Masing-masing punya impian kan,
Dan perancangan ani misi November 2018, ani nak ke Kundasang bersama mama ani.
Manusia merancang, Allah tentukan, Moga dipermudahkan Aamiin
Misi November 2018 : Percutian Kundasang, Sabah
Sebenarnya, Ani dah pernah pergi dulu tahun 2013. Tapi kenapa ani nak pergi lagi? Sebab mama ani yang nak pergi. Mana mama nak pergi ani nak pergi ~ hehe. Siap mama nyanyi lagi taw pagi tadi sebab sejuk!
Perancangan Ani
Perancangan ani nak pergi tempat yang sama lagi seperti Sabah Tea Garden, Kinabalu Park, Dairy Farm (New Zealand kan?) Rumah Terbalik, Canopy Walkway Poring, Tagal Sg Moroli (ni tempat ikan gigit-gigit kaki hehe), Pasar Malam Sinsuran, Pasar Flipina (macam-macam makan ada lobster, ketam, sotong..best kita pilih,dia masak depan kita, kita dapat panas-panas dan makan), ada rezeki lebih boleh singgah ke tiga pulau.
Waktu Sabah pun pagi dalam 6 lebih dah terang benderang. Orang kata luas perjalanan luas pemandangan.~ gitu. Cuma kena fokus kat sini, sana kena ada orang yang bawa, guide untuk kita pergi satu tempat ke satu tempat. In syaa Allah ani nak guna orang yang sama. Sabah ada satu air sedap taw tapi ani lupa nama dia, hanya di Sabah je ada air tu :)
Budget Ke Sabah
Ani ada survey search ticket flight (ani prefer Malindo Air sebab lebih selesa), ani tengok harga promo tak lari macam 2013 dulu, pergi balik seorang dalam RM 200 lebih sorang. Jadi nak harga jimat, kena rajin-rajin tengok promo. Tempat menginap ani memang nak Kinabalu Pine Resort sebab view dia cantik sangat!!. Nanti ke Bandar Kinabalu kena cari ke tempat menginap lagi. Gedebak gedebuk semua makan bagai ani anggar dalam RM1500 (lebih lagi baik).
Sebab ani nak bawa mama, jadi budget kena double. Makanya kita kena sambung menyimpan plus buat Shaklee bersungguh-sungguh! In syaa Allah
Kenapa Tak Tahun Depan?
Tahun depan dah ada plan lain, plan lebih bermakna In syaa Allah. Maka, kita pergi November 2018, tepat birthday ani 22 hb November, Masa tu Bye Bye! In syaa Allah, ini perancangan ani. Moga Allah permudahkan.
Sabah :)
Semoga Terhibur!
Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?
Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.
Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.
Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895
"Do What You Love"
salam haryani ..
ReplyDeletebumi kundasang memang cantik .
tk rugi bila berkunjung balik ..
aby pun dh pernah sampai sana ..
Waalaikumussalam Aby, aah, cantik sangat, in syaa Allah misi November 2018 :)
ReplyDeleteWau.. perancangan 2 tahun akan datang.. boleh tahan.. hehe.. boleh bawa naik gunung sekali.. alang2 kan.. hehe..
ReplyDeleteTak try Home Stay Kiram Village? View sana memang power tu..