Monday, 10 November 2014

Kenapa Perempuan Penakut?

Kenapa yek? (yek  bahasa Johor :) )

Persoalan ni bermain dalam kepala Ani 

Sehingga jumpa kepada jawapannya :)

Yang membuatkan hati berkata sebenarnya tak salah pun perempuan penakut :D

Kenapa Perempuan Penakut?


Saidina Ali Radhiyalahu Anhu berkata :

"Bermula yang terlebih jahat sifat lelaki itu ialah terlebih baik bagi sifat perempuan, iaitu :

  • Al Bukhul : kedekut
  • Adz-Dzuhu : Besarkan diri atau Sombong
  • Al Jubnu : Penakut

Penjelasan Dalam Kitab Muhimmah


  • Perempuan mulia dengan sifat kedekut kerana dia cenderung kepada memelihara harta suami bermaksud dia tidak terlalu senang untuk membelanjakan harta suaminya melainkan atas sebab-sebab yang mustahak.

  • Kedua,Perempuan mulia dengan bersifat besarkan diri atau sombong kerana dia tidak akan sewenang-wenangnya bercakap dengan lelaki ajnabi melainkan keperluan yang mustahak. Secara tak langsung, suaminya tidak bersifat cemburu tanpa usul periksa kerana suami tahu isterinya pandai menjaga diri :)

  • Ketiga, perempuan mulia dengan bersifat penakut, dia akan lebih cenderung untuk tinggal di dalam rumah dan menyebabkan lelaki ajnabi tak terlihat wajah perempuan ini lalu asyik kepada perempuan ni menyebabkan suami berasa cemburu. Semakin tersimpan perempuan itu, semakin mulialah disebabkan perempuan diibaratkan sebagai mutiara yang boleh menimbulkan kesukaan kepada hati lelaki dan menyebabkan timbulnya fitnah.

sumber : Junaidbaghdadi

Lega Hati


Tidak salah perempuan itu penakut. Sejujurnya penakut itu bukanlah dibuat-buat tetapi ianya sebenar dari diri. Dan dan dan.. paling penting, Sifat Lelaki perlulah berlawanan bermaksud perlu pemurah, peramah dan berani. Lelaki kan pelindung perempuan kan? Perempuan pula bersifat kedekut, sombong dan penakut.


Allah tadbir alam sudah sebaik-baiknya. Saling melengkapi juga saling memerlukan. Yang pasti, lelaki keutamaan adalah ibunya. Bagi wanita yang telah berkahwin, keutamaannya adalah suami manakala gadis yang belum berkahwin keutamaannya adalah ibu bapanya.


Cantik kan Allah aturkan?

Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Berminat dengan rangkaian produk Shaklee


Lebih Jimat Jika Anda menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee dikongsi bersama"




Sunday, 9 November 2014

Nak Cantik & Nak Kurus Perlu Detox!

Apa ke benar cantik perlukan detox?

Tapi Apakah Detox?

Pentingnya Detox!

Detox adalah proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun secara tidak sengaja atau tanpa sedar ianya telah masuk di dalam badan dalam jangka masa yang lama.

Detox penting kerana ia memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih dan segar. Sekaligus, ia membantu memastikan sistem buah pinggang berjalan dengan lancar





 Apa itu Toksin?


Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh . Toksin sentiasa ada sama ada dalam udara yang kita sedut dan dari makanan yang kita ambil. Toksin dalaman adalah sisa metabolik yang dihasilkan oleh badan disebabkan daripada tekanan hidup dan pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda -Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan


  • Sering letih, kurang bertenaga , sakit kepala, mulut berbau, badan berbau
  • Insomnia , mata merah
  • Daya tumpuan yang lemah
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun lemah
  • Masalah dalam sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan 

Detox membantu dalam mengeluarkan segala toksin dalam badan sekaligus memudahkan penyerapan vitamin bagi tubuh.


Supplement Untuk Detox


 Herb Lax


Herb-Lax untuk detox. Membantu dalam melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.


Lebih Jimat Jika Anda menjadi Ahli Shaklee


Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

sms/whatsapp :014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee dikongsi bersama"

Saturday, 8 November 2014

Kulit Tampak Cerah Dengan Pengambilan Warna Pakaian Yang Betul

Siapa sangka, warna juga memainkan peranan dalam pandangan mata seseorang.

Silap percaturan, tampak tak cantik kesannya.

Jadi , Ada apa dengan warna? :)

Tips Dalam Memilih Warna Pakaian Mengikut Kulit

warna


  • Kulit Putih Gebu

Bagi yang memiliki kulit putih gebu, anda disarankan untuk mengambil warna-warna pastel 

seperti coklat muda, biru muda atau merah jambu.Tidak juga menjadi isu jika Anda memilih warna-warna yang lain.


  • Kulit Kuning Langsat

Untuk warna kulit seperti ini, anda disarankan mengambil warna-warna tropika seperti oren, merah, hijau, kuning dan biru, Ia membantu bagi menyerlahkan lagi penampilan anda.


