Sunday, 29 March 2015

Solat Sunat Istikharah


Ani terpanggil nak buat entri kali ni tentang Solat Sunat Istikharah

Nampak macam biasa tapi percayalah ianya sangat membantu dalam keputusan kita


Ani Sangat Yakin Dengan Solat Sunat Istikharah


Solat Sunat Istikharah

Orang kata buat Solat Sunat Istikharah untuk jodoh kan? Betul jugak kan hehe ;P

Tapi kan bila buat setiap hari minta Allah tunjukkan jalan kehidupan seharian mesti lagi manis kan?

Rasulullah SAW bersabda , "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilihan) daripada Allah SWT dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan Solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya"

Bila di buat, kemudian Allah bagi petunjuk, mesti rasa nak menangis sebab aturan Allah bagi sememangnya sangat cantik. Cantik dan Teramat Cantik!

Rasa sangat diri ni kerdil.

Penyelesaian dari segala masalah, idea baru yang timbul, hati yang tenang  dan keputusan mana yang paling tepat dan terbaik untuk kita semuanya daripada Allah.

Ani sangat percaya Allah sangat sayang hamba-hambaNya lebih daripada ibu kandung kita sendiri,

Besarnya kuasa dan cinta Allah 

Baiknya Allah :)

Cara Solat Sunat Istikharah


Tak susah sebenarnya untuk buat Solat Sunat Istikharah, Waktu yang boleh dibuat Solat Sunat Istikharah adalah di waktu pagi dan tengah malam.

Bestnya adalah boleh mengadu macam-macam kat Allah, segala yang memberatkan segala yang mendukacitakan. Kalau mengadu dengan manusia, bukan semua nak dengar dan yang pasti bukan semua faham. Suasana yang mendamaikan dan menyamankan.. Rasa sangat setiap kali mengadu mesti Allah dengar, mesti Allah tahu..

Allah... Allah Maha Baik :D  


Doa Solat Sunat Istikharah




Dah dapat petunjuk yakin padanya, lakukan sehabis baik. :)




Sandarkan segala keputusan dan keyakinan kepada Nya
Ani yakin pasti kita semua takkan menyesal.


Semoga Bermanfaat!


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


" Do What You Love"

Tuesday, 24 March 2015

Perkara Asas Perlu Tahu Untuk Penyusuan Bayi


Pastinya ibu mengandung seronok dengan entri kali ni :)

Tahniah! Bakal lahirnya khalifah di muka bumi ini. Khalifah yang baik dan memimpin dunia lahir daripada seorang ibu yang kuat dan baik

Dan Ibu yang kuat dan baik itu adalah Anda :)


Bayi Anugerah Allah

Perkara-Perkara Asas Perlu Tahu Untuk Penyusuan Bayi


Penyusuan Ekslusif Selama 6 Bulan Pertama


  • Kenali Bentuk Puting

Tahu sama ada puting jenis tenggelam, leper ataupun timbul. Jika ianya tenggelam atau leper, ianya agak sukar untuk bayi menghisapnya. Jadi,  cari jalan bagaimana untuk memperbetulkannya.

  • Tahu Bagaimana Cara Perahan Susu
Belajar bagaimana kaedah sebenarnya untuk memerah susu. Untuk Ibu yang bekerjaya mereka memerlukan peralatan lengkap supaya mudah untuk perahan susu.

  • Pam Susu
Pam susu sangat penting bagi ibu yang bekerjaya. Pilih pam yang dapat membantu ibu dalam proses pengepaman. Ciri-ciri pam yang bagus adalah ianya ringan, mudah di bawa dan tidak menyakitkan

  • Simpan Perahan Susu
Belajar bagaimana untuk menyimpan susu yang telah diperah dengan sebaiknya.

