Friday, 17 February 2023

Salam Israk Mikraj 1444H

Mengikut kalendar Islam, selepas maghrib bermulanya hari baru

Maka, hari ini telah pun 27 Rejab

Jom recall semula peristiwa Israk Mikraj :)

Salam Israk Mikraj 1444H

Salam Israk Mikraj 1444H

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (Makkah) ke Masjid al-Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.' (Surah Al-Isra :1)

Peristiwa Israk Mikraj adalah healing kepada Nabi  Muhammad SAW dan disinilah adanya pensyariatan solat

Allah memberikan perintah kepada umat Nabi Muhammad SAW pada awalnya dengan solat 50 waktu sehari. Namun, Nabi Musa as mengatakan umatmu takkan mampu. Maka Nabi Muhammad ulang alik naik turun, naik turun sehingga perintah 5 waktu solat sehari. Namun, Nabi Musa tetap mengatakan umatmu takkan mampu. Tapi, Nabi Muhammad dah segan dengan Allah

Allahumma solli ala Muhammad. 

Nabi Muhammad menaiki Buraq. Saintis dah kaji cahaya bergerak sangat laju dari apa yang kita bayangkan. Maha Kuasanya Allah

Ringkasan Israk Mikraj

Israk apabila Malaikat Jibri datang ke rumah dan membawa Nabi Muhammad ke Masjidil Haram. Kemudiannya, Nabi Muhammad di bedah dadanya untuk kali ke dua untuk dibersihkan hatinya. Selepas itu,  Nabi Muhammad menaiki Buraq hingga sampai ke Masjidil Aqsa

Mikraj dari Baitul Maqdis Nabi Muhammad  SAW terus ke langit. Pada setiap langit :

1. Nabi Muhammad berjumpa Nabi Adam di Langit Pertama
2. Nabi Muhammad berjumpa Nabi Isa dan Nabi Yahya di langit Kedua
3. Nabi Muhammad berjumpa Nabi Yusuf di Langit Ketiga
4. Nabi Muhammad berjumpa Nabi Idris di Langit Keempat
5. Nabi Muhammad berjumpa Nabi Harun di Langit Kelima
6. Nabi Muhammad berjumpa Nabi Musa di Langit Keenam
7. Nabi Muhammad berjumpa Nabi Ibrahim di Langit Ketujuh
8. Nabi Muhammad berkunjung ke Syurga dan Neraka
9. Nabi Muhammad diberi susu, khamar atau madu. Lalu, Nabi Muhammad SAW memilih susu.
10. Nabi Muhammad naik ke Sidratul Muntaha
11. Nabi Muhamamd melawat pula Baitul Makmur, iaitu Kaabah bagi Para Malaikat
12. Nabi Muhammad berjumpa Allah dan adanya perintah kewajipan solat 50 waktu sehari
13. Nabi Musa as mengatakan umatmu takkan mampu untuk melakukan kewajipan solat. Lalu, Nabi Muhammad SAW turun naik sehingga perintah solat menjadi 5 waktu sehari. 
14. Nabi Muhammad turun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimani solat Para Nabi
15. Nabi Muhammad kembali semula ke Mekah

Semoga Bermanfaat :)

Jom jadi Ahli Shaklee bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.
Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...