Saturday, 15 December 2018

10 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Puterinya Fatimah Az-Zahra

Ilmu ni saya dapat dari buku Biografi Agung Rasulullah SAW

Saya rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan :)

10 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Puterinya, Fatimah Az-Zahra


10 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Puterinya, Fatimah Az-Zahra

  • Ya Fatimah, wanita yng membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, pasti ALLAH akan menetapkan kebaikan baginya dan setiap biji gandum, melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu
  • Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan menyuci pakaiannya, melainkan ALLAH akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan 1000 orang yang kelaparan dan memberi pakaian 1000 orang yang telanjang
  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan ALLAH akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada Hari Kiamat kelak
  • Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan ALLAH
  • Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan ALLAH menetapkan baginya setiap hari 1000 kebaikan serta menghilangkan 1000 keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, ALLAH menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang dijalan ALLAH. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga. Dan ALLAH memberikan pahala keduanya sama dengan pahala 1000 orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan 1000 malaikat memohon keampunan baginya hingga Hari Kiamat
  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayan suami selama sehari semalaman dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan ALLAH mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di Hari Kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya 1000 kebaikan.ALLAH memberikan kepadanya pahala 100x beribadah haji dan umrah
  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suami melainkan ALLAH memandangnya dengan penuh kasih sayang
  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan ALLAH mengampunkan dosa-dosanya yang tahun lalu dan akan datang
  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatnya, meminyakkan janggut dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan ALLAH memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. ALLAH mempermudah sakaratul maut baginya serta kukunya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. ALLAH membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat
Sumber : Biografi Agung Rasulullah SAW

Semoga Bermanfaat!


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do what you love"

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...