Tuesday, 21 February 2023

Tips Bercuti Sambil Berbisnes

 Bila sebut cuti pastinya sangat indah di pandangan mata kan? Senyuman meleret hingga ke telinga :D

Ada yang bercuti lebih suka meletakkan kerja di tepi, namun ada juga yang nak bercuti sambil berbisnes

Tapi bagaimanakah caranya bercuti sambil berbisnes? Jom tengok satu persatu :)

Tips Bercuti Sambil Berbisnes

Tips Bercuti Sambil Berbisnes

Bercuti, saya sangat suka awak. Lagi-lagi yang melibatkan nature. Aduhai tenangnya~

Namun biasalah, alah bisa tegal biasa. Nak juga berbisnes , jika tak rasa ada something yang tak buat lagi huhu

Sebenarnya bila kita anggap bisnes itu satu komitmen, pasti terbayang-bayang di minda. Lagi-lagi Bisnes  yang melibatkan customers, downlines yang kita tahu ianya memberi manfaat pada Ummah..Insyaa Allah

1. Mindset

Bagi yang sudah berkeluarga, anak-anak bila cuti sekolah ni memang sentiasa bersama Ibunya dan paling penting mereka banyak kali "lapar" hahah berada di rumah kan? Ibu-Ibu perlu bersedia untuk memasak lebih awal dan kuantiti yang lebih banyak.

2. Terangkan pada anak-anak kita memerlukan 1-2 jam untuk berbisnes

Anak-anak mana yang tak nak berkepit dengan Ibu Bapa mereka? Mereka tidak faham apa yang kita perjuangkan. Teringat saya, semasa kecil Mama suka bawa kami adik beradik ke office pada hari Sabtu, sebab Mama ada satu bilik khas. Maka, mainlah kami adik beradik dan Mama melakukan kerjanya. Seingat saya, asal Mama ada depan mata je dah rasa Mama sayang kami :)

Begitu juga berbisnes, mungkin masa anak-anak tengok movie, masa 1-2 jam tu kita boleh melakukan aktiviti berbisnes kita :) 

3. Bercuti, rakam video sebanyak-banyaknya

Kita boleh rakam video kita semasa bercuti, pemandangan yang menarik. Semua tu boleh buat content taw! :) Tak perlu fokus pada minda aku kena rakam video ni. Tak perlu! Nikmatilah percutian, sambil nampak sesuatu yang boleh di buat memori indah, cantik rakam saja!!. Biarkan kita hanyut dan nikmati dalam percutian :)

4. Bawa produk yang kita jual

Ini untuk apa? Untuk kita kongsikan. Sebagai contoh, saya Pengedar Sah Shaklee, saya bawa vitamin makan sendiri yang boleh saya share bersama keluarga. atau boleh buat content sambil breakfast sambil ambil vitamin. Berjalan jauh tak penat sambil tangkap gambar vitamin di tangan sebagai contoh :)

5. Pilih Online Business

Kerana ianya segalanya di hujung jari. Sambil bercuti kita boleh selesaikan order, boleh guide customers, boleh reply text, Kedai buka 24 jam walau di mana kita berada ^_^

Semoga Bermanfaat! :)

Jom Jadi Ahli Shaklee Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. 

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Instagram/Tiktok : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

4 comments:

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...