Friday 5 December 2014

Resepi Mudah : Kek Batik

Sebenarnya tiba-tiba rasa teringin nak buat Kek Batik ~ngee

Sedap makan ramai-ramai,

Maka, terhasillah idea untuk berkongsi resepi Kek Batik

Resepi Mudah : Kek Batik

Kek Batik

Gambar Google : Ani punya belum siap lagi. Ada rezeki, Ani tunjuk Ani punya  :D

Bahan Yang Di Perlukan Adalah :

  • 2 cawan Milo
  • 2 sudu besar Serbuk Koko
  • 1/2 tin susu pekat manis (nak kurang pun boleh, ikut masing-masing :D )
  • 1 buku Buttercup
  • 1 packet biskut Marie 
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla

Cara-Caranya  :

  1. Cairkan butter dalam periuk. Selepas butter cair, masukkan susu pekat,.Gaul sebati dengan penggunaan api sederhana.
  2. Masukkan Milo dan Serbuk Koko di dalam periuk. Gaul sebati. Pastikan milo tidak berketul-ketul
  3. Kemudian, masukkan Esen Vanila dan Gaul 
  4. Masukkan Biskut Marie yang telah di patah-patah ke dalam periuk dan gaul rata
  5. Angkat dan letakkan dalam bekas yang telah di alas dengan plastik . (Plastik sebab nak mudahkan nanti bila nak angkat kek batik keluar dari bekas nanti)
  6. Padat-padatkan kek batik dalam bekas. Caranya dengan tekan belakang sudu dekat permukaan kek batik. 
  7. Biarkan 4 jam dalam peti ais.
  8. Angkat dan Makan

Mudah kan? :D

Boleh lah makan bersama keluarga tersayang:D


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

Lebih Jimat Jika Anda Menjadi Ahli Shaklee



"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

10 comments:

  1. Ohhh simple aje nak Buat kek ni..tapi malas tu yang susah..haha

    ReplyDelete
  2. tetiba rasa nak buat kek batik...hehe :D

    ReplyDelete
  3. senang je buat kek nie..tapi rasa sedap..hu3

    ReplyDelete
  4. sedpanya tapi sorry bebanyak memang tak pandai buat kek... makan pandai

    ReplyDelete
  5. Aduhai amat tergoda melihat kek batik ini. :)

    ReplyDelete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...