  • Kulit Sawo Matang

Bagi pemilik kulit sawo matang, anda sesuai dengan warna lembut tetapi jangan ragu jika  ingin menggunakan warna garang seperti maroon dan unggu

  • Kulit Gelap Esotik

Anda digalakkan untuk  mengambil warna ke arah tanah yang lembut. Anda juga boleh mencuba warna-warna lain seperti merah jambu, kunig lembut dan sebagainya.

info: web


Kesan Dalam Pemilihan Warna Dalam Berpakaian


Tersalah dalam memilih warna dalam berpakaian, ia akan membuatkan kulit menjadi kusam, tampak lebih tua dan boleh menyebabkan seseorang tampak berisi dari sebenar. 


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


Lebih Jimat Jika Anda Menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee

atau


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Friday, 7 November 2014

Berjaya Hamil Dengan Pengambilan Set Kesuburan Shaklee


Setiap pasangan yang ingin berkahwin pasti mendambakan zuriat bagi menceriakan rumah tangga.

Zuriat pengikat kasih keluarga kedua belah pihak

Tetapi bagaimana jika belum dikurniakan lagi?

Jangan berhenti berusaha, sentiasa berdoa. Berikhtiar dan Yang Maha Memberi adalah Dia 

Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Ibu Hamil


Set Kesuburan Shaklee mengandungi multivitamin dan multimineral yang diperlukan bagi tubuh. Mengikut Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan multivitamin dan multimineral.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Boleh Membantu?


  • Mengimbangi hormon wanita
  • Tingkatkan kiraan sperma
  • Memanjangkan hayat sperma
  • Tingkatkan motiliti sperma dan menghalang sperma dari bergumpal
  • Tambahkan hormon estrogen bagi Isteri dan testosterone bagi suami

Pandangan Dr Hamid Arshad Bagi Mereka Yang Menginginkan Zuriat


"Nasihat untuk mereka yang berusaha untuk dapat zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk buang cyst/fibroid atau lain-lain, tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari, makan supplemen-supplemen multivitamin, Vit E C folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat itu dan ini. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk melihat keberkesanan.


Dr Hamid Arshad : Set Kesuburan



Set Kesuburan Shaklee


Set Kesuburan Shaklee


SET KESUBURAN SUAMI : VITAMIN E & ZINC COMPLEX

  • Vitamin E
Ia melancarkan peredaran pembuluh darah. Membantu meningkatkan keinginan seksual dan membantu membentuk sel sperma yang sihat

  • Zinc
Membantu mengembalikan keseimbangan hormon lelaki. Membantu pembentukan hormon testoterone dan membantu mengekalkan jumlah air mani


SET KESUBURAN ISTERI : ESP & GLA

  • ESP

Protein bukan GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino perlu. ESP membantu membentuk tisu rahim yang sihat. Ia membantu memastikan sel ovum yang sihat dan meningkatkan peluang persenyawaan. ESP makanan tambahan dalam memastikan sel di dalam badan sihat dan sempurna.

  • GLA
Membantu dalam mengembalikan keseimbangan hormon wanita.Baik untuk meningkatkan kesuburan isteri, Membantu untuk sperma lebih lama di dalam tiub fallopio dan meningkatkan peluang untuk persenyawaan berlaku.Ia membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti.


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

Lebih Jimat Jika Anda menjadi Ahli Shaklee


Jadi Ahli Shaklee


Pesan & Beli Sekarang!


Pesan Sekarang


atau


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama"




Wednesday, 5 November 2014

Rindu Nak Berkayak Balik!!

Bila tengok orang berkayak.

Ani mesti teruja :D

Setahunya Universiti yang ada aktiviti berkayak adalah UTM, tapi yang lain Ani tak berapa pasti.

Apa itu Kayak?


Kayak

Kayak adalah sejenis kenderaan air yang mempunyai geledek tertutup , dia guna dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur. Seperti di atas :D

Pengalaman : Berkayak


Sejujurnya, Ani belajar berkayak pada tahun 2004, ketika itu mewakili Wilayah Kuala Lumpur dalam Langkawi Wilderness untuk pelajar sekolah dari setiap pelusuk negeri.

Entah bagaimana boleh join, sendiri pun tak taw. Oh yang pasti, kawan baik Ani heret nama Ani kat cikgu sebabnya cikgu kata untuk budak-budak yang aktif sahaja. Ikut jelah,  Tup tap tup tap, kata g Langkawi free. Sape tak nak kan? kan? kan? hehe


Dalam seminggu berkem dan tak mandi duduk dalam hutan, di situlah Ani mengenali kayak.

Best woo, lagi-lagi kalau kita dalam tu dan terbalikkan kayak. Fuh! Best sangat. Ani suka tapi jujur kayak memerlukan kekuatan tangan yang sangat jitu dan utuh. 

