Monday, 29 June 2015

Bonus Berganda Apabila Anda Memilih Untuk Berhenti Merokok


Bulan ini adalah bulan terbaik untuk terus berhenti merokok seterusnya untuk selama-lamanya

Sebenarnya, Nikotin yang diserap ke dalam tubuh akan merangsang otak yang menyebabkan pelbagai reaksi terutamanya "ketagihan"

Kajian sains dan perubatan semasa telah membuktikan merokok banyak membawa kesan negatif kepada perokok dan mereka yang berada di sekeliling perokok.

Bonus Berganda Berhenti Merokok


Keluarga ceria berganda bebas dari rokok

Senyuman tersayang :)

Keadaan Diri Apabila Memilih Untuk Berhenti Merokok ^-^

Selepas 20 Minit : Tekanan darah dan kadar denyutan nadi kembali seperti biasa

Selepas 8 Jam : Paras Karbon Monoksida kembali ke paras normal. Paras Oksigen juga kembali normal

Selepas 24 Jam : Risiko serangan jantung menurun

Selepas 48 Jam : Saraf mula mengalami pemulihan. Deria rasa dan hidu mula pulih

Selepas 2 Minggu Hingga 3 Bulan : Peredaran darah bertambah baik. Fungsi paru-paru bertambah sebanyak 30%

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Ikhtiar Untuk Berhenti Merokok





Pek YES Vivix


Pek YES Vivix

Semoga Bermanfaat!


Berminat dengan produk Shaklee & Tawaran Menarik di atas ?

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
facebook @ Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Sunday, 28 June 2015

Polygonum Cuspidatum Yang Terkandung Di Dalam Vivix

Umumnya, bagi yang mengenali Shaklee, pasti tahu Shaklee ada satu Produk Turbo Terbaik yang mampu pergi hingga ke peringkat sel

Botol yang berwarna merah hanya satu sudu teh sehari di gelar sebagai Vivix

Kaya dengan Polifenol & Resveratrol yang sangat baik untuk kesihatan manusia.

Salah Satu 4 Ramuan Hebat : Polygonum Cuspidatum


Polygonum Cuspidatum

Polygonum Cuspidatum atau Japanese Knotweed (sama je rupanya cuma nama berbeza)

Dalam bahasa Cina, ianya di panggil sebagai "Dia Sho Wu"

Polygonum Cuuspidatum telah digunapakai sebagai ubat herba China dan Jepun selama lebih 100 tahun untuk merawat uban.

Caranya, amik akar buat macam wasabi, dan lumurkan di kepala. Orang Melayu, bahasa kita, kita lumur di kepala seperti inai.

Satu benda yang anda perlu tahu, Pokok Polygonum Cuspidatum ini tidak boleh di makan. Jika ada yang makan akarnya, dia akan mengalami ciri birit seterusnya Diarhea

Tetapi, di dalam Vivix tidak begitu, Vivix mempunyai ramuan khas dan penyelidikan yang teliti dan Saintis Shaklee sendiri yang membuatkan Polygonum Cuspidatum adalah salah satu daripada 4 ramuan hebat yang terkandung dalam Vivix yang kita ambil setiap hari dalam Vivix :)

Polygonum Cuspidatum Sumber Unggul Untuk Resveratrol


Satu lagi perkara yang orang dulu-dulu tak suka di Jepun dan China adalah jika pokok ini tumbuh di belakang rumah, pokok ini membesar dengan mempunyai akar yang kuat dan ianya tumbuh menajadi seperti hutan. 


Polygonum Cuspidatum Sumber Unggul Untuk Resveratrol

Polygonum Cuspidatum yang terkandung di dalam Vivix membantu sebagai Anti depresi, menstabilkan tekanan darah, merendahkan kolestrol , memperlahankan proses penuaan juga membantu menambahkan tenaga

Kelebihan Vivix Shaklee


Kelebihan Vivix Shaklee



Kisah Lelaki Ini


Lelaki ini mengalami Soft Tissues Injuiry. Dia telah merasakan kaki seperti tiada, kebas yang teramat sangat juga adakah ianya tanda permulaan untuk lumpuh?



Promosi YES Vivix


Promosi YES Vivix


Ikhtiar untuk penjagaan kesihatan keseluruhan

Semoga Bermanfaat! :D


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Friday, 26 June 2015

Kenapa Kita Di Larang Untuk Minum Berdiri?


