Wednesday, 8 February 2023

Apa Itu Intermittent Fasting?

Bila sebut diet, pelbagai kaedah yang boleh dilakukan

Ada juga yang suka dengan Intermittent Fasting :)

Apakah itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting

Intermittent Fasting

Secara ringkas kita panggil sebagai IF, yang mana ia adalah salah satu kaedah diet yang menyusun pola pemakanan mengikut jadual sama ada kita gilirkan antara wakttu makan juga waktu berpuasa.

Bagi Muslim mungkin ianya lebih mudah, namun tak kurang hebatanya juga IF juga menarik minat non Muslim untuk mempraktikkannya. Jangan tak tahu, barat sangat popular dengan Intermittent Fasting ni.

Intermittent Fasting berbeza dengan Diet Suku-Suku Separuh, Diet Atkins, Diet Kalori juga Diet Keto.

Diet Intermittent Fasting memerlukan penggiliran tempoh masa antara waktu makan (4-16 jam) dan juga waktu untuk berpuasa (8-24 jam) mengikut kesesuaian tubuh. Malah, tidur juga di anggap berpuasa taw!

Bila melakukan Intermittent Fasting, perlu mengambil makanan yang berkhasiat, sihat dan jangan lupa bersenam. 

Apa Maksud Waktu Berpuasa VS Waktu Makan?

Waktu Berpuasa dalam Intermittent Fasting merangkumi masa untuk tidur sekali. Waktu berpuasa ni hanya boleh minum air sahaja contoh air teh hijau, air kosong, air teh tanpa gula. Sesetengahnya ada yang kira kalori dan waktu berpuasa ni digalakkan untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa

Waktu Makan (4-16 jam) pula waktu gembira hehe. Kita boleh makan dan minum 3x sehari. Ambil makanan yang sihat. No junk foods, tak boleh minuman hipster gituu, makanan dan minuman tinggi gula, garam, minyak, lemak dan no processing foods okay ^-^

Jenis-Jenis Intermittent Fasting Yang Boleh Kita Lakukan

1. Choose Your Day Fasting

Ini paling sempoi dan ringan. Kita bebas untuk pilih berpuasa pada hari yang kita mahu. Takde syarat yang strict. Puasa mengikut hari kemampuan anda.

2. Skipping Meals Fasting

Type ni kita skip makan. Contoh, tak ambil breakfast tapi ambil lunch. then tak dinner. Type ni akan berkesan jika kita makan lunch tak lebih dari sepatutnya, dalam erti kata lain elak bringe eating.

3. 5:2 Fasting

Bermaksud di sini puasa hanya 2 hari dalam masa 1 minggu. Bebas untuk pilih hari apa. Type ni hanya boleh makan dan minum 500-600 kalori semasa berpuasa.

4. Alternate Day Fasting

Puasa selang sehari. Juga boleh makan dan minum 500-600 kalori semasa berpuasa.

5. Whole Day Fasting

Ini bermaksud puasa selama 24 jam sehari. Contoh mula dengan 8 pagi berakhir juga 8 pagi. Tapi, harus tahu ianya mengikut kemampuan masing-masing either betul setiap hari atau cuma berpuasa sehari dalam seminggu.

6. Time Restricted Fasting

Ini kita boleh kata berpuasa seperti Muslim di bulan Ramadhan. Lebih mudah dipraktikkan! :)

7. Overnight Fasting

Dalam erti kata lain, puasa semalaman. Mula berpuasa contoh 8 pagi berakhir dengan 8 malam (12 jam). Again, type ni waktu tidur juga di kira sebagai waktu berpuasa

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 

Semoga Bermanfaat!

Jom jadi Ahli makan sendiri dengan Shaklee

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Instagram/Tiktok : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...