Friday, 31 July 2015

Tips Sahabat Anti-Sosial

Eh!!!! macam kena diri sendiri je kikiki, Ani bukan Anti-Sosial, Ani cuma susah nak rapat dengan orang

Tapi dah rapat, layanlah korang haha

Begitulah, Mama Ani pun kata Ani rapat dengan orang yang nak berkawan @ yang memang nak rapat dengan Ani

Terima Kasih :D

Tips Sahabat Anti-Sosial


Tips Sahabat Anti Sosial


Dia bukanlah Anti- Sosial, dia suka gerak sendiri (haha, back up diri sendiri lagi). Orang kata kurang keyakinan diri (tak salah sebab kelemahan kita memang manusia lain yang nampak, kita kena betulkan) tapi untuk diri Ani,mama kata dekat Ani, Ani tiada perasaan huhu sadis!! haha

Tapi bila dah rapat, Ani taw korang pasti suka golongan sebegini hihi

Pendapat Ani, ada dua golongan Anti-Sosial ni sama ada betul-betul pemalu atau memang hati kering. Atau ada dua-dua dan memang nampaklah hehe

Sebenarnya Ani tertarik tulis ni sebab berkait dengan Ani mungkin dan Ani utarakan pendapat Ani, takpe kan hehe

Tipsnya Adalah :


  • Ajak Sahabat Keluar
Pendapat Ani : Golongan begini memang suka jalan sorang-sorang. Lantaklah apa pun, dia tahu apa dia nak, dia terus je hehe

Caranya : Mulakan bergaul dengan mereka, kadang-kadang ya betul takde perasaan. Jangan suka sendiri lagi-lagi perempuan bahaya taw sebenarnya huhu. Dekatkan diri mereka berdepan dengan orang ramai. Senyum dan bermuka manis :)

  • Buat Helah
Pendapat Ani : Helah tu berpada ye, kadang-kadang tak di layan pun, bersabarlah huhu

Caranya : Ajak keluar jangan bagitahu ke mana, contoh jom makan! tapi jangan bagitahu tempat. Pasti dia akan tanya hehe. Tapi ingat taw, jangan bawa tempat tak munasabah! Itu namanya nak kena pelangkung huhu

  • Jaga Penampilan
Pendapat Ani : Kadang-kadang mereka memang kurang bersosial sebab tu tak nak gaul dengan orang

Caranya : Kita sama-sama jaga penampilan, pakaian bersih, jadi diri sendiri, nanti jika dia rasa sesuai, dia sendiri akan berkawan dengan anda :)

Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


Cara Penyelesaian Bagi Rambut Gugur

Masalah rambut gugur memang tidak dapat dipisahkan dengan manusia

Bila rambut gugur, ia mengambil masa untuk rambut baru tumbuh dan pstinya ia tidak dapat tampung kekurangan rambut dan akhirnya menjadi botak.

Cara Penyelesaian Bagi Rambut Gugur


Cara Penyelesaian Bagi Rambut Gugur

Menurut Dr Hanafiah Bashirun, keguguran rambut atau botak bukan sahaja melibatkan yang memakai tudung ataupun tidak, Sebaliknya, faktor utama keguguran rambut adalah faktor keturunan atau dipanggil sebagai androgenetik.

Faktor Penyumbang Keguguran Rambut

  • Tekanan : cara hidup, kerja
  • Pembedahan besar
  • Penyakit Kronik
  • Wanita selepas bersalin
  • Pemakanan yang tidak seimbang disebabkan kekurangan nutrisi
  • SLE, Tiroid, Gagal fungsi buah pinggang
  • Pengambilan pil perancang dan ubat kemurungan

Tips Penyelesaian Rambut Gugur


Cara terbaik adalah dengan berjumpa pakar.Sama ada pakar kulit ataupun pakar kecantikan juga pakar penjagaan rambut di salon

  • Pilih syampu bersesuaian dengan rambut. Jika boleh, nasihat pakar
  • Jika memakai tudung, pastikan rambut dikeringkan terlebih dahulu. Jika tidak, rambut bermasalah seperti kelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan pening kepala
  • Masa keringkan rambut dengan tuala, cara terbaik larutkan tuala secara lembut dan perlahan dari atas hingga ke hujung rambut
  • Guna air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala secara optimum
  • Elakkan hair dryer supaya rambut tak kusam
  • Untuk dapatkan rambut halus, guna sikat bergigi penuh dan rapat


Bagaimana Puan Ini Berikhtiar Untuk Rambutnya?