  • Guna Stok Perahan Susu
Untuk memanaskan susu beku yang telah di cairkan atau susu sejuk yang diletakkan di dalam peti sejuk, pastikan air panas yang digunakan hanya bersuhu 40C sahaja bagi memastikan sel sel hidup susu ibu tidak mati

  • Jangka Hayat Susu
Fahami jangka hayat susu sama ada yang telah diperah, disejukkan dan dibekukan

  • Ilmu
Membaca jambatan ilmu kan? hehe Baca info berkenaan penyusuan melalui majalah, internet, surat khabar dan sebagainya bagi meningkatkan pengetahuan tentang penyusuan bayi :)

  • Suami & Keluarga
Suami pun kena juga yeh? Eh! hehe. Suami dan keluarga perlu bantu memberi sokongan kepada Isteri. Fahami permasalahan , mendengar dan dan bantu dalam kerja rumah. Sejuk hati isteri ;)

  • Kuasa Minda : Susu Ibu Mencukupi!
Kuasa minda (sambil kepala Ani terbayang Dr Azizan Osman tunjuk tangan di kepala hehe). Set kan dalam minda bahawa susu cukup untuk keperluan bayi. Apa yang kita fikir, cakap dan buat adalah doa :)

  • Penjaga Bayi
Pastikan penjaga bayi tahu bagaimana mengendalikan stok perahan susu dengan baik.


Untuk Entri Set Penyusuan Shaklee ada di sini :)

Semoga Bermanfaat!



Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
sms/whatsapp : 014-7222642

"Do What You Love"


Panduan Tambah Susu Badan Supaya Anak Tidak Menangis Kelaparan

Pastinya setiap ibu menyusu risau jika susunya berkurangan

Bayi baru lahir sangat memerlukan susu ibu untuk mendapatkan nutrisi secukupnya dari penyusuan seterusnya baik untuk tumbesaran bayi mereka.

Tujuan bagi penyusuan dengan susu ibu ialah ianya dapat mengurangkan risiko daripada terkena Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS), membantu meningkatkan tahap kepintaran dan kecerdasan, mengurangkan risiko seperti jangkitan telinga tegah, kesejukan,demam, selsema serta dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit leukemia kanak-kanak, diabetis,asma juga membantu mengelakkan dari terkena jaundice pada bayi.

Panduan Bagaimana Ibu Ini Tambah Susu Badan Untuk Anak





Ibu mana yang tidak bimbang jika anaknya tidak mendapat nutrisi secukupnya untuk tumbesaran mereka. Apabila mereka mendapat makanan secukupnya Ibu pasti berpuas hati dan tidak bimbang akan kesihatan anaknya

Penyusuan Bayi


Susu ibu dapat membantu dalam memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi juga yang paling manis (bagi Ani :) ) adalah ianya dapat memberi peluang kepada ibu dan bayi untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan kasih sayang antara mereka . :D

p/s : Kasih Ibu hingga ke Syurga :)

Set Ibu Menyusu Shaklee Yang Di Ambil


ESP : Sumber protein kualiti berasaskan non GMO (tidak di ubah genetiknya ). ESP soya terbaik bagi membekalkan protein untuk si ibu, membantu mengurangkan rasa lapar , mengelakkan  ibu dari mengambil lebih banyak kudapaan yang tidak sihat akibat sering lapar sekaligus membantu  dalam penghasilan susu dengan lebih cepat.

Alfalfa : Di gunakan sekian laam secara tradisi. Ia membantu menyahtoksinkan dalam badan dan membantu menggalakkan penghasilan susu ibu. Selain dari itu, Alfalfa juga bagus untuk kesihatan buah pinggang dan merendahkan kandungan kolestrol.

Vita Lea : Terpenting untuk ibu dan bayi kerana mempunyai nutrisi lengkap untuk kesihatan. Multivitamin & Multimineral. Ia membantu badan untuk menyerap vitamin & mineral dengan lebih mudah

B-Complex : Penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi. dan membantu penghasilan tenaga juga darah.

OsteMatrix : Membekalkan kalsium yang hilang dalam badan si ibu akibat penghasilan susu

Kita Berikhtiar, Allah Maha Memberi


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb @ Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


Do What You Love


Saturday, 21 March 2015

Vita-Lea for Children Vitamin Hebat Untuk Kanak-Kanak

Masa Ani kecik dulu, mama selalu beri kami adik beradik satu Vitamin yang rasanya Oren.

