Friday, 9 June 2023

Nikmat Yang Di Lupakan

Nikmat luar biasa yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia adalah Nikmat Sihat

Dengan nikmat sihat, kita boleh laksanakan aktiviti seharian, tanggungjawab dan tugasan dengan baik

Malah, kita dapat tidur nyenyak dan makan minum yang sedap

Nikmat Sihat

Nikmat Sihat

Kebanyakan.. ketika masih sihat, jarang sekali mensyukuri nikmat kesihatan yang Tuhan berikan.. lalai masa badan masih tegap , masa dapat buat aktiviti dengan penuh stamina

Tapi, ramai juga alpa tak menggunakan nikmat untuk banyakkan ibadah dan buat kebaikan. Bila sakit datang, semuanya berubah. Tak dapat lagi buat aktiviti seharian. Masa tu baru sedar betapa pentingnya nikmat sihat 

Pandangan Ulama Mengenai Nikmat Kesihatan


  • Ibnu Batthal menyatakan seseorang tidaklah dikatakan memiliki waktu luang sehingga badannya juga sihat. Barang siapa yang memiliki dua nikmat ini (iaitu waktu senggang dan nikmat sihat), hendaklah ia bersemangat, jangan sampai ia tertipu dengan meninggalkan syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan. Bersyukur adalah dengan melaksanakan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan Allah. Barangsiapa yang luput daripada syukur seperti ini, maka dialah yang tertipu.
  • Ibnu al-Jauzi menyatakan terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu luang kerana sibuk dengan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang memiliki waktu luang, namun ia dalam keadaan tidak sihat. Apabila terkumpul pada manusia waktu luang dan nikmat sihat, sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan amalan ketaatan. Itulah manusia yang telah tertipu (terpedaya)
  • Ibnu al Jauzi juga menyatakan intinya dunia adalah ladang beramal untuk menuai hasil di Akhirat kelak. Dunia adalah tempat kita menjajakan barang dagangan, sedangkan keuntungannya akan di raih di Akhirat nanti.Barangsiapa yang memanfaatkan waktu luang dan nikmat sihat dalam rangka melakukan ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, barangsiapa memanfaatkan kedua-duanya dalam maksiat, dialah yang betul-betul tertipu. Sesudah waktu luang akan datang waktu yang penuh kesibukan. Begitu pula sesudah sihat akan datang keadaan sakit yang tidak menyenangkan.
  • Umar bin al-Khattab menyatakan aku tidak suka melihat seseorang yang berjalan seenaknya tanpa mengendahkan ini dan itu, iaitu tidak peduli penghidupan dunianya dan tidak pula sibuk dengan urusan Akhiratnya


Semoga Bermanfaat!


Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Instagram/Tiktok : LuvHaryani
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak- LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...