Seringkali kita dengar mak ayah atau orang-orang terdahulu marah jika kita minum berdiri

Tapi tidak pula di terangkan kenapa tidak boleh minum dalam keadaan berdiri

Jangan pandang rendah isu ni sebab Nabi juga melarang umat Nya makan dan minum dalam keadaan berdiri

Kenapa Di Larang Minum Berdiri?



Selain daripada orang tengok pun tak elok (Ani rasa sebab ni orang dahulu tak bagi minum berdiri). Ada sebab lebih utama daripada ini.

Menurut Pakar Perubatan Dr. Abdul Razzak Al Kailani, "Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas, di mana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang. Adapun minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.

Dalam erti kata lain, minum berdiri boleh menyebabkan terjadinya penyakit kristal ginjal.

Bagaimana Perkara Ini Terjadi?


Dari sudut kesihatan, apabila kita minum secara duduk, air akan disaring oleh sfringer. Bermakna, setiap air yang kita minum akan disalurkan kepada pos penyaringan yang berada di ginjal. 

Tapi, apabila kita minum berdiri, air yang kita minum pergi terus menuju kandungan air kencing tanpa melalui pos penyaringan. 

Semasa menuju ke kandungan air kencing itulah terjadinya pengedapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter) . Di sebabkan banyak sisa-sisa melekat di ureter lah terjadinya penyakit kristal ginjal.


Kesimpulannya, Jangan minum berdiri dan jangan lupa untuk minum air secukupnya setiap hari :)

Bulan Ramadhan , Set Puasa Combo untuk anda.

Semoga Bermanfaat! :D


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

Untuk Wanita, Info Kursus Pengendalian Makanan


Entri ni khas untuk mereka yang telah berumahtangga dan persediaan untuk berumah tangga

Wah Giteww!

Jujur, ada yang dulu Ani salah buat , 

Tapi bila dah taw tatacara pengendalian makanan dengan sebetulnya, maka Ani  pun kena betulkan.

Jom kita tengok satu-persatu :)

Untuk Wanita, Info Kursus Pengendalian Makanan


Info Pengendalian Makanan

  • Sayuran yang dimakan mentah seperti taugeh, daun kesum, daun serai wangi dan lain-lain yang dibuat ulam yang tidak di masak, perlu di rendam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan jangkitan virus E.Coli.
  • Petua membeli ayam segar adalah beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit ketika itu. Jika beli pada waktu tengah hari, pastikan balik ke rumah terus cuci dan masukkan terus ke dalam peti sejuk beku sebelum di masak. Masak ayam dengan sempurna, kalau tak cukup masak, bakteria tidak mati dan ianya akan aktif semula apabila makanan  menjadi sejuk.
  • Elakkan letak senduk nasi ke dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh di tangan kita.
  • Elakkan telur separuh masak sebab mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otot. Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan.
  • Makanan sejuk beku seperti nugget ayam, daging burger perlu digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku. Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik kerana ia mengundang bakteria. Pastikan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  • Pastikan tukang masak (either kita sendiri atau pembantu rumah)apabila memasak bersih. Sebab 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca daripada tukang masak . Atas sebab itulah, orang berniaga kena amik suntikan vaksin untuk elak dijangkiti penyakit dan tersebar kepada orang lain.
  • Pastikan makanan dan minuman dalam tin di basuh dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkan kencing tikus.
  • Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapikkan dengan plastik untuk  mengelakkan  pengaktifan sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin.


Semoga Bermanfaat Kepada Semua!


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday, 25 June 2015

Tips Penyusuan Susu Ibu Semasa Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan, ada antara Ibu Menyusu risau akan kandungan susu untuk bayinya

Risau bayi tidak mendapat susu secukupnya untuk pembesaran mereka

Jom ikuti kisah Puan Salwa bagaimana menghadapi Ramadhan mengandung dan menyusukan bayi :)

Tips Penyusuan Susu Ibu Semasa Bulan Ramadhan





Antara tips yang ingin Ani tekankan daripada video  Puan Salwa ini adalah Demand & Supply.

Teknik yang perlu Ibu Menyusu fahami untuk konsep Demand & Supply adalah lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.

Ibu Menyusu perlu cari masa untuk mengepam walaupun berada di pejabat.