Yang Oren tu..alah Vitamin C la hehe.

Vitamin C kan membantu dalam meningkatkan sistem imun supaya tak mudah untuk demam dan selsema :)

P/s : Mungkin juga masa tu Mama tak berapa kenal Vita-lea for Children? Hmm.. ;P

Vitamin Hebat Untuk Kanak-Kanak


gambar : Google

Ani pernah diajukan dengan beberapa soalan berkaitan kanak-kanak

Ada Ibu yang risau anaknya rabun yang tinggi (bawah 12 tahun) apa yang patut di beri?

Anak yang mudah sakit, makanan tambahan apa yang patut di ambil?

Anak lesu dan kurang fokus di dalam kelas dan pelbagai soalan lain yang pastinya ingin Anaknya sihat dan kembali cergas

Multi Vitamin & Multi Mineral Untuk Kanak-Kanak


Vita Lea for Children adalah Multi Vitamin & Multi Mineral dengan 19 vitamin didalamnya dengan 14 vitamin telah diformulasi baru membuatkan Vitamin ini sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak

Vita Lea for Children boleh di ambil bermula usia 2 tahun sehingga 12 tahun.(Berbeza kuantiti pengambilan mengikut usia)

Paling best apabila ianya adalah cheweable, boleh dikunyah :D

~Best 

Vita Lea for Children

Vita Lea for Children rasa grape manis . Mempunyai Xylitol dan berasaskan phytonutrient semulajadi :)


Kandungan Vita Lea for Children
Kandungan Vitamin di dalamnya 

Jawapan Kepada Persoalan Di Atas :)


Ibu yang risau anaknya rabun yang agak tinggi. Boleh diberikan Vita Lea for Children kerana mengandungi Vitamin A yang baik untuk mata 

Kandungan Vitamin C didalamnya juga membantu meningkatkan sistem imun supaya tidak mudah diserang penyakit dan ia mengandungi Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia

Si Manja Sihat & Ceria Itu Yang Ibu Bapa Mahukan 


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
facebook@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


" Do What You Love"

Thursday, 19 March 2015

Cebisan Coretan Majlis Kesyukuran Untuk Adik


Baru-baru ni, orang flat Ani ada buat program Majlis Kesyukuran Adik Ani dan Farhana di atas kecemerlangan akademik masing-masing

Adik Ani cemerlang STPM manakala Farhana cemerlang akademik di Tingkatan 4

Majlis serba ringkas namun tetap meriah :)

Majlis Kesyukuran Untuk Mereka

Sebenarnya tiada kejayaan tanpa usaha

Dan.. Ani faham kejayaan datang dengan usaha dan PALING PENTING dari keizinan Nya

Lambat atau cepat, selagi kita berusaha , yakin padaNya. Ani percaya Allah Maha Memberi.

Allah kan Maha Penyayang, Maha Mengetahui :)

Cebisan Kenangan Majlis Kesyukuran

Aqilah dan Sahabat Super Cool nya Shida
 Adik Ani yang tudung purple. Masa ni majlis dah selesai makan-makan. Tudung merah sahabat super cool nya Shida n lelaki tu cousin Shida :)


makanan untuk Majlis Kesyukuran

 Balik dari kerja tengok Mama dah siap-siap buat. Mama amik cuti untuk hari tersebut. Kakaknya gigih bekerja ;P


Nasi Impit untuk mereka

 Makanan bukan sahaja Nasi Impit. Ada Rendang Daging, Kari Ayam, Pulut , Air Kedondong, Air Oren Sprite (minum rasa meletup sikit kat mulut hehe) dan bermacam lagi. 


