Monday, 23 May 2016

Kanser Limfoma

Jangan pandang rendah jika mempunyai tanda-tanda seperti berpeluh pada waktu malam, demam, berat badan turun mendadak, letih atau kurangnya selera makan.

Semua tanda-tanda di atas berkemungkinan tanda kanser darah Limfoma Hodgkin yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Apa Itu Kanser Limfoma?

Kanser Limfoma

Limfoma adalah kanser sistem limfa. Sistem limfa terdiri daripada sekumpulan saluran dan kelenjar yang dikenali sebagai nodus limfa dan tersebar pada seluruh badan. Ia adalah sebahagian daripada sistem ketahanan badan yang mengangkut limfa untuk melawan jangkitan.

Apabila limfoma terjadi, limfosit mula terhasil secara abnormal dan terkumpul di bahagian sistem limfa tertentu seperti nodus limfa. Limfosit yang diserang akan mula hilang fungsi untuk melawan jangkitan.

Sel limfosit yang abnormal biasanya mula tumbuh di satu atau lebih nodus limfa. Lama-kelamaan, limfoma mungkin akan merebak melalui sistem limfa dan menjangkiti nodus yang lain.

Kejadian Limfoma di Malaysia


Sebanyak 564 kes Limfoma dilaporkan berlaku kepada kaum lelaki manakala 401 kes kepada kaum wanita. Limfoma disenaraikan sebagai kanser ke 6 tertinggi di kalangan lelaki manakala bagi kaum wanita limfoma disenaraikan sebagai kanser ke 8 tertinggi.Jumlah kes limfoma yang dilaporkan bagi tahun 2008 adalah 965 kes.

Limfoma Hodgkin


Limfoma Hodgkin ialah kanser yang agak agresif dan boleh merebak dengan pantas ke seluruh badan. Walaupun begitu, ia juga merupakan salah satu kanser yang paling mudah dirawat. Hampir 100% pesakit muda limfoma akan pulih sepenuhnya. Manakala pesakit yang melebihi umur 50 tahun, tahap pemulihan adalah kira-kira 75-80%

Tanda dan Gejala Limfoma


Bengkak yang berterusan pada satu atau lebih nodus limfa dengan tiada tanda gejala seperti mendapat jangkitan lain misalnya sakit kepala, ruam atau demam denggi.

Kaedah Diagonisis Limfoma


  • Biopsi
Kemunculan nodus limfa yang bengkak dan tanda-tanda berkaitan boleh diambil kira sebagai petanda jangkitan limfoma. Biopsi merupakan satu-satunya cara mengesahkan diagnosis tersebut. Ia dilakukan dengan mengeluarkan sebahagian atau kadangkala seluruh nodus limfa yang dijangkiti untuk kajian makmal. Walaupun begitu, pesakit akan diberi bius setempat ataupun bius am sebelum prosedur dilakukan.

Pakar akan meniliti sampel tisu untuk mengesan sel kanser. Penyiasatan ini adalah penting dalam rancangan rawatan bagi mengenalpasti dengan lebih tepat jenis limfoma yang dihidapi pesakit.

  • Kaedah Lain
Jika biopsi tidak menunjukkan limfoma, ujian lanjutan perlu dilakukan untuk memeriksa perebakan limfoma. Ujian tersebut adalah :

  1. Sinar-X
  2. Imbasan CT
  3. Imbasan MRI
  4. PET-CT

Rawatan


Seperti kanser-kanser lain, limfoma boleh dirawat jika di kesan pada peringkat awal. Terapi kimoterapi dan radioterapi adalah rawatan yang kebanyakan selalu digunakan.

Rancangan rawatan yang disyorkan adalah bergantung kepada tahap kesihatan am dan umur pesakit kerana rawatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius dan dikhuatiri boleh membebankan pesakit. Penting rujuk kepada Doktor kerana mereka lebih arif.

Vivix Ikhtiar Untuk Kanser Limfoma


Sebenarnya, terdapat kajian yang dijalankan pada tahun 2012 menunjukkan sel-sel kanser Hodgkin Lymphoma akan memusnahkan diri mereka sendiri apabila di beri resveratrol dose tinggi.

Proses Pemusnahan Sel Sendiri
Proses Pemusnahan Sel Sendiri


Kajian ini daripada PubMed, US National Library of Medicine National Institute of Health.

Vivix mengandungi Resveratrol yang mampu memberi perlindungan dan melawan pelbagai kanser lain seperti kanser prostat, paru-paru dan lain-lain lagi.

Kelebihan Vivix Untuk Kanser

Kelebihan Kesihatan Vivix


Semoga Bermanfaat! :)


Anda Berminat Dengan Vitamin Shaklee?


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...