Tuesday, 17 May 2016

6 Manfaat Jogging Untuk Kesihatan

Bila sebut jogging, pasti suka jika jogging sambil berteman kan! ~ngee

Tak jogging.. jadi berlari laju tinggalkan kawan hehe

Tapi apa kelebihan berjogging?

6 Manfaat Jogging Untuk Kesihatan

Jogging Untuk Kesihatan

  • Tingkatkan Stamina
Jadikan jogging sebagai  rutin harian mampu bagi meningkatkan stamina dan memberi kesan positif dalam kehidupan seharian. Jika badan rasa lesu, mulakan berjogging secara rutin :)

  • Cegah Penyakit
Sistem imun badan dapat ditingkatkan. Jogging membantu dalam melatih fungsi jantung dan mengurangkan tekanan darah sekali gus membantu melindungi daripada penyakit.

  • Menurunkan Berat Badan
Mesti ramai suka kan? Jogging membantu dalam membakar kalori dan meningkatkan metabolisme tubuh. Ketika kadar metabolisme tubuh lambat, maka tenaga berlebihan yang masuk ke dalam tubuh disimpan sebagai lemak. Pengumpulan lemak ini menjadikan tubuh semakin gemuk.

  • Membakar Lemak Di Perut
Semakin hari ukur lilit pinggang bukanlah semakin mengecil tapi semakin bertambah. Jika ingin bebas dari lemak yang mula mengumpul di bahagian perut atau mana-mana bahagian tubuh, mulakan dengan berjogging. Bukan sahaja di perut, lemak di bahagian pinggang, pinggul, paha dan lain-lain juga akan terusir, in sha Allah :)

  • Kuatkan Otot & Tulang
Selain membakar lemak, jogging membantu menguatkan otot dan menjadikan tulang lebih padat. Kepadatan tulang dan otot dapat membuat untuk lebih aktif dan lebih bersemangat.

  • Melambatkan Penuaan
Seiring bertambahnya usia, massa otot dan tulang akan berkurangan kan?. Jogging membantu untuk melambatkan proses penuaan di samping membuatkan kulit kelihatan cerah dan bermaya disebabkan aliran darah yang lancar.


Tips Berjogging

  • Pastikan anda benar-benar sihat dan cergas sebelum berjogging
  • Tentukan sasaran larian secara mingguan. Mulakan kombinasi berjalan dan berjogging untuk permulaan.
  • Ingat, jangan terlalu memaksa diri. Pastikan ada waktu berehat selang satu hari selepas berjogging.
  • Pastikan anda memilih kasut yang sesuai ketika berjogging. Saiz mesti sesuai dengan kaki. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat dan pastikan bahagian dalamnya lembut.

Semoga Bermanfaat! :)


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?


Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms@whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...