Buah tangan dari LuvHaryani

Jeng..Jeng sedikit buah tangan dari LuvHaryani. Kena tutup sebab dia pemalu hihi. Habis bacaan doa, mula diberi ,

Mungkin tidak seberapa tapi bagi Ani biarlah rezeki itu dikongsi bersama :)

Tips Bagaimana Untuk Menjadi Orang Yang Berbakat 





Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat Amin :)


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do what you love"

Monday, 16 March 2015

Malaysia seperti Jepun? Pokok Tekoma :D

Subhanallah, sebenarnya dari sendiri sangat tertarik dengan Pokok Tecoma! Seriously!

Bermula dengan perbualan bersama rakan yang tak sama company tapi kami rehat bersama hehe

Sehinggalah diwhatsappnya gambar Pokok Tecoma di Malaysia

Masha Allah, cantik sangat! Nak tengok? :)


Ini bukan luar negara, tapi ianya berada di Malaysia
terus diwhatsapp selepas perbualan.. ada yang jatuh hati?

Haryani cair ~~

Tecoma Yang Cantik

Pokok Bunga Tecoma sangat cantik! Ada yang warna putih, kuning, pink, lavender, magenta dan merah. anda berkenan yang mana?

OK, ani suka pink dan merah

So Lovely!

Intai Gambar Pokok Bunga Tecoma Sat!


Tecoma Pink
Cantik sangat!


Colourful
Boleh berlari tak dalam gambar ni?~ngee


Putih Salju
Putih Winter Sonata :D


Cantik Seperti Pokok Tecoma ^_^V





Cantik, Menawan & Anggun itulah diri Mu :D

Hargai Dirimu

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
facebook@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"do what you love"

Saturday, 14 March 2015

Asid Amino Perlu Untuk Tubuh Badan!

Asid Amino " belakangnya dah macam gula nano hehe

Masih kah kau ingat tentang gula-gula nano?

nanonanonanonanonanonanaonano

Sudah!

sedap kan gula ni? ~ngee

Asid Amino Penting Untuk Tubuh Badan



Asid Amino

Apa Itu Asid Amino?


Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil dipanggil sebagai Asid Amino. Ianya  Boleh dikatakan sebagai blok-blok binaan pada tubuh. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua atau hampir semua asid amino yang TIDAK dapat dihasilkan oleh badan manusia tetapi AMAT PENTING untuk tubuh badan kita.

Asid Amino jenis ini dipanggil sebagai Essential Amino Acid (EAA) 

Fungsinya sememangnya menakjubkan! 

9 Asid Amino Perlu


9 Jenis Asid Amino Perlu


Asid Amino & ESP




ESP terkandung Asid Amino yang diperlukan pada tubuh.


Jom kita! :D

Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"do what you love"

Tuesday, 10 March 2015

Tenang Itu Boleh Di Rasa :)

Orang selalu kata dengan duit hati kita jadi tenang!

Pendapat Ani adanya duit kita boleh buat PILIHAN

Tapi, tenang tak perlukan duit hatta untuk beli pun,

Sebab, Tenang itu SPECIAL :)

tenang

cantik kan? ada rasa ketenangan tak? :)

Tenang Itu Hadiah Allah :)


Ani selalu fikir begitu,

Kadang-kadang kan kerja terlalu banyak, tapi satu hari dari pagi sampailah tak nampak matahari dah hehe kita buat je kerja, relax je, boleh senyum lagi. Sebab apa? Ada "tenang" . Baiknya Allah :D

Ada pulak terlalu banyak kerja sampai nak termuntah-muntah, relax je Allah bagi kita rehat,lepas rehat tidur bangun eh.. tenang je rasa. Baiknya Allah :)

Ada kita tengok mak cik ni jalan angkat barang dah tua, kita nak bantu, relax je muka dia sambil senyum, Takpe dia boleh buat. Tenang je muka dia jawab. Ya Allah..

Banyak sangat cerita kita boleh hurai , tapi tenang tu special lah, Tenang tu Allah yang bagi, Sebab tu Ani kata tenang tu hadiah dari Allah. :)

Nak cakap rasa tenang tu boleh menangis sebab Allah tu baik sangat!