Ingin dapatkan nutrisi penjagaan rambut yang Puan ini ambil? Cepat call@whatsapp Ani 014-7222642 hari ini juga


Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya , Ani Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee. Kehadiran Anda amat dialukan

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
facebook@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday, 30 July 2015

Makan Secara Seimbang, Bukan Ikut Suka

Ops!! Tajuk entri tanjat gegirl hihi

Tapi betulkan, dah berapa lama hasrat nak turunkan berat badan?

Tapi tak turun-turun malah sedikit info, China dan Korea adalah negara yang kadar obesitinya rendah berbanding negara maju yang lain, tercabar tak?

Makan Secara Seimbang, Bukan Ikut Suka 

Makan Secara Seimbang, Bukan Ikut Suka

Bila makan secara seimbang, ianya satu langkah untuk penjagaan kesihatan keseluruhan

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencatatkan bahawa jangka hayat kaum wanita di Jepun adalah 86 tahun dan lelaki 75 tahun.

Bayangkan, boleh tengok anak cucu cicit membesar :D

Cara Diet Sihat & Kesannya


  • Rawatan Moden
Rawatan Moden merujuk kepada spa dan pusat urutan. Cara yang mudah tetapi memerlukan wang. Antara rawatan yang boleh diambil adalah urutan vakum dan frekuensi radio. Tahukah Anda? Teknologi ini terbukti secara klinikal mampu memberikan kesan positif pada tubuh sebab mampu tembus diameter lemak bawah kulit dan lilitan paha. Best kan? :D

  • Tradisional
Tujuh rahsia dapur masyarakat Jepun adalah makan utama mereka mesti dalam hidangan soya, ada ikan, sayur-sayuran, nasi sebagai pengganti roti, pencuci mulut dan makan dalam kuantiti sedikit. Senaman perlu ada untuk kekalkan bentuk tubuh. Pakar kesihatan mengatakan bahawa karbohidrat diperlukan untuk tenaga, maka pengambilan harian bersamaan dengan 130 gram karbohidrat :)

  • Makanan Tambahan
Makanan tambahan seperti dalam bentuk kapsul, serbuk atau cecair memang popular kan? sebab ia langkah paling senang untuk kurus dengan kesibukan masa bekerja. Boleh ambil makanan tambahan tetapi perlu mengandungi vitamin, mineral, botani, asid amino (ehem ESP hihi) sebab ini adalah unsur-unsur penting untuk berdiet. 

  • Pembedahan Sedut Lemak
Cara ini memang mahal tetapi tujuan utama kaedah ini adalah untuk kembalikan saiz tubuh asal dan bukannya mengurangkan berat badan. Faham kan? Di sebabkan itu jugaklah, kaedah rawatan sebegini sesuai untuk mereka yang sihat dari segi berat badan normal.

