Tuesday, 19 May 2015

Rokok Memudaratkan Wanita

Ada yang mengatakan sebab stress, mereka mengambil rokok untuk menghilangkan stress

Tapi tahukah anda, wanita merokok memberi kesan lebih buruk berbanding lelaki merokok?

Peratusan perokok remaja perempuan meningkat iaitu 12.4% berbanding 11.5% dalam kajian tahun 2003

Rokok Memudaratkan Wanita


Wanita Merokok

  • Putus haid awal
  • Lewat hamil
  • Kemandulan
  • Kesan kepada wanita hamil adalah kelahiran bayi pramatang, kematian janin dalam kandungan dan tumbesaran janin terencat dengan 30% lebih tinggi
  • Risiko penyakit saluran pernafasan iaitu emfisema
  • Risiko serangan jantung
  • Risiko mendapat kanser paru-paru, mulut, tekak, pundi kencing, payudara dan serviks


Pandangan Dr Mathi Arusu Muthusamy


Menurut pandangan Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Hotel Pantai Cheras, merokok mendatangkan kesan yang lebih teruk kepada wanita jika dibandingkan dengan lelaki, selain penyakit barah, jantung, respiratori, wanita merokok juga mengalami masalah kesuburan dan berdepan risiko semasa mengandung serta melahirkan

"Jika perokok lelaki sering dikaitakan dengan panyakit paru-paru, wanita sebenarnya mempunyai masalah yang lebih serius. Golongan ini berisiko mengalami masalah reproduktif dan kanser. Wanita yang merokok akan menghadapi risiko kanser pangkal rahim"

Kesan Rokok Pada Bayi


"Wanita hamil yang merokok lebih banyak  melahirkan bayi yang meninggal dunia jika dibandingkan dengan wanita hamil bukan perokok. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih ramai meninggal dunia pada bulan-bulan pertama kehidupannya. Dalam daun tembakau umumnya terdapat satu hingga 3 peratus dadah nikotin.

"Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap daripada setiap bahan rokok mengandungi tar dan apabila meluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan penyakit kanser. Nikotin akan menyebabkan ketagihan selain bahaya karbon monoksida, sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen, " katanya.

Selain itu, bahaya merokok boleh memberi kesan kepada pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta, peningkatan kadar kematian janin (semasa peringkat perinatal), kecacatan kepada bayi seperti kecacatan pada bibir dan lelangit (cleft lip dan palate), peningkatan risiko untuk mengalami sawan, kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan), keguguran, penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gram dan perkembangan sistem saraf yang tidak normal.

Dr Mathi Arusu Muthusamy mengatakan bahawa bayi juga berisiko tinggi untuk mendapat asma dan sindrom kematian bayi mengejut (cot death). Kesemua risiko tersebut lebih besar berkemungkinan berlaku ke atas ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok

Berhenti Merokok Dengan Vivix


Berhenti Rokok Dengan Vivix
 Testimoni Vivix


Kelebihan Vivix

Promosi May 2015 : Vivix


Promosi May 2015 : Vivix


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

10 comments:

  1. Tiada apa yang baik dari rokok tapi manusia masih juga mahu merokok. Pembuat rokok membuat rokok kerana ada permintaan. Penghisap rokok merokok kerana ada bekalan. Pilihan ditangan masing-masing.

    ReplyDelete
  2. rokok memang membahayakan sesiapa sahaja

    ReplyDelete
  3. Nak merokok, sila pergi jauh2..he he..

    ReplyDelete
  4. dulu merokok secara part time...skrg dah tinggalkan.Rugi duit rugi kesihatan

    ReplyDelete
  5. Dah ramai negara yang fatwakan akan haramnya rokok ini

    ReplyDelete

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...