Resepi Tenang 


"dengan mengingati Ku (Allah), hati menjadi tenang"

Ani sangat pegang benda ni, Percaya kata Allah, ingat dia , hati tenang! Memang menjadi, bukan kalau, bukan jika, tapi ayat tu kata "menjadi". Tiada keraguan!

Guru-guru Ani ada kata ingat tu sekadar ingat ke? taklah, buat apa yang di suruh, solat, zikir, ingat dia senantiasa. 

Sungguh, Allah sangat baik, Allah Maha Baik

Salah satu kuasa Nya, tiada siapa boleh beri ketenangan melainkan Dia :)

Tips Tenangkan Diri 


Ani dapat tips ni dari Dato Fadhilah Kamsah. Antara tipsnya adalah :D

1. Dirikan solat dan perbanyakkan doa. Semasa berdoa katakan juga "Ya Allah, jadikan hatiku bersih"

2. Selawat ke atas Baginda SAW minimum 100x sebelum tidur. Di samping dosa diampunkan, otak  menjadi tenang, murah rezeki, orang sayang kepada kita juga ia mencetuskan semua perkara kebaikan

3. Solat Sunat Taubat. Selain dari kita memohon taubat, menyesali dosa-dosa kita, ianya dapat menyucikan hati dan menenangkan minda

4. Membaca Al-Qur'an .Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan sebagai terapi. Sekurang-kurangnya bacalah Surah Al-Ikhlas 3x

5. Bermaaf-maafan sesama kita setiap hari. Maaf itu perlu disebutkan :)

6. Berikan kepada diri kata-kata yang positif. Jangan mengkritik diri sendiri dan merendah-rendahkan diri sendiri (bukankah kerana dirimu begitu berharga? ;) ~ini Ani yang tambah ^-^V )

7. Program kan minda dan cuci minda. Paling baik sebelum tidur, senyum,  pejam mata dan katakan dalam hati " Ya Allah, cuci otakku, cuci hatiku, esok aku nak jadi lebih baik, berjaya, ceria , bersemangat, aktif dan positif!"

8. Bersedekah dan belanja orang makan

Jom kita sama-sama berubah ke arah lebih baik.

 "Dengan mengingati Ku (Allah), hati menjadi tenang"

Semoga bermanfaat, In sha Allah 


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"do what you love"


Sunday, 8 March 2015

Nak Berhenti Merokok Tetapi Gagal?

Ani faham pasti ramai nak berhenti merokok

Bukan senang untuk berhenti buat sesuatu yang dah biasa dibuat

Semuanya perlukan langkah pertama dan kegigihan

Tapi hasilnya jika berhenti, buat orang sekeliling sayang kan? :)

Luahan Lelaki Yang Ingin Berhenti Merokok





" Hilang Nikmat Merokok, Rokok Jadi Tawar"


Pelbagai cara dilakukan sehinggalah dia mengambil Vivix atas cadangan isterinya.

Ani percaya isteri mana yang tak sayangkan suaminya kan?

Vivix mengandungi 4 bahan aktif yang tinggi kaya dengan Resveratrol dan Polifenol yang membantu bertindak sehingga peringkat sel.

Kini, Setahun Bebas Hisap Rokok

Ikhtiar dari kesan itu, Alhamdulillah kini dia bebas merokok kan? :)

Kuatkan diri untuk berhenti ,taw mesti boleh. :D Percaya Diri! ^_^V

Testimoni Vivix Dengan Berhenti Merokok


Testimoni Vivix

Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik Itu Manis Kan?


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"do what you love"

Saturday, 7 March 2015

Resepi Popia Goreng

Fuh, nikmatnya dapat makan Popia, ye dak?

