Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, 23 May 2017

Resepi Beauty Mango Smoothie Shaklee

Sebenarnya, malam tadi sempat ani buat Beauty Mango Smoothie Shaklee

Tak susah, semudah ABC sahaja

Pantas, Cepat dan Tuntas

Resepi Beauty Mango Smoothie

Beauty Mango Smoothie
Ini hasil yang telah ani buat

Bahan-Bahan Beauty Mango Smoothie Shaklee

Bahan-Bahannya Adalah :
  • Mangga 
  • ESP
  • Performance Drink
  • Collagen Shaklee
  • Air

Cara penyediaan Beauty Mango Smoothie

Anda  boleh tengok video di bawah :



Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya,Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID :1073895

"Do What You Love"

Sunday, 14 June 2015

6 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

Sebenarnya Ani baca benda lain finally terjumpa Resepi Untuk Ibu Berpantang

Ada kira baiknya Ani berkongsi kepada semua sebab rasa ianya sangat bermanfaat

Resepi pantang daripada Rahsia Hawa :)

6 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan


Resepi Ibu Berpantang

  • Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-Bahan
Ikan Masin (di goreng tanpa minyak)
Lada Hitam

Cara-caranya :
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah dengan perahan limau 
Gaulkannya dengan sebati

  • Ikan Tenggiri Kering
Bahan-Bahan
1 keping Ikan Tenggiri Kering
2 biji Lada Besar
1/2 biji Bawang Besar Di Hiris

Cara-caranya :
Ikan digoreng layur bersama hirisan halia
Kemudian, tumbuk bersama lada besar dan bawang tetapi jangan hancur
Hidang bersama nasi panas

  • Sambal Tok-Tok Lada Hitam
Bahan-Bahan
Bawang Merah
Bawang Putih 
Ikan Bilis 
Lada Hitam

Cara-Caranya :
Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sedikit garam . 
Hidang bersama nasi :)

  • Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-Bahan
Isi Ikan Masin (Kurau @ Talang)
1 labu bawang besar
5-6 tangkai Cili Kering
3 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
Sedikit Air Asam Jawa & Gula

Cara-Caranya :
Tumis semua bahan yang dihiris
Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula
Akhir sekali, masukkan ikan masin yang telah di goreng terlebih dahulu.

  • Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-Bahan
100g Ikan Bilis Putih
3 batang Serai ( di titik @ di hiris ikut suka)
1 biji Bawang Besar dimayang
2cm Halia dimayang
6 helai Daun Limau Purut dihiris@dikoyak kasar
6 biji Cili Padi diketuk
Minyak

Cara-Caranya:
Goreng Ikan Bilis hingga rangup
Kemudian, masukkan bahan hirisan

Set Ibu Bersalin Shaklee


 Set Ibu Bersalin Shaklee

Semoga Bermanfaat! :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Monday, 18 May 2015

Resepi Daging Stir Fried & Sos BBQ


Nak masak tapi tak taw nak masak apa..

Resepi Daging Stir Fried dan Sos BBQ :)

Sedap gak kan! :D

Resepi Daging Stir Fried & Sos BBQ


Daging Stir Fried

gambar :  Google


Bahan-Bahan Daging Stir Fried

  • 250 gm daging mini stick

Bahan A

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 100 gm daun saderi
  • Perasa , lada hitam dan garam 
  • 60 gm kentang lenyek

Bahan Untuk Sos

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar perasa  (brand tak kisah  :) )
  • 1 sudu besar cuka hitam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan

  • Perap daging dengan semua bahan A. Perap selama 30 minit kemudian masak daging separuh masak  dan letak ke tepi terlebih dahulu
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak hingga panas. Kemudian, goreng bawang putih sehingga perang
  • Selepas itu, masukkan sos tomato, cili, tiram dan plum. Goreng campuran daging dan masukkan perasa, cuka hitam, garam dan gula sehingga daging masak. Hidangkan bersama nasi

Selamat Mencuba & Selamat Menjamu Selera :)


Ani Haryani 
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"