Tengok Bagaimana Ibu Muda Ini Kurus Dengan Cepat Tanpa Menyusutkan Susu Badan


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Ingin dapatkan Makanan Tambahan yang Puan Salwa ambil untuk turun sehingga 20 kg? Cepat call @ whatsapp Ani 014-7222642


Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda



Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat di alukan

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"


5 Adab Dalam Menghadiri Majlis Perkahwinan

Cantiknya Islam adalah setiap perbuatan kita, apa nak buat dan sebagainya pasti ada adabnya

Adab @Akhlak adalah subjek kegemaran Ani masa sekolah agama dulu

Sekarang ni, sekolah kebangsaan dipanggil Sivik (Adab)

5 Adab Dalam Menghadiri Majlis Perkahwinan



Saja letak gambar Irma, sebab suka Irma ! hehe :D 


  • Memenuhi Undangan
Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin maka hendaklah dia menghadirinya" (Riwayat oleh Al Bukhari dan Muslim)

  • Tak Pilih Kasih
Jangan bezakan atau kritik undangan majlis orang berduit dan orang yang biasa sebab di sisi Allah kita sama sahaja. Islam tidak menggalakkan seseoang yang pentingkan kepentingan sendiri.

  • Berpakaian Sopan
Tak jarang dan tidak menjolok mata sebab di dalam majlis ada lelaki yang bukan muhrim yang akan memandang.

  • Niat Ikhlas
Sebelum memenuhi undangan, pastikan niat betul dan penting bukanlah untuk memenuhi kehendak perut huhu.Niat untuk penuhi undangan, muliakan tuan rumah dan menjaga hati perasaan sanak saudara mereka :).

  • Berdoa
Doakan kebahagiaan dan kedamaian ke atas rumah tangga pasangan pengantin sebab Allah mendengar apa sahaja yang terdetik di hati hamba-hamba Nya


Semoga Bermanfaat! :D


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat di alukan


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

Doa Di Permudahkan Segala Urusan

Apakah hadiah terbaik?

Hadiah terbaik adalah doa :)

Doa untuk diri sendiri, Ibu Ayah, semua muslimin dan muslimat

Doa Di Permudahkan Segala Urusan



Doa Kepada Allah

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku"

Pengajaran Doa


Doa di atas sebenarnya adalah doa yang dibacakan oleh Nabi Musa ketika Beliau di perintahkan oleh Allah untuk berdakwah kepada Firaun. Ada di sebut dalam Al-Qur'an, Suruh Taha : 25-28

Doa ini di amalkan bila kita nak lakukan sesuatu tugasan, moga Allah lapangkan dada kita, beri ketenangan dari perasaan berdebar, gusar, takut dan sebagainya.

Doa ini juga mohon Allah agar dipermudahkan urusan moga tercapai apa yang kita inginkan sebagaimana kita rancang :)

Waktu Afdhal Berdoa


  • Ketika Bersujud
Rasulullah SAW bersabda " Tempat yang paling dekatnya seorang hamba kepada Allah adalah di saat dia sujud, maka perbanyakkan doa"
  • Antara Azan & Iqamah
Waktu terbaik dalam berdoa. Lebih baik, ianya dalam keadaan berwudhuk
  • Hari Jumaat
Jumaat penghulu segala hari :)
  • Doa Orang Berpuasa Ketika Bulan Ramadhan
Doa orang berpuasa tidak akan ditolak, terutama di bulan Ramadhan. Fadhilatnya berlipat kali ganda taw :)
  • Doa Orang Yang Teraniaya, Musafir & Ibu Bapa terhadap anaknya.

Semoga Bermanfaat! :D


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Tips Wanita Berfesyen Berpenampilan Menarik

Sememangnya tampak cantik itu fitrah wanita

Sukakan kecantikan, sukakan kebersihan , tampak indah, tampak manis

Tetapi harus di ingat, biar berfesyen tidak melanggar batas dan syariat

Tips Wanita Berfesyen Berpenampilan Menarik


Tips Wanita Berfesyen Berpenampilan Menarik


Secara umumnya, setiap wanita itu berbeza bentuk fizikalnya. Ada yang dipengaruhi oleh genetik mahupun pemakanan.

