Sunday, 19 March 2023

Teman Adik Operation Appendix Di Prince Court Medical Centre

Tidak ku bayang sehari adik mengadu sakit perut di bahagian kanan

Esoknya kena operate

Maka demikian, jadilah ku sebagai bibik adik selama di hospital :P

Adik Appendix

Adik operate appendix

Nak jadi cerita pagi tu, adik sedang bekerja. Adik khabar ke Boss nya yang dia sakit perut. Bossnya assume yang dia appendix tapi orang appendix sepatutnya tak boleh gelak-gelak kan? tapi dia mampu wakkk (jadi tak sure), siap dia text saya pagi dan lunch  mengadu sakit tapi tak nak dengar nasihat huhu (saya suruh dia pergi ke klinik). Lahla, akak kata ha..kau tunggu jelah ambulans datang huhu

Maka, pergilah adik ke Klinik Kesihatan, terus shot ke Hospital Kuala Lumpur naik ambulans. Sampai HKL, adik teringat kan insuransnya, sampailah ke Prince Court Medical Centre :)

Nak cerita appendix ni, adik sangat suka makanan pedas.Bukan pedas biasa-biasa taw, tapi Pedas yang dasyat. Sebagai contoh : samyang, ramyeon, apa lagi ayam pedas McD, corndog pedas Family Mart. (hinggakan breakfast sebelum sampai office : Corndog pedas Family Mart) Dan dia suka sangat coke. Coke tak bagus ya untuk kesihatan!

Appendix ni pun boleh terjadi juga kepada yang suka makanan biji-bijian. Contoh hantu tembikai, yang boleh makan 1 buah tembikai tu dia punya sekali biji-biji putih pun dia makan. Ha.. begitu (tutup muka)

Sebelum & Selepas Operate Appendix


Sebelum operate biasalah perlu puasa kan? Adik puasa 20 jam dah dok berzikir kat saya "lapar,lapar" Saya kata pada adik "Ni bahana kau makan tak jaga". Dia sengih je wakk 

Selepas operate, dia makan Nasi Ayam, actually Nasi Ayam tu ada sekali rendang tok. Tapi sebab dia appendix, rendang tok tu hopsital tak bagi haha.

Breakfast esoknya dia pilih western breakfast. Roti wholemeal tu kan keras (again dia pilih menu ikut tekak huhu). sekali sakit, terus minta painkiller. dan seterusnya tukar makanan kepada soft diet huhu

Dia burp dan kentut (sebab Doc masukkan gas masa operate tu), buang air besar pula keesokan harinya.

Doc suggest round hospital ni sebab adik kena buat pergerakan juga untuk fast recovery. Kami round lah cuci mata dekat Prince Court 

Saya dan adik round hospital
Sehari selepas operate jalan cuci mata di hospital

Prince Court ni selesa taw!


Prince Court Medical Centre

Bagi saya yang sebagai bibiknya :D, sangat selesa dengan PCMC ni, dia siap ada sofabed. Bawah ada food court, macam-macam jualan. Tapi, saya sejenis yang makan rumah. Sampai ke sudah tak turun untuk beli makanan. Bawa bekal siap-siap dari rumah, mak datang sehari pun bawa bekal Alhamdulillah. Haryani sejenis dapat makan sayur dan buah pun kenyang hihi

Parking 


Jika anda sebagai penjaga pesakit, terus je masuk parking bawah bangunan PCMC ni. Tekan ticket jangan guna TnG. Nanti dari ward, nurse ada bagi surat untuk parking. Dapat sticker, card parking kita bayar masa hari last pun boleh. Bila dah ada congress card ni kita boleh sesuka hati masuk dan keluar. Satu hari untuk parking penjaga 24 jam di kira RM 15 sahaja.

Set Appendix Shaklee

  • Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan bertindak sebagai antibodi bagi melindungi tubuh dari jangkitan

  • Zinc Complex
Membantu dalam penyembuhan luka, kurangkan keradangan dan membantu meningkatkan imun
  • B Complex
Membantu memberi tenaga dan kurangkan stress

Semoga Bermanfaat!

Daftar Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. 

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
instagram/Tiktok : LuvHaryani
fb: Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...