Lagi-lagi kalau dapat yang panas, memang thoorrrbaik hehe

Popia Goreng :D

Popia Goreng
Amacam? mengancam tak? Dibayangi dengan asap naik ke atas
Fuh!! Memang layan. Gambar ihsan Google tapi tapi tapi...resepi Ani punya ;)

Resepi Popia Goreng

Harus diketahui, buat Popia ni sangatlah senang! Seriously! Tak sungguh tak kata. Buat sendiri dapat rasa panas-panas (advantage tu! :D )

Bahan Yang Di Perlukan Adalah :)

  • Kulit Popia
  • Carrot (Lobak Merah)  Ani pakai 2 carrot
  • Sengkuang
  • Udang kecil
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Cili
  • Sedikit Air
  • Tepung
  • Garam
  • Gula

Cara Untuk Membuat Intinya

1. Ambil carrot dan sengkuang tadi buang kulit dan potong halus (Ani guna penghiris, cepat siap~ngee)

2. Dah siap campurkan sekali carrot dan sengkuang  yang telah di potong @ dihiris. Buang saki baki air yang ada sikit-sikit. Letak tepi

3. Panaskan minyak, ambil bawang merah dan bawang putih untuk di tumis. Letakkan garam secukup rasa .Masukkan udang kecil gorengkan, Akhir sekali letakkan carrot dan sengkuang yang telah potong halus masukkan ke dalam kuali dan kacau.

4. Nampak sebati, dah cantik tutup api.

Kulit Popia


1. Kalau kulit popia sejuk yang berada dalam freeze, keluarkan dan biarkan kat luar. Dah habis beku. Senang nak tarik :D

Gam Kulit Popia

1. Mudah caranya untuk buat gam kulit popia. Ambil tepung dalam 2, 3 sudu letakkan dalam bekas dan letakkan sedikit air. Kacau. Biar nampak likat. Bila likat senang nak gam pada kulit popia.  :D

Sambal Kulit Popia


1. Panaskan kuali letakkan cili yang telah di blander, tuangkan air dalam secawan. letakkan bawang putih  yang telah dikisar dan kacau sehingga masak. Jangan lupa letak garam dan gula.

Cara Balutannya

Pada tangan Ani tiada gambar bagaimana untuk membalutnya, maka Ani searching blog yang ada tunjuk cara balutannya.

Nah untuk Anda : klik sini untuk lihat

Cara Memasaknya

Jangan gunakan api besar, Gunakan api kecil. Selepas masak, jangan di baringkan popia . Letakkan dalam bekas di mana popia dalam keadaan berdiri. Popia perlu diletakkan dalam keadaan berdiri supaya minyak jatuh ke bawah

Selamat Mencuba & Selamat Menjamu Selera


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"


Monday, 2 March 2015

Menyusu Bayi Pramatang

Nak cerita jugak! hehe

Ani juga seorang bayi yang lahir pramatang

U olls kecik je ai, sampai sekarang  (ok Perasan! ;P )

Saya Budak Botol Nescafe

Kenapa? Suka minum Nescafe ke?

Nahe..nahe hehe, Bukan begitu. Ani lahir besar botol nescafe dulu-dulu,

Dapat bayang tak besar Ani bagaimana?

Kalau balik kampung, masih lagi kedengaran " Ni kan yang masa kecik besar botol nescafe? " "Halui je " (Halui tu bermaksud halus, kecik je hehe) (ok Perasan kali kedua hehe)

Untunglah Dapat Perhatian Dari Semua

Untuk diri sendiri, Alhamdulillah, membesar hingga begini, Alhamdulillah :)

Tapi untuk mama Ani tahu bukannya senang

 Ingat senang nak menyusukan anak pramatang?

Tidak..Anak pramatang selalunya diletakkan dalam incubator

Setiap hari Ibu kepada baby pramatang perlu pergi ke hospital dan  menyusukan anaknya

Lagi banyak bayi disusukan, lagi banyak susu ibu dihasilkan

Berat dah ok, Doktor dah rasa boleh keluar, baru boleh keluar

Tak seperti baby sihat yang lain

Tekanan Ibu Menyusu & Apa Yang Ibu Ini Lakukan 





Demi anak, Ibu sanggup buat apa sahaja

Berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan permata hati


Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb @ Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


LuvHaryani : Do What You Love




Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...