Tidak perlu risau tentang bentuk fizikal sebab Allah yang beri

Bersyukur dan kita perlu jaga sebaiknya

Masalah Berfesyen 1 : Memiliki Punggung & Bahu Bidang


Apabila mempunyai punggung yang besar. Cara menutupnya adalah :

  • Pilih seluar model lebar untuk menutup pinggul. 
  • Untuk blaus dan T-Shirt memenuhi syariat (labuh ye) pilih warna klasik seperti contoh putih, hitam, coklat, biru tua untuk tampak lebih manis
  • Pastikan penggunaan horizontal pada bahagian atas untuk mengimbangi pinggul dan paha berisi. Garis melintang vertikal bahagian bawah untuk kesan ramping pada bahagian bermasalah
  • Kasut, ikut keselesaan. Kasut tumit tinggi lebih ramping sebab ketinggian. Namun, jika pakai kasut leper, pinggul dan paha kelihatan lebih besar dan pendek
  • Blaus dan t-shirt sebaiknya memang labuh menutup paras punggung. 

Elakkan!

  • Pakai seluar ketat sebab menonjolkan lagi bentuk pinggul dan paha
  • Skirt@seluar yang beropol di bahagian pinggang
  • Jangan pakai T-Shirt ketat terletak atas pinggul (memang tempah bahaya)


Masalah Berfesyen 2 : Kecil Molek, Sukar Bergaya


Sebenarnya beruntung orang sebegini, sebab akan kelihatan lebih muda selalu. Jadi antara fesyen boleh lakukan adalah :

  • Pakai t-shirt bukan ketat taw!! . Kemudian, padankan dengan extender untuk tutup bahagian punggung. Memang kita nak bergaya, tapi mesti jaga aurat. Sebaiknya, pilih T-Shirt polos dan panjang untuk tutup bahagian punggung :D
  • Pilih baju dan tudung senada dengan warna. Kesannya, tampak lebih tinggi :)
  • Pilih baju dengan fabrik lembut seperti wool, kapas dan linen
  • Kalau suka garisan, pilih vertikal bukan horizontal
  • Elak pakai seluar yang banyak motif. Sebab nampak lebih pendek
  • Jika gemar aksesori, pilih simple. Bukan besar atau lebar


Semoga Bermanfaat! :D



Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan

Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Wednesday, 29 July 2015

Ibu Menyusu, Tetapi Tidak Cukup Susu?

Ilmu ni Ani dapat daripada Program Prof Muhaya di TV Al-Hijrah

Kebetulan, topik menceritakan tentang Ibu Menyusu

Sedikit perkongsian untuk kita bersama :D

Ibu Menyusu, Tetapi Tidak Cukup Susu?



Selalu semasa kehamilan, Ibu Mengandung lebih fokus kepada proses kelahiran. Ada sesetengahnya memikirkan penyusuan itu semulajadi tanpa belajar teknik bagaimana untuk deliver susu kepada bayi .

Hakikatnya 95% Wanita mampu menghasilkan susu secukupnya

Teknik Penyusuan  Yang Betul


Sesetengah Ibu tidak perasan teknik atau posisi bayi semasa menyusu adalah salah dan ia membuatkan bayi tidak selesa

Kebiasaannya, Ibu Menyusu mengendong bayi dan menyusukan bayi dalam keadaan kepala bayi teleng. Ia memberikan bayi rasa tidak selesa situ.

Posisi Menyusukan Bayi dengan betul adalah tummy ke tummy, tummy Ibu tembung dengan tummy baby, Ibu menyokong dari belakang, untuk menyusu kepala baby tidak menunduk , tidak meneleng dan kepalanya sedikit dongak.

Susu Ibu penuh dengan nutrisi yang bayi perlukan.

Apabila posisi betul, baby dapat susu secukupnya.

Supply VS Demand


Harus difahami,  teknik Supply VS Demand digunakan dalam penyusuan (bukan hanya ekonomi sahaja ye ;P ). Untuk mudah di terang, lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan, maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.

Mengikut pakar, waktu malam digalakkan untuk breastfeeding terus kepada baby.