Wednesday, 6 May 2015

Resepi Nasi Goreng Thai


Sebenarnya senang taw nak buat Nasi Goreng Thai

Tak susah pun cuma tambah satu dua benda yang kita tak letak pada nasi goreng biasa

Lepas ni , jom buat Nasi Goreng Thai :D

Resepi Nasi Goreng Thai

Nasi Goreng Thai
gambar sekadar hiasan

Bahan-Bahan

  • 200 gm nasi putih
  • 10 gm cili kering-kisar
  • 5 gm bawang putih -kisar
  • 5 gm bawang merah - kisar
  • 30 gm isi ayam
  • 3 gm daun bawang
  • 10 gm tomato
  • 10 gm timun
  • 10 gm cili merah - hiris
  • 10 gm bawang besar - hiris
  • 30 gm pes tomyam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar sos ikan

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan kisar (cili kering, bawah putih dan bawang merah tadi) sehingga naik bau. Pecahkan telur dan kacau hingga rata
  2. Masukkan nasi putih bersama pes tomyam, sos ikan dan perisa lain dan gaul rata. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng isi ayam yang dipotong dadu, angkat dan ketepikan. Hidangkan nasi goreng tadi bersama tomato, ayam, hirisan cili merah, hirisan daun bawang, timun dan telur dadar

Selamat Menjamu Selera :D


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

Saturday, 25 April 2015

Resepi Nasi Hujan Panas

Ani kenal Nasi Hujan Panas masa belajar dekat Johor lah!

Pasar Malam setiap hari selasa, tak nasi tomato, nasi ayam, nasi hujan panas 

Itu je dok pusing-pusing hehe (yelah student, lagi ada pasar malam, terus cop dalam kepala hari selasa hari makanan sedap)

Kerlasss sangat ko Haryani hehe, 

Resepi Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas


Bahan-Bahannya Adalah :

  • 3 cawan beras Basmathi (rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar butter
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • Pewarna merah, hijau dan kuning telur
  • 10gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa

Rempah Tumis

  • 1 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1 helai daun pandan untuk di simpul

Bahan ni boleh digoreng tanpa minyak atau bakar 
  • 10gm badam
  • 10 gm kismis
  • 10gm gajus

Bahan Kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inc halia

Cara-Caranya Adalah :

  • Panaskan minyak sapi dan butter
  • Tumis bahan tumis juga daun pandan di simpul hingga naik bau yang harum
  • Masukkan bahan kisar dan masak sampai terbit minyak
  • Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
  • Kacau rata kemudian masukkan nasi
  • Selepas itu, masukkan badam, gajus dan kismis (gaul rata)
  • Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
  • Bila nasi dah masak, ambil chopstick dan lubang-lubangkan
  • Masukkan sedikit pewarna di setiap lubang
  • Tutup semula periuk nasi dan biarkan ianya meresap sebentar
  • Kemudian, gemburkan nasi rata
  • Sedia untuk di hidang :)

Jangan Lupa Baca Bismillah, Moga Bermanfaat :)

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

" Do What You Love"

Saturday, 7 March 2015

Resepi Popia Goreng

Fuh, nikmatnya dapat makan Popia, ye dak?

Lagi-lagi kalau dapat yang panas, memang thoorrrbaik hehe

Popia Goreng :D

Popia Goreng
Amacam? mengancam tak? Dibayangi dengan asap naik ke atas
Fuh!! Memang layan. Gambar ihsan Google tapi tapi tapi...resepi Ani punya ;)

Resepi Popia Goreng

Harus diketahui, buat Popia ni sangatlah senang! Seriously! Tak sungguh tak kata. Buat sendiri dapat rasa panas-panas (advantage tu! :D )

Bahan Yang Di Perlukan Adalah :)

  • Kulit Popia
  • Carrot (Lobak Merah)  Ani pakai 2 carrot
  • Sengkuang
  • Udang kecil
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Cili
  • Sedikit Air
  • Tepung
  • Garam
  • Gula

Cara Untuk Membuat Intinya

1. Ambil carrot dan sengkuang tadi buang kulit dan potong halus (Ani guna penghiris, cepat siap~ngee)

2. Dah siap campurkan sekali carrot dan sengkuang  yang telah di potong @ dihiris. Buang saki baki air yang ada sikit-sikit. Letak tepi

3. Panaskan minyak, ambil bawang merah dan bawang putih untuk di tumis. Letakkan garam secukup rasa .Masukkan udang kecil gorengkan, Akhir sekali letakkan carrot dan sengkuang yang telah potong halus masukkan ke dalam kuali dan kacau.

