat leher. ALLAH bersama kita dimana kita berada

Ayat 25: Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu

: Kurma boleh bagi tenaga. Nabi SAW pesan rumah kita kena ada buah tamar. Tawakal kena ada doa

Ayat 26 : Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, "Sesungguhnya aku telah bernazar untuk berpuasa kerana Tuhan yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini"

: Rezeki di tangan ALLAH. Kita cuma berusaha. Nak rezeki berterusan, jangan tinggal dhuha.Amalkan Surah Al-Waqiah. Rezeki pelbagai kesihatan, lapang dada macam-macam. Bernazar itu berjanji. Berpuasa membuatkan seseorang kurang bercakap, kurang tidur, kurang makan. Fitnah lebih dasyat daripada membunuh.

2 perkara yang ALLAH sorok dengan kita adalah kemurkaan dan rahmatNYA. Bicara yang baik atau lebih baik diam. Kebenaran pasti akan terserlah.

Apabila ujian, sangka baik dengan ALLAH. Solat tiang agama.


Semoga Bermanfaat!


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Hana Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Hana Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do what you love"

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...