Puan ini Ibu Bekerja Tetapi Berjanji & Berazam Untuk Menyusukan Bayi Sekurang-Kurangnya 2 Tahun . Apa Yang Ibu Ini Lakukan? :)




Ingin dapatkan nutrisi yang Puan Farah Wahida ambil untuk Penyusuan? Cepat call @ whatsapp Ani 014-7222642 hari ini juga.


Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda



Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kerbekesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

" Do What You Love"

Tips Panduan Untuk Menikmati Bijiran Penuh, Legum, Kekacang Juga Biji-Bijian

Orang kata makan buah-buahan baik untuk kesihatan

Setuju tetapi jangan dilupa kekacang dan biji-bijian

Yang suka mengunyah pasti biji-bijian dan kekacang dalam senarai makanan anda. 

Lama tak jumpa , pasti rasa mana ni hehe (Ani lah tu ;P)

Tips Panduan Untuk Menikmati Bijiran Penuh, Legum, Kekacang Juga Biji-Bijian Dengan Gembira


Tips Panduan Biji-Bijian

  • Makan sarapan berasaskan bijiran penuh contoh oat, jagung dan capati . Sedap! :D
  • Pilih roti, roti pita, bijirin  untuk sarapan pagi juga biskut yang berasaskan bijiran penuh
  • Cuba gantikan atau campurkan nasi putih dengan nasi beras perang
  • Makan makanan berasaskan legum seperti tauhu, tempe dan kacang panggang beberapa kali dalam seminggu
  • Makan kekacang/biji-bijian beberapa kali seminggu. Contoh : Biji selasih dalam minuman, kuih yang ditabur bijan.

Sumber-Sumber Bijiran Penuh, Legum, Kekacang & Biji-Bijian


Bijiran Penuh

  • Beras Perang
  • Oat
  • Jagung
  • Roti/Biskut Penuh (Campuran rai, gandum, oat, jagung & barli)

Legum

  • Kacang Kuda
  • Dal
  • Kacang Hijau
  • Kacang Merah
  • Kacang Soya

Kekacang

  • Kacang Tanah
  • Buah Berangan
  • Biji Gajus
  • Badam
  • Pistachio (Kacang Cerdik)

Biji-Bijian

  • Bijan
  • Kuaci (Biji Tembikai, Labu, Bunga Matahari)
  • Biji Teratai
  • Biji Selasih

ESP Shaklee Dari Kacang Soya


Tak sempat breakfast, shake ESP! Tak perlu air panas. ESP tidak memerlukan air panas.


ESP Sumber Daripada Soya


Kelebihan ESP


Ingin dapatkan ESP Anda? Cepat call @ whatsapp Ani 014-7222642 hari ini juga


Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"


Monday, 27 July 2015

Tips Atasi Perilaku Anak Kaki Pukul


Perilaku memukul dan menendang kawan apabila kawan-kawan sepermainan atau kawan-kawan sekolah tadika mengambil barang mereka atau membuat mereka marah boleh disedari semasa usia kecil lagi

Bermain dengan kawan, memukul kawan dengan buku, menjerit-jerit dengan perilaku melawan itu adalah tanda yang perlu di ambil serius dari kecil lagi

Bukanlah dengan mengajar memukul mereka kembali tetapi dengan kaedah yang lebih tegas tetapi punya kelembutan juga kasih sayang.

Tips Menangani Anak Kaki Pukul



Tips Menangani Anak Kaki Pukul

  • Jangan Ajar Pukul
Bagi sesetengah parents, memukul adalah satu tindakan tepat untuk mendisplinkan anak. Ani juga setuju dengan tujuan hanya untuk mendidik mereka. Namun, jika disalah guna, memukul setiap hari,  kebiasaan memukul ini boleh menjadi tabiat anak apabila dia turut memukul rakan-rakan lain atau sesiapa sahaja yang membuat mereka marah.