4. Nampak sebati, dah cantik tutup api.

Kulit Popia


1. Kalau kulit popia sejuk yang berada dalam freeze, keluarkan dan biarkan kat luar. Dah habis beku. Senang nak tarik :D

Gam Kulit Popia

1. Mudah caranya untuk buat gam kulit popia. Ambil tepung dalam 2, 3 sudu letakkan dalam bekas dan letakkan sedikit air. Kacau. Biar nampak likat. Bila likat senang nak gam pada kulit popia.  :D

Sambal Kulit Popia


1. Panaskan kuali letakkan cili yang telah di blander, tuangkan air dalam secawan. letakkan bawang putih  yang telah dikisar dan kacau sehingga masak. Jangan lupa letak garam dan gula.

Cara Balutannya

Pada tangan Ani tiada gambar bagaimana untuk membalutnya, maka Ani searching blog yang ada tunjuk cara balutannya.

Nah untuk Anda : klik sini untuk lihat

Cara Memasaknya

Jangan gunakan api besar, Gunakan api kecil. Selepas masak, jangan di baringkan popia . Letakkan dalam bekas di mana popia dalam keadaan berdiri. Popia perlu diletakkan dalam keadaan berdiri supaya minyak jatuh ke bawah

Selamat Mencuba & Selamat Menjamu Selera


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"


Tuesday, 20 January 2015

Resepi Macaroni Cheese

Idea untuk entri kali ni adalah dari adik Ani semalam 

Perbualannya begini :

Adik : Akak, tetiba aku rasa nak suruh ko buat Macaroni Cheese

Ani dengan selamba nya berkata : Rumah kita ada cheese?

Adik : Takde

Sekian hehe, maka timbullah idea entri pada hari yang mulia ni hehe

In sha Allah, beli Cheese terus buat Macaroni Cheese :D

Resepi Macaroni Cheese


Macaroni Cheese

Bahan-Bahan Resepi Macaroni Cheese

  • 1 paket Macaroni
  • 3 cawan keju cheddar (boleh juga letak parmesan atau mozarella)
  • 100ml susu segar
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 5 biji cendawan butang (hiris nipis)
  • 10 ekor udang basah
  • Black pepper, sedikit ajinamoto
  • Garam sedikit sangat hehe sebab cheddar dah masin :)

Cara-Cara Untuk Membuat Macaroni

  • Masakkan air dan garam sampai air menggelegak, letakkan macaroni
  • Bila lembut, angkat dan toskan
  • Masa tengah panas tu, letak sesudu butter, gaul kemudian ketepikan sebentar

Cara-Cara Untuk Membuat Sos Putih @ Bechamel

  • Cairkan butter dalam kuali dan masukkan tepung gandum
  • Kacau sehingga warnanya menjadi perang sedikit
  • Masukkan susu
  • Kemudian, masukkan keju dan kacau sehingga pekat
  • Masukkan pepper dan garam serta perisa
  • Masukkan cendawan dan udang
  • Masukkan makaroni tadi dan gaul

Dah siap, Makan dan Baca Bismillah :D

Selamat Menjamu Selera :D


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642 
Facebook : Ani Haryani @ LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895



"Kesihatan & Kecantikan Milik Anda"

