Batu Karang bukanlah penyakit yang boleh di buat main.
Jika dibiarkan, ianya boleh menjadi parah kepada si pesakit
Batu Karang
Korang Tau Tak? Batu Karang bersaiz besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan ada sehingga sakit teruk disekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang.
Ada yang merasakan tiada apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan radang. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.
Tanda-Tanda Terjadinya Batu Karang
- Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan kesemua kes mempunyai tanda begini kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran dan menyebabkan jangkitan.
- Apabila batu karang berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil uterer, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan akan terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
- Air kencing berdarah
- Air kencing keruh dan berbau busuk
- Mual dan muntah
- Sentiasa terasa hendak kencing
- Demam dan menggigil (jika ada jangkitan)
- Ada butiran halus dalam air kencing
Punca Terjadinya Batu Karang
- Kurangnya Pengambilan Air
Jika tidak minum air secukupnya, air kencing boleh menjadi lebih pekat. Jadi, ia lebih mudah mengalami masalah batu karang
- Sejarah Keluarga Atau Diri Sendiri
Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang perlu lebih berhati-hati kerana ianya boleh berulang.
- Penyakit Tertentu
Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria iaitu masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang. Individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.
- Kesan Sampingan Ubat
Sesetengah ubat seperti ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
- Pemakanan
Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa) daging merah, makanan laut bercengekerang (keram, tiram) dan alkohol boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
- Kurang Bergerak
Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau terlalu lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.
Ikhtiar Rawat Batu Karang Dengan Vivix
Testimoni Vivix Untuk Batu Karang
Semoga Bermanfaat! :)
Anda Berminat Dengan Vitamin Shaklee?
ATAU
Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?
Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.
Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.
Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895
"Do What You Love"
salam haryani ..
ReplyDeletesalah satu punca batu karang adalah bila suka menahan nahan buang air kecil ..
betul ke fakta tu ??