Tapi Ani memang suka sangat kalau terbalikkan kayak masa kita kat atas kayak, (tak silap namanya Eskimo Roll,tapi Subhanallah, rasanya seperti nak buat banyak kali hehe)

Walaubagaimanapun (ayat sastera sangat hehe) itulah kali pertama dan kali terakhir hingga kini Ani main kayak.  Andai ada lagi main kayak, Ani nak!! Ani nak berkayak lagi! :)

Promote! Eh!


Ani nak promote pergilah mainlah kayak hehe. Memang mula-mula mesti rasa takut (lagi-lagi Ani yang tak pandai berenang dan banyak kali lemas masa kecik hihi) tapi seronoklah! Dah cuba nak cuba lagi :D Mula mula memang kecuakan sikit, dah main tarak hal la hehe

Bagi yang belum pernah mencuba. Berkayaklah untuk kesihatan dan mengisi aktiviti masa lapang anda :D

Nak BerShaklee?


Lebih Jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee


Jadi Ahli Shaklee



sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee dikongsi bersama"

Tuesday, 4 November 2014

Resepi Pisang Goreng Cheese


Hari-hari balik kerja, Ani akan pandang orang yang jual Pisang Goreng Cheese sampai hilang pandangan

Hari-hari tak kira hujan mahupun panas huhu

Tapi fikir balik dari beli, baik buat sendiri Pisang Goreng Cheese ye dak?

Pisang Goreng Cheese



meleleh maria tengoknya
sebab rasa dia marvelous hehe


Saipa pernah makan, pasti rasa nak lagi kan? kan? kan?

kan?kan?kan?

Boleh buat sendiri sebenarnya :)

Resepi Pisang Goreng Cheese


  • Pisang Goreng

  1. Sesikat pisang (buang kulitnya dan potong 2 jangan sampai putus)
  2. 2 cawan tepung beras
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 1 sudu besar baking powder
  5. 5 sudu besar santan
  6. Sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
  7. Secubit garam
  8. 1 subu besar margerin
  9. 1 biji telur

Caranya :

  1. Cairkan mentega 
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam , pewarna, baking powder , santan dan telur (Kacau hingga rata)
  3. Tuangkan margerin cair dan kacau adunan tadi sehingga sebati
  4. Masukkan pisang ke dalam adunan
  5. Panaskan minyak dalam kuali
  6. Gorengkan pisang hingga bewarna kuning keemasan
  7. Angkat dan toskan

  • Bahan Sos & Topping

  1. 1 sudu besar butter
  2. 1 sudu besar susu pekat manis
  3. Keju Cheedar  (di sagat halus)
  4. Chocolate Rise atau parutan coklat masakan

Caranya :

  1. Menggunakan kuali yang bersih, cairkan butter
  2. Tutup api apabila butter cair. Tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju (Kacau hingga rata)
  3. Masukkan pisang yang telah siap digoreng dan gaul rata
  4. Angkat pisang dan letakkan pada pinggan
  5. Taburkan keju cheedar yang telah disagat dan taburkan chocolate rise
  6. Jemput Makan :D


Peringatan Dalam Memilih Pisang


Pisang pun perlu pilih ye?

Harus untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, marvelouss!!! hehe

Pilih pisang jangan terlalu keras dan jangan yang terlalu masak. Pilih yang biasa. Yang sedang-sedang , molek je nengoknya hehe. Jangan terlalu muda sebab kalau muda pisangnya nanti jadi keras dan tawar. Pisang masak sangat pulak nanti dia jadi penyek dan serap minyak yang banyak.


Selamat Mencuba ye!

Anak gadis buatlah untuk family, pasti hati mereka berbunga-bunga kembang setaman :D

Yang dah kahwin buatlah untuk suami.Katanya perut suami perlu di jaga kan! :D


Nak BerShaklee?


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee. :)


"keriangan berShaklee dikongsi bersama"

Tips Menghilangkan Jerawat. Apa Yang Perlu Di Buat?

Jerawat tidak asing untuk muka

Walaupun sudah dihalau, ia bagai tetamu yang tidak di undang

Dia datang tanpa diminta, dah halau bertanda pula huhu
Bagaimana untuk menghilangkan jerawat sebenar-benarnya?

Jom Baca :)

Tips Menghilangkan Jerawat

  • Bersihkan wajah pagi dan malam hari secara konsisten
  • Kurangkan pengambilan makanan berminyak (Your biggest enemy!)
  • Jangan picit jerawat (penyebab kepada bekas jerawat)
  • Jangan berada di bawah matahari secara terus-menerus
  • Mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan terutama berwarna hijau gelap dan oren
  • Ambil makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu rendah lemak

Hilangkan Jerawat Secara Tradisional


  • Tomato
Tomato kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C. 

Caranya :

1. Pilih tomato yang segar
2. Letakkan pada permukaan wajah
3. Biarkan selama 20-30 minit