Friday, 5 December 2014

Resepi Mudah : Kek Batik

Sebenarnya tiba-tiba rasa teringin nak buat Kek Batik ~ngee

Sedap makan ramai-ramai,

Maka, terhasillah idea untuk berkongsi resepi Kek Batik

Resepi Mudah : Kek Batik

Kek Batik

Gambar Google : Ani punya belum siap lagi. Ada rezeki, Ani tunjuk Ani punya  :D

Bahan Yang Di Perlukan Adalah :

  • 2 cawan Milo
  • 2 sudu besar Serbuk Koko
  • 1/2 tin susu pekat manis (nak kurang pun boleh, ikut masing-masing :D )
  • 1 buku Buttercup
  • 1 packet biskut Marie 
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla

Cara-Caranya  :

  1. Cairkan butter dalam periuk. Selepas butter cair, masukkan susu pekat,.Gaul sebati dengan penggunaan api sederhana.
  2. Masukkan Milo dan Serbuk Koko di dalam periuk. Gaul sebati. Pastikan milo tidak berketul-ketul
  3. Kemudian, masukkan Esen Vanila dan Gaul 
  4. Masukkan Biskut Marie yang telah di patah-patah ke dalam periuk dan gaul rata
  5. Angkat dan letakkan dalam bekas yang telah di alas dengan plastik . (Plastik sebab nak mudahkan nanti bila nak angkat kek batik keluar dari bekas nanti)
  6. Padat-padatkan kek batik dalam bekas. Caranya dengan tekan belakang sudu dekat permukaan kek batik. 
  7. Biarkan 4 jam dalam peti ais.
  8. Angkat dan Makan

Mudah kan? :D

Boleh lah makan bersama keluarga tersayang:D


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

Lebih Jimat Jika Anda Menjadi Ahli Shaklee



"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Thursday, 20 November 2014

Resepi Ayam Bakar Madu Yang Sedap & Senang Di Buat Ketika Ber Camping

Ada yang nak ber camping dengan kawan-kawan?

Tapi tak tahu nak masak apa untuk malam hari?

Apa kata anda buat Ayam Bakar Madu . Mesti Sedap!

Resepi Ayam Bakar Madu. Yummy!

Ayam Bakar Madu


Bahan :

  • Ayam (1 Quarter)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar madu
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 hirisan besar halia
  • 2 sudu besar cili kering

Langkah : 

  • Ayam dibersihkan terlebih dahulu
  • Gaulkan semua bahan tadi dengan ayam dan perapkan. Lebih lama lebih sedap (Ani suka perap semalaman)
  • Bakar dan Hidang

Selamat Mencuba! :D


Lebih Jimat Jika Anda Menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee dikongsi bersama"

Tuesday, 4 November 2014

Resepi Pisang Goreng Cheese


Hari-hari balik kerja, Ani akan pandang orang yang jual Pisang Goreng Cheese sampai hilang pandangan

Hari-hari tak kira hujan mahupun panas huhu

Tapi fikir balik dari beli, baik buat sendiri Pisang Goreng Cheese ye dak?

Pisang Goreng Cheese



meleleh maria tengoknya
sebab rasa dia marvelous hehe


Saipa pernah makan, pasti rasa nak lagi kan? kan? kan?

kan?kan?kan?

Boleh buat sendiri sebenarnya :)

Resepi Pisang Goreng Cheese


  • Pisang Goreng

  1. Sesikat pisang (buang kulitnya dan potong 2 jangan sampai putus)
  2. 2 cawan tepung beras
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 1 sudu besar baking powder
  5. 5 sudu besar santan
  6. Sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
  7. Secubit garam
  8. 1 subu besar margerin
  9. 1 biji telur

Caranya :

  1. Cairkan mentega 
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam , pewarna, baking powder , santan dan telur (Kacau hingga rata)
  3. Tuangkan margerin cair dan kacau adunan tadi sehingga sebati
  4. Masukkan pisang ke dalam adunan
  5. Panaskan minyak dalam kuali
  6. Gorengkan pisang hingga bewarna kuning keemasan
  7. Angkat dan toskan

  • Bahan Sos & Topping

  1. 1 sudu besar butter
  2. 1 sudu besar susu pekat manis
  3. Keju Cheedar  (di sagat halus)
  4. Chocolate Rise atau parutan coklat masakan

Caranya :

  1. Menggunakan kuali yang bersih, cairkan butter
  2. Tutup api apabila butter cair. Tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju (Kacau hingga rata)
  3. Masukkan pisang yang telah siap digoreng dan gaul rata
  4. Angkat pisang dan letakkan pada pinggan
  5. Taburkan keju cheedar yang telah disagat dan taburkan chocolate rise
  6. Jemput Makan :D


Peringatan Dalam Memilih Pisang


Pisang pun perlu pilih ye?

