Sunday, 14 June 2015

6 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

Sebenarnya Ani baca benda lain finally terjumpa Resepi Untuk Ibu Berpantang

Ada kira baiknya Ani berkongsi kepada semua sebab rasa ianya sangat bermanfaat

Resepi pantang daripada Rahsia Hawa :)

6 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan


Resepi Ibu Berpantang

  • Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-Bahan
Ikan Masin (di goreng tanpa minyak)
Lada Hitam

Cara-caranya :
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah dengan perahan limau 
Gaulkannya dengan sebati

  • Ikan Tenggiri Kering
Bahan-Bahan
1 keping Ikan Tenggiri Kering
2 biji Lada Besar
1/2 biji Bawang Besar Di Hiris

Cara-caranya :
Ikan digoreng layur bersama hirisan halia
Kemudian, tumbuk bersama lada besar dan bawang tetapi jangan hancur
Hidang bersama nasi panas

  • Sambal Tok-Tok Lada Hitam
Bahan-Bahan
Bawang Merah
Bawang Putih 
Ikan Bilis 
Lada Hitam

Cara-Caranya :
Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sedikit garam . 
Hidang bersama nasi :)

  • Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-Bahan
Isi Ikan Masin (Kurau @ Talang)
1 labu bawang besar
5-6 tangkai Cili Kering
3 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
Sedikit Air Asam Jawa & Gula

Cara-Caranya :
Tumis semua bahan yang dihiris
Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula
Akhir sekali, masukkan ikan masin yang telah di goreng terlebih dahulu.

  • Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-Bahan
100g Ikan Bilis Putih
3 batang Serai ( di titik @ di hiris ikut suka)
1 biji Bawang Besar dimayang
2cm Halia dimayang
6 helai Daun Limau Purut dihiris@dikoyak kasar
6 biji Cili Padi diketuk
Minyak

Cara-Caranya:
Goreng Ikan Bilis hingga rangup
Kemudian, masukkan bahan hirisan

Set Ibu Bersalin Shaklee


 Set Ibu Bersalin Shaklee

Semoga Bermanfaat! :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

6 comments:

  1. memang sesuai untuk mereka lepas bersalin..hi..hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe makanan pilihan bersesuaian untuk mereka :)

      Delete
  2. Terima kasih kongsikan..isteri saya tak pernah santap lagi resepi macam ni..biasa ikan bakar kosong la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, Ikan Bakar juga menyelerakan :D

      Delete
  3. Teringatkan lauk isteri lepas bersalin. Ikan bilis dan halia goreng dimakan dengan nasi putih.

    ReplyDelete

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...