  • Cari Punca
Bila anak sering memukul, cari punca. Adakah kerana mereka merasa penat, bosan, lapar atau marah? Atau terpengaruh oleh rakan-rakan atau kaum keluarga dan keadaan sekeliling. Cuba perhatikan reaksi anak ketika bermain dengan kanak-kanak lain. Jika dia cuba memukul, Ibu Bapa perlu melarangnya dengan cara yang elok. Jadi, ia membantu untuk mengurangi sikap anak yang suka memukul

  • Tunjukkan Cara Berkomunikasi Dengan Baik
Kebanyakan situasi, anak-anak tidak memukul kerana marah atau kecewa tak dapat sesuatu. tetapi kerana mereka inginkan perhatian lebih daripada Ibu Bapa. Ibu Bapa perlu berkomunikasi dengan mereka cara yang baik. Contoh, jika anak kecewa tak dapat kehendak mereka kemudian mereka memukul, sebaiknya cepat rangkul dan peluk mereka. Beritahu secara lembut perbuatan memukul adalah suatu tindakan yang tidak elok

  • Luangkan Waktu Untuk Si Manja
Luangkan waktu yang banyak agar dapat mengubah keperibadian mereka. Selalu peluk, ajak mereka bermain bersama. Ajarkan mereka menggunakan tangan secara lembut sehingga mereka benar-benar faham tentang perbuatan yang mereka lakukan sama ada baik atau tidak

  • Tunjuk Sikap Yang Menyenangkan
Ibu Bapa, Guru perlu bersikap positif di hadapan mereka. Tunjukkan kelakuan yang baik kepada mereka. Contohnya, jika penat dan mengalami tekanan, jangan jadikan mereka sebagai mangsa untuk memukul sesuka hati. Jangan biasakan memukul objek semata-mata untuk gembirakan hati mereka apabila mereka terlanggar objek tersebut. Ini boleh memupuk sikap negatif anak untuk suka memukul

Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar, Kehadiran Anda amat dialukan :)


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Sekitar Raya Shaklee KL Branch 2015

Pada 24/07/15, Jumaat, di Shaklee Sri Rampai telah diadakan Jamuan Raya 2015

Bestnya, adalah semua SID (Shaklee Independent Distributor) di jemput hadir

Majlis bermula pada pukul 6 petang sehingga 10 malam

Sekitar Raya Shaklee KL Branch 2015


Shaklee Sri Rampai

Program sangat best bagi Ani, ramai Masters turun termasuklah President Shaklee Malaysia, Mr Herman Singh

Jamuan Raya ini telah dianjurkan oleh Master Fredie Lee, Master Yeap, Master Ding, Master Jun Tan & Master Hj Roslan

Bestnya adalah dapat inspirasi daripada Master yang datang, aura mereka..Fuh!

Master Fredie nampak cintanya pada Shaklee . Paling nyata, business ni bukanlah business untuk berjaya sorang-sorang tapi nak berjaya ramai-ramai 

Saling membantu. Unity & Solidarity

Masa talk juga kami baca Shaklee Oaths & Shaklee Song bersama-sama. Sungguh, ia kenangan yang sangat best :D Yang sama-sama nak berusaha untuk kejayaan bersama :D

Sedikit Gambar Semasa Raya Shaklee KL Branch 2015


Kami dihidangkan dengan pelbagai makanan, kambing golek 5 ekor, Nasi kerabu, Nasi Dagang, Sate, Lemang, kuih muih banyak sangat


Kambing Golek 5 Ekor : Sekitar Raya KL Branch 2015
Kambing Golek 5 Ekor tu.. habis OK! hehe


Sekitar Raya KL Branch 2015
Makan-makan, Jangan lupa minum Performance Drink :)

Master Fredie & Visi Baru Shaklee Malaysia



Semoga Bermanfaat! :D


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda



Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Tips Untuk Memilih Makanan Dengan Selamat

Kerana kesibukan, ramai yang terpaksa memilih untuk makan di luar

Tapi panduan bagaimanakah untuk kita memilih makanan dengan selamat?

