Thursday 12 October 2023

Takde yang salah tentang Mat Jenin

Siapa tak kenal Mat Jenin?

Sebut je pasti ada andaian jangan jadi macam Mat Jenin

Tapi betul ke kenyataan tersebut?

Takde Yang Salah Tentang Mat Jenin

Nak kahwin dengan Puteri Raja

Mat Jenin ni sebenarnya dia berimaginasi dan ada plan yang dah dirangka untuk dia bertindak.

Semua orang tahu yang Mat Jenin nak kahwin dengan Puteri Raja. Jadi apa plan dia? Dia nak jual kelapa, kemudian dengan hasil urusniaga, dia nak beli ayam, itik, kambing, kerbau, gajah.. (itu adalah proses yang diterbitkan untuk menuju ke arah matlamatnya iaitu mengahwini Puteri Raja)

Mat Jenin tak mencuri, tak merompak, tak ambil hak orang. In case semasa dia berusaha dia mati dia masih lagi menjadi orang yang mulia

Mat Jenin faham apa itu plan atau strategi. Mat Jenin juga faham peribahasa Melayu, sehari selembar benang lama-lama jadi kain

Tapi kenapa kita di momokkan dengan jangan jadi seperti Mat Jenin? Ini adalah kerana ianya Penjajahan Minda

Jadi, sekarang kita dah tahu. Ada suatu impian jangan takut berimaginasi, bermatlamat dan buat tindakan

Angan-angan itu rugi dan membuang masa tapi tidak dengan berimaginasi dan mengambil tindakan sebab ianya juga langkah-langkah orang yang berjaya. 

Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan dan produk kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee.  Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani 
sms/whatsapp: 014-7222642 
Fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak- LuvHaryani 
Ig/Tiktok: LuvHaryani 
Shaklee ID : 1073895

No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...