Pengambilan air secukupnya sangat penting bagi Ibu Menyusu dan elakkan stress.

Konsep Penyusuan Bayi Dan Supplement


Perlu difahami, Vitamin berfungsi untuk memastikan tubuh Ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung, mampu membekalkan susu ibu yang berkualiti kepada bayi anda :)

Set Bersalin & Penyusuan


Set Bersalin & Penyusuan Bayi

Berikan nutrisi terbaik untuk diri dan bayi :) 


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Tuesday, 23 June 2015

Perkara Yang Boleh & Tidak Boleh Di Lakukan Untuk Ibu Mengandung

Ibu Mengandung pasti inginkan yang terbaik untuk diri sendiri dan kandungan

Tapi tahukah ? ada perkara yang boleh dan tidak boleh di lakukan lagi-lagi apabila fasa awal kehamilan yang sangat penting untuk pertumbuhan janin.

Jom lihat Do's and Dont's

Perkara Yang Boleh & Tidak Boleh Di Lakukan Untuk Ibu Mengandung


Sedikit info untuk Ibu Mengandung yang MESTI ELAK

Perkara Boleh & Tidak Boleh Di Lakukan Untuk Ibu Mengandung


Set Ibu Mengandung Shaklee


Set Ibu Mengandung Shaklee


Semoga Bermanfaat! :)


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

Monday, 22 June 2015

Cadangan Amalan Wanita Haid Ketika Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan segala perbuatan amal baik kita di beri ganjaran lebih

Adakah wanita yang datang haid tidak boleh langsung berbuat sesuatu yang baik untuk menuju redha Nya?

Allah kan Maha Pemurah, Maha Penyayang

Cadangan Amalan Wanita Haid Ketika Di Bulan Ramadhan


Ramadhan


  • Sediakan makanan dan hidangan berbuka kepada orang yang berpuasa
Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa yang memberi iftar (hidangan untuk berbuka) untuk orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun (H.R Bukhari Muslim)

  • Membanyakkan doa dan zikir sepanjang hari
Walaupun wanita haid tidak dapat bersolat, tapi kita masih boleh berdoa dan berzikir kepada Allah. Sambil masak pun boleh berzikir kan? Doa di bulan Ramadhan di makbulkan kan ? :) Jangan lepaskan peluang ni

  • Berseru dalam kebaikan 
Jom berseru dalam kebaikan, boleh nasihat adik beradik, keluarga pergi tarawih, lelaki solat jemaah, update perkara-perkara baik di facebook dan twitter dan sebagainya :)

  • Menyibukkan diri dengan menuntut ilmu
Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah SWT menunjukkan jalan Syurga baginya (HR Muslim) 

  • Bersedekah
Bersedekah tidak semestinya kita beri duit kepada orang yang kita nampak, tapi dari segi jiran, kita sebagai wanita boleh masak lebih bagi kepada jiran tetangga. Kalau tak sempat, beli juadah lebih untuk mereka atau beli buah-buahan untuk mereka

Doa Wanita Ketika Datang Haid dan Nifas


Doa Wanita Ketika Datang Haid & Nifas

Rebut Peluang Pahala Di Bulan Ramadhan!


Semoga Bermanfaat! :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Saturday, 20 June 2015

Alternatif Untuk Rawat Sakit Demam Denggi Tanpa Ubat

Al kisahnya adik Ani masuk wad kerana Demam Denggi

Dari situ, Ani belajar sedikit demi sedikit apa yang boleh dan tak boleh bagi pesakit denggi.

Demam Denggi


Demam Denggi


Tanda-Tanda Denggi

  • Demam yang lama 
  • Lenguh badan, sakit otot, mata dan sendi
  • Tumbuh bintik atau ruam merah

** Rasa demam lama, tak payah fikir lama  terus rujuk kepada Doktor sebelum tanda-tanda lain muncul


Tak Boleh Di Beri Untuk Pesakit Denggi

  • Tak boleh bagi minum 100 Plus
  • Pesakit tak boleh gosok gigi sebab once nanti berdarah takut tak boleh nak stop
  • Elakkan makanan pedas & makanan berlemak dan banyak herba.


