Menjadi wanita di zaman kini banyak cabarannya
Dengan multitasking dan terdedah kepada fitnah akhir zaman
Moga Allah lindungi kita semua
Doa Untuk Wanita
Para wanita sekarang benar-benar menjadi tunjang keluarga. Ada yang berkeluarga ingin membantu suami, ada yang Ibu Tunggal untuk membesarkan anak-anak, ada pula yang bujang yang perlu menyara kehidupannya
Walau apa pun sebabnya, apalah daya dengan kudrat seorang wanita, hakikatnya kita terbatas. Maka jom saya kongsikan antara doa wanita yang boleh diamalkan secara bersama insyaa Allah
- Doa
Lihatlah maksudnya : "Ya Allah, keluarkan kemarahan/keresahan hatiku, dan pelihara diriku daripada kesesatan segala fitnah". Lengkap sungguh doa ni untuk pembentukan akhlak kita sebagai wanita muslimah.
- Zikir
Kisahnya Saidatina Fatimah pergi berjumpa Rasulullah untuk mendapatkan khadam bagi membantu tugasannya seharian di rumah. Tapi, Rasulullah tidak memenuhi hasrat anak kesayangannya itu. Rasulullah ajarkan zikir ini kepada Saidatina Fatimah
Rasulullah bersabda : "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (SubhanAllah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali, dan bertakbir (Allahu Akbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"
Semoga Bermanfaat!
Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.
Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.
Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Instagram/Tiktok : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895
No comments:
Post a Comment