Wednesday 25 October 2023

Bagaimana Kita Orang Malaysia Boleh Bantu Palestin?

Malaysia dan Palestin tak boleh berpisah

Walaupun jauh sakitnya kita terasa, taip ni pun dah bergenang air mata

Hasbunallahu wanikmal wakeel

Bagaimana Kita Orang Malaysia Boleh Bantu Palestin?

Free Palestine

Sungguh kita rasa sangat dekat nya kan? Korang Tau Tak? Adzan mereka sama dengan kita

Hati ini terasa nak peluk anak-anak Palestin. Mereka di regut masa kecilnya, mereka dewasa sebelum usianya, mereka kehilangan keluarga sebelum mengenal dunia

Apa Yang Kita Boleh Bantu Palestin?


  • Doakan mereka dan lakukan solat hajat
Saya selalu beranggapan orang Palestin ini kuat. Mereka hidup berkali-kali. Di bom bangkit setiap hari. Iman mereka Masyaa Allah.. segagah mereka, mereka juga perlukan doa dari kita. Senjata kuat kita adalah doa. Doa hadiah terindah. Doakan mereka Qunut Nazilah, teringat mereka terus Doakan Qunut Nazilah. Buat solat sunat hajat doakan mereka. Mereka telah berperang selama 75 tahun, Hasbunallahu wanikmal wakeel

  • Tingkatkan ekonomi kita, beri sumbangan kepada mereka
Dengan kita tingkatkan ekonomi kita atas izin Allah, kita boleh memberi lebih kepada mereka. Tengoklah Bandar Gaza sekarang, jahatnya Zionis. Malaysia pernah hadiahkan sekolah, hospital, kedai roti kepada mereka. Semua daripada hasil sumbangan Rakyat Malaysia. 
  •  Create awareness, social media
Mereka bergadai nyawa mempertahankan tanah Palestin. Paling penting, orang Islam mereka bergadai nyawa mempertahankan Masjidil Al Aqsa. Jangan hanya melihat sedang kita tidak berbuat apa-apa. Update lah di social media, beritahu kebenaran, sedangkan pihak disebelah sana sibuk memusingkan kebenaran. Gunalah platform, hashtag yang ada. Semoga Allah redha. Jika nanti di tanya, ada jawapan di hadapan Allah 

  • Gunakan Kelebihan Yang Kita Ada, mungkin boleh join Dragon Force
Bila tengok usaha Dragon Force, Allahu Akbar. Mereka berperang di alam maya tanpa ada imbuhan apapun setiap hari. Mereka ada pekerjaan sendiri namun mereka korbankan masa dan tenaga untuk agama. Dragon Force sangat memerlukan Angkatan Netizen Malaysia. Khabar baru harini yang saya baca, negara mereka telah digodam sebanyak 52% Allahu Akbar. Bagi yang ada kelebihan sedikit dalam Information Technology inilah peluang anda untuk berjihad

  • Turun Bersolidariti
Turun bersolidariti, tunjukkan kebenaran. Pilih event yang betul yang kita boleh bersuara menyatakan kebenaran, boleh bertakbir, boleh baca Doa Qunut Nazilah. Moga perhimpunan tersebut Allah redha

  • Muhasabah Diri
Hubungan dengan Allah, bagaimana solatmu, Al Quran mu, selawat mu..bila saya menulis disini sebenarnya peringatan kepada diri saya terlebih dahulu yang utama. Untuk kita bantu orang, kita perlu bantu diri sendiri dahulu utama.

From river to the sea, Palestine will be free 

Semoga Bermanfaat!

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah di alukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Tiktok/ig : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...