Alternatif Untuk Rawat Sakit Demam Denggi Tanpa Ubat



 Daripada Nutrisi Shaklee : Siti Sarah

Cegah Awal Sebelum Merebak


Call to Action :
Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday, 18 June 2015

Set Penjagaan Kulit NutriWhite Shaklee Standard Produk Terkemuka


Mencari-cari satu set penjagaan kulit yang kita pakai, kita puas hati dan bahan selamat?

Ani suggest Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee

Tak sungguh tak kata, sebab sungguh Ani suggest! :)

Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee Standard Produk Terkemuka


Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee
Langkah Untuk Penjagaan Kulit Nutriwhite

  • Nutriwhite Action MakeUp Remover
Nutriwhite Action Make Up Remover untuk penanggal alat solek dan tak berminyak. Kulit jadi lebih licin, lembut dan berseri.

Kandungan Tunas pokok Bic bantu untuk menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan manakala Aloe Vera pula bantu dalam  menyegarkan dan menenangkan kulit. 

  • Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser pencuci muka lembut dan diformulasi khas. Ani pakai tak taw bila nak habis, sebab guna sikit sangat. Agak dalam setahun baru habis hehe.

Ia bantu untuk membersihkan dan menyegarkan kulit. Rumpai Laut yang terkandung dalam Gentle Deep Foaming Cleanser membantu menghilangkan kotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit. Alga Hijau pula menyahtoksinkan dan melembapkan kulit dan Strawberi Bengonia  mencerahkan dan mengimbangi pigmen.

Memberi kesan lembut dan menyegarkan :)

  • Nutriwhite Shooting Radiance Whitening Softener
Shooting Radiance Whitening Softener untuk tegangkan kulit, kembalikan kulit pada ph asal .Kulit berasa lebih tegang dan segar dengan Rosemary. Kudzu pula memberi kesan menegangkan dan mencerahkan ^-^V

  • Nutriwhite Daily Defense Whitening Essence
Daily Defense Whitening Essence terkandung bahan-bahan herba untuk cerahkan kulit , menghidaratkan dan melembutkan kulit.

Bahan yang terlibat adalah :
Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
Strawberry Bengonia pula mengimbangkan pigmen
Kacang soya untuk melembutkan dan  mengurangkan tompok-tompok hitam
Mulberi bantu mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah, lembut dan mudah diserap oleh kulit

Best kan! :D

  • Nutriwhite Spot Whitening Treatment
Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat. Kuasa pencerahan dari Likuoris dan Peony sangat best sebab kesan dia dalam mencerahkan, melindungi kulit serta bantu menghilangkan radang kulit

Cat Claws menengangkan kulit dan Vitamin C aktif memberi kecerahan baru untuk kulit dan kulit lebih halus

  • Nutriwhite (Daytime) Ultimate Protection Whitening Lotion
Daytime Whitening Lotion dengan SPF 15 sangat ringan dan beri kesan pelembap yang sangat best! 

Licin, kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan dari cahaya matahari. Mountain Arnica  menghilangkan radang kulit dan bertindak sebagai pelembap untuk semua sudut. Melindungi daripada kesan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

  • Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream
Tugas Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream adalah memperbaharui kulit dan mengembalikan keremajaan kulit waktu tidur.

Kandungan Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam.Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit. Vitamin C aktif mengurangkan tompok hitam, mengembalikan keserian wajah. Jika gunakan pada waktu pagi, kulit terasa  halus dan best!

Testimoni Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee


Testimoni Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee

Testimoni Set Penjagaan Kulit Nutriwhite

Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee berasaskan nutrient, terbukti secara klinikal serta di uji oleh Pakar Dermatologi 


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Wednesday, 17 June 2015

Stok Tadabur Al-Qur'an 30 Juzu' Setiap Hari Bersama Ustaz Nouman Ali Khan

Sebenarnya Ani dapat info ni daripada Kak Kep upline Ani dalam Shaklee , bagaimana untuk tadabbur Al-Qur'an 30 Juzu' setiap hari.

Amat bersesuaian ketika dibulan Ramadhan, kita bertadabur Al-Qur'an menggunakan teknologi yang telah sedia ada untuk kita

Hidupkan bulan Ramadhan kan :)

Stok Tadabur Al-Qur'an 30 Juzu' Setiap Hari Bersama Ustaz Nouman Ali Khan



Bagaimana Untuk Bertadabur Al-Qur'an?


Begini caranya, dengan buka 1 hari satu juzu' dan satu video . Mudah kan?

Penting nawaitu kerana Nya

Juz 1 : https://www.youtube.com/watch?v=pt9fUcL8njY

Juz 2 : https://www.youtube.com/watch?v=gWZDVYom3RE

Juz 3 : https://www.youtube.com/watch?v=wFsYnwI6zEA

Juz 4 : https://www.youtube.com/watch?v=h2kwF17bKi0

Juz 5 : https://www.youtube.com/watch?v=9C6QyjX53cg

Juz 6 : https://www.youtube.com/watch?v=KVh-W6CjIOc

Juz 7 : https://www.youtube.com/watch?v=tXsMMj7m9tQ

Juz 8 : https://www.youtube.com/watch?v=6NFo35g7zo8

Juz 9 : https://www.youtube.com/watch?v=2i80milYJAc

Juz 10 : https://www.youtube.com/watch?v=RIKDxmw466Y

Juz 11 : https://www.youtube.com/watch?v=Btsvfuu2eE4

Juz 12 : https://www.youtube.com/watch?v=K1uQ1l4LQFE

Juz 13 : https://www.youtube.com/watch?v=eThSNtJe7SY

Juz 14 : https://www.youtube.com/watch?v=Vvn2WCO_zPg

Juz 15 : https://www.youtube.com/watch?v=3xOK85qRQ_o

Juz 16 : https://www.youtube.com/watch?v=WAwI1MvBViE

Juz 17 : https://www.youtube.com/watch?v=x9nMCACgvqk

Juz 18 : https://www.youtube.com/watch?v=y5YpDilwN04

Juz 19 : https://www.youtube.com/watch?v=T_DMb8o32c8

Juz 20 : https://www.youtube.com/watch?v=DzSDr5xiGIE

Juz 21 : https://www.youtube.com/watch?v=0qAhT7MVOFg

Juz 22 : https://www.youtube.com/watch?v=bFUACCm25ok

Juz 23 : https://www.youtube.com/watch?v=PKFc1o8Yvzk

Juz 24 : https://www.youtube.com/watch?v=R6XHHcbcitI

Juz 25 : https://www.youtube.com/watch?v=iLvV_1JT2Ik

Juz 26 : https://www.youtube.com/watch?v=v_zrDh9Ny8g

Juz 27 : https://www.youtube.com/watch?v=kvUU1g4i2bk

Juz 28 : https://www.youtube.com/watch?v=xJRf_4tojx4o

Juz 29 : https://www.youtube.com/watch?v=Ugx4MZK3EGQ

Juz 30 : https://www.youtube.com/watch?v=9JL09VjJQWE


Jom Tadabur Al-Qur'an & Jangan Lupa Bersahur

Semoga Bermanfaat! :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Sunday, 14 June 2015

6 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

Sebenarnya Ani baca benda lain finally terjumpa Resepi Untuk Ibu Berpantang

Ada kira baiknya Ani berkongsi kepada semua sebab rasa ianya sangat bermanfaat

Resepi pantang daripada Rahsia Hawa :)

6 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan


Resepi Ibu Berpantang

  • Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-Bahan
Ikan Masin (di goreng tanpa minyak)
Lada Hitam

Cara-caranya :
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah dengan perahan limau 
Gaulkannya dengan sebati

  • Ikan Tenggiri Kering
Bahan-Bahan
1 keping Ikan Tenggiri Kering
2 biji Lada Besar
1/2 biji Bawang Besar Di Hiris

Cara-caranya :
Ikan digoreng layur bersama hirisan halia
Kemudian, tumbuk bersama lada besar dan bawang tetapi jangan hancur
Hidang bersama nasi panas

  • Sambal Tok-Tok Lada Hitam
Bahan-Bahan
Bawang Merah
Bawang Putih 
Ikan Bilis 
Lada Hitam

Cara-Caranya :
Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sedikit garam . 
Hidang bersama nasi :)

  • Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-Bahan
Isi Ikan Masin (Kurau @ Talang)
1 labu bawang besar
5-6 tangkai Cili Kering
3 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
Sedikit Air Asam Jawa & Gula

Cara-Caranya :
Tumis semua bahan yang dihiris
Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula
Akhir sekali, masukkan ikan masin yang telah di goreng terlebih dahulu.

  • Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-Bahan
100g Ikan Bilis Putih
3 batang Serai ( di titik @ di hiris ikut suka)
1 biji Bawang Besar dimayang
2cm Halia dimayang
6 helai Daun Limau Purut dihiris@dikoyak kasar
6 biji Cili Padi diketuk
Minyak

Cara-Caranya:
Goreng Ikan Bilis hingga rangup
Kemudian, masukkan bahan hirisan

Set Ibu Bersalin Shaklee


 Set Ibu Bersalin Shaklee

Semoga Bermanfaat! :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Saturday, 13 June 2015

Lirik Lagu Gemilang Ella


Malam-malam tetiba nak tulis lagu ni boleh?

Sebenarnya Ani layan lagu Ella, omputih Demi Lovato kan rock dia thorrbaaik

Ada masanya, Ani dan adik Ani kami wengweng ~~ hihi

Ella Gemilang

Lirik Lagu Gemilang : Ella


Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyebulungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan ku tak peduli
Ku terus mencuba 
Kecapi hingga kini

Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa

Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, Sabar, Benar

Video Sekitar National Conference Shaklee 2014/2015

Sekali Sekala Layan Lagu Takpe Kan! :D


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday, 11 June 2015

Untungnya Umat Nabi Muhammad : Kelebihan Umat Rasulullah

Dari pembacaan, betapa beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW contoh dan tauladan yang terbaik untuk kita

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Kelebihan Umat Rasulullah SAW Menurut Pandangan Nabi Adam AS


Selawat ke atas Rasulullah SAW

Nabi Adam AS telah berkata , "Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku."

  • Taubatku hanya diterima di Kota Makkah, sementara taubat umat Muhammad SAW diterima di sebarang tempat oleh Allah SWT
  • Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberi mereka pakaian
  • Ketika aku telah berderhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi, umat Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan isteri dengan mereka.
  • Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad SAW derhaka kepada Allah SWT akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah SWT

Kelebihan Umat Rasullah SAW


Keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW ada dua iaitu memiliki cahaya Al-Qur'an dan cahaya Ramadhan.

  • Kita sebagai umat akhir zaman
Nanti, apabila kita padang Masyhar kelak, Allah SWT akan menyusun semua umat-umat Nabi bermula daripada Nabi Adam AS sehinggalah Nabi Muhammad SAW. Bestnya kita adalah, Allah SWT pilih umat Nabi Muhammad SAW untuk berbaris di saf yang pertama dan Allah SWT telah memilih umat Nabi Muhammad SAW untuk dihisab terlebih dahulu berbanding umat Nabi yang lain.

  • Pahala yang berlipat kali ganda
Satu amalan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW dibalas dengan 10 kebaikan.Satu kesalahan akan dibalas dengan satu dosa yang setipmal. Baiknya Allah SWT kepada kita umat Nabi Muhammad SAW

  • Penangguhan seksaan di dunia
Nabi Muhammad SAW telah memohon kepada Allah SWT supaya bagi peluag kepada umat Nabi Muhammad SAW sampai hari pembalasan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Baiknya Nabi kita mohon untuk kita, Baiknya Allah perkenankan permohonan Nabi SAW. Dibandingkan dengan umat-umat Nabi lain terdahulu, Allah..

  • Malam Lailatulqadar
Umat Nabi Muhammad SAW satu-satunya yang dapat yang diberikan oleh Allah SWT satu malam menyamai 1,000 bulan . Allah, Engkau sangat pemurah

Kisah Nabi Musa AS Bertanya Kepada Allah SWT


Nabi Musa AS : Adakah akan wujud satu umat yang lebih baik daripada umatku ini Ya Allah?

Allah SWT menjawab : "Ya"

Nabi Musa AS : Jika begitu Ya Allah, aku memohon kepadaMu untuk menjadi Nabi bagi umat yang terbaik itu

Allah SWT menjawab : Aku telah memilih nabi yang bakal menjadi ketua bagi umat yang terbaik itu.

Nabi Musa AS : Kalau begitu, Ya Allah, cukuplah bagi aku untuk menjadi salah seorang daripada umat yang terbaik itu.

Allah SWT menjawab : Aku telah memilih siapakah yang akan menjadi umat terbaik ini.

sumber : Biografi Agung Rasulullah SAW

** Sungguh, Allah memilih kita untuk menjadi umat terbaik. Allah, Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Sekelian Alam

Semoga Bermanfaat


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...