Harus untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, marvelouss!!! hehe

Pilih pisang jangan terlalu keras dan jangan yang terlalu masak. Pilih yang biasa. Yang sedang-sedang , molek je nengoknya hehe. Jangan terlalu muda sebab kalau muda pisangnya nanti jadi keras dan tawar. Pisang masak sangat pulak nanti dia jadi penyek dan serap minyak yang banyak.


Selamat Mencuba ye!

Anak gadis buatlah untuk family, pasti hati mereka berbunga-bunga kembang setaman :D

Yang dah kahwin buatlah untuk suami.Katanya perut suami perlu di jaga kan! :D


Nak BerShaklee?


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee. :)


"keriangan berShaklee dikongsi bersama"

Monday, 6 October 2014

Resepi Rendang Warisan Ibu

Bila Hari Raya tak lengkapkan kalau takde Rendang?

Ada yang sukakan Rendang Ayam, Rendang Daging tak lupa juga Rendang Kerang

Kami sekeluarga setiap tahun pasti memilih Rendang Ayam sebagai menu wajib di pagi raya :)

Dan hari ini, Ani nak berkongsi Resepi Rendang kami sekeluarga :)

Resepi Rendang Warisan Ibu 


Rendang Warisan Ibu


Bahan-Bahannya :


Set A
  • Bawang Merah 5 ulas
  • Serai 5 batang
  • Lengkuas
  • Kunyit
  • Halia
  • Bawang putih 3 ulas

Set B
  • Ayam (kami gunakan seekor ayam)
  • Cili kering yang telah siap diblender anggaran 2 cawan
  • Kerisik (setengah biji kelapa)
  • Sedikit serbuk rempah kari
  • Gula merah
  • Garam
  • Air asam

Cara Membuatnya :


  1. Blender kan semua bahan Set A. (potong dahulu serai secara kecil juga lengkuas dan diblender kan)
  2. Setelah siap di blender, panaskan minyak di atas kuali
  3. Kemudian, tumiskan cili yang sudah diblender dengan minyak sehingga cili menjadi garing & cukup masak
  4. Letakkan bahan Set A yang telah di blender dan masukkan ke dalam kuali
  5. Tumis dan kacau sehingga naik bau dan kering. Letakkan sekali rempah kari dalam 2 sudu.
  6. Masukkan ayam yang telah di toskan.
  7. Tumis sehingga airnya menjadi kering, kalau perlu kecilkan api sehingga air ayam keluar
  8. Sambil menunggu air ayam keluar, letakkan kerisik, garam dan kacau sehingga kering
  9. Apabila ayam hampir empuk, letakkan sedikit air asam, santan juga 1 sudu gula merah.
  10. Biarkan sehingga mendidih
  11. Akhir sekali, letakkan kunyit sehingga rendang kering
  12. Sedia untuk dihidang

Petua Arwah Nenek


Ini adalah petua arwah nenek Ani yang arwah nenek Ani beri kepada Ani. Sebenarnya dulu Ani ada perasaan malas untuk masak huhu (masa zaman sekolah rendah :) selalu kena paksa dengan mama belajar masak, belajar masak :) ) Jadi arwah nenek pun pesan begini, Niatkan bila masak kerana Allah dan niatkan sekali untuk beri orang makan. Percayalah, orang akan puas hati dan lauk pasti habis. :)

Tak percaya? Cubalah Petua Arwah Nenek Ani bagi :)


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama" 


Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...