Monday 29 December 2014

Seorang Ayah Pasti Risau Akan Anak Perempuannya Kan!

Idea menulis entri kali ni betul-betul baru dapat dari minda (fresh dari kepala hehe)

Ayah @ Abah @ Papa @ Abi pasti risau akan keadaan anak perempuannya. Anak lelaki risau jugak tapi tak serisau apabila menjaga anak perempuannya.


Risau Keselematan Anak Perempuannya

Idea menulis entri ini apabila Ani nak balik sendiri dari office (lambat). Abah call 2 kali balik pukul berapa, dengan siapa dan naik apa?. Sebenarnya banyak kali abah tanya kalau Ani berjalan atau balik seorang. Dan sebenarnya, seboleh-boleh abah nak ambil Ani dan ikut Ani pergi A, pergi B dan pergi mana-mana. 

: Kalau tak ikut pun, dia tahu ke mana anak perempuannya pergi. Kalau dekat, balik sendirilah kan. 

Sifat Seorang Ayah Memang Begitu!


Ani tahu bukan abah Ani je yang rasa begitu. Sebenarnya, semua yang bergelar bapa pasti rasa begitu. Walau hujan, ribut taufan pasti seorang bapa ingin tahu keadaan anaknya. Jika kita keluar dengan kawan segerombolan pun  pasti seorang bapa ingin tahu dengan siapa anaknya berjalan, dengan siapa anaknya berkawan. Paling penting lokasi juga pukul berapa balik

Bagi Ani bukan seorang bapa je yang merasa begitu. Jika kita mempunyai abang, pasti dia juga punyai sifat "pelindung"

Ehem.. bukan abang sayang tiada ikatan, abang kandung yang penuh kasih sayang :D

Rimaslah asyik tanya "kat mana, pergi mana"... AWAK KAT MANA?


Awak kat mana? Awak kat mana? Tanya Taufik Batisah hehe

Bayang yang tengah berkawan, pasti akan jawabkan soalan si Dia dengan seboleh-bolehnya tak nak dia berkecil hati.

Soalan ni deep.
Kalau ayah @ bapa kita tanya bagaimana?

Ada seseorang pernah kata dengan Ani, "Jagalah Abah sementara dia masih ada"
Ringkas dan very meaningful.

Nasihat ni dia bagi dekat Ani apabila dia baru sahaja kehilangan ayahnya.


Anak, Kita Bawa Nama Ayah Kita!


Jujur Ani bukanlah anak yang baik. Nak balas jasa mereka membesarkan Allah, tak terhitung pengorbanan mereka.

Anak (harap Ani juga tak lupa nasihat ni..)

Yang penting bagi gadis yang belum berkahwin
Ke mana kita pergi, kita membawa nama ibu ayah kita.

Orang tak kata kita jahat  Tapi orang akan sebut nama mak ayah kita kalau sesuatu terjadi

"Kau tengok tu, anak Si Pulan begitu.. begitu..

Alah, Apa Susah Tak Payah Dengar Kata Orang!


Betul! Itu kata kita! Kata ibu ayah kita
Yang menyampaikan kepada mereka dan cerita yang di sampaikan

Ani percaya ibu bapa kita mengenali kita lebih daripada orang lain. 
Ibu bapa tahu sifat peribadi anaknya
Yang tak betul, mereka pun malas nak layan (walaupun mereka akan selidik juga)
Tapi kalau betul, pasti hati mereka terluka..

Nasihat Mama Ani


Mungkin boleh diguna pakai untuk kalian juga

Jika benar seorang lelaki itu mencintai anda, dia sesekali takkan sentuh anda sebelum halal. Dan dia juga akan ambil anda dengan cara terhormat

Mungkin ada yang kata itu tak up to date lah. Tapi, Ani very tradisi. Ani sangat percaya dengan nasihat mama Ani. 

Kan bagus kalau ada yang terus jumpa ibu ayah untuk berkenalan dengan anaknya! Itu lebih baik . Paling baik terus meminang.! ada berani? hehe

Pucuknya untuk anak dan gadis :


. Jaga diri. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita. Ingat mak ayah, kita berjalan membawa nama mereka

. Jangan malu untuk membawa ibu bapa berjalan walau bagaimana pun keadaannya. Caranya.. , tingkahnya.. peribadinya.. kerana semasa kecil dulu dia tidak pernah malu dan mengeluh untuk membawa kita berjalan.

. Hargai sementara mereka masih ada. Hilang mereka tiada galang gantinya 

Semat dalam hati, untuk jadi anak yang baik,Penyejuk mata. Penenang hati .. In sha Allah :)



No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...