Jom tengok satu-persatu :)

Tips Untuk  Memilih Makanan Dengan Selamat


Pilih Makanan Dengan Selamat

  • Pilih tempat makan yang bersih
  • Pastikan pengendali makanan mengamalkan kebersihan diri
  • Pastikan makanan dikendalikan dengan bersih dan selamat
  • Elakkan makanan yang tercemar
  • Pilih makanan yang segar atau baru dimasak
  • Elakkan pengambilan makanan hangus
  • Pastikan pembungkusan, kotak dan tin makanan dalam keadaan baik
  • Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet
  • Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi pewarna tiruan
  • Elakkan makanan yang digoreng dengan minyak masak yang telah digunakan berulang kali

Phytocol Bantu Untuk Me Nyah kan Kolestrol Jahat


Phytocol Turunkan Paras Kolestrol Secara Semulajadi


Keistimewaan Phytocol Shaklee


Inginkan Phytocol untuk bantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi? Cepat call@whatsapp Ani 014-7222642 hari ini juga.



Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar . Kehadiran Anda amat dialukan


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Saturday, 25 July 2015

Konsep Projek Taman Mini Untuk Kanak-Kanak

Kanak-kanak sukakan sesuatu yang berwarna warni dan  boleh di sentuh untuk mereka belajar tentang sesuatu.Nak tahu rasa, warna, berat dan sebagainya.

Bukan hanya untuk pelajaran sahaja bila mereka explore sesuatu, tetapi imaginasi juga daya kreativiti mereka juga diberi penekanan.

Bestnya adalah,kebanyakan pakar berpendapat, akiviti Taman Mini adalah satu benda yang praktikal yang berkesan untuk daya imaginasi dan kreativiti mereka :)

Konsep Projek Taman Mini Untuk Kanak-Kanak


Taman Mini Kanak-Kanak

  • Dunia Fantasi
Bila sebut tentang fantasi, pasti adaptasi daripada hasil cerita atau filem-filem fantasi kanak-kanak seperti Rapunzel, Sleeping Beauty, The Smurf dan sebagainya :)

  • Dinosaur
Melibatkan  konsep  haiwan yang mendiami bumi sekitar 230 juta tahun yang lalu. Pilihan haiwan ini boleh dipilih berdasarkan spesisnya. Sebagai contoj spesis Tyrannosaurus Rex, Allosaurus, Mammoth dan banyak lagi

  • Padang Pasir
Ini selalunya item hiasan yang digunakan 80% adalah pasir.Tambahan untuk menarik adalah dengan menggunakan tumbuhan semula jadi yang hidup di padang pasir. Letak hiasan batu-batu besar atau kecil. Tampak  menarik lagi, taman mini juga boleh dihiasi dengan khemah. 

  • Tropika
Lebih kepada susunan adaptasi sebuah hutan beriklim tropika. Antara item yang boleh digunakan adalah pokok-pokok kecil yang subur dan lumut. Selain itu, reka bentuk seperti anak sungai atau kolam adalah item wajib untuk memperlihatkan ciri-ciri taman mini tropika. :D

  • Ladang
Ini best! Ada 2 jenis taman mini yang boleh digunakan untuk konsep ni. Pertama, reka bentuk mirip seperti ladang sebenaar yang ada bangsal, haiwan ternakan, ladang dan sebagainya. Kedua, reka bentuk tanaman pokok hidup seperti pokok ubi kentang, sayur-sayuran dan lain-lain.

Bila sebut begini, rasa macam nak jadi macam budak-budak balik. Bebas explore , terjatuh, tergolek, sesuatu yang menyeronokkan!

Vitamin Untuk Kanak-Kanak


Vita-Lea for Children

* Boleh di ambil bermula 2 tahun ke Atas (rujuk Pengedar Anda untuk cara pengambilan) :)


Ingin dapatkan Vitamin untuk Kesayangan Anda? Cepat call @ whatsapp Ani 014-7222642 hari ini juga.

Pesan Sekarang

ATAU

Jimat Dengan Daftar Ahli Untuk Makan Sendiri


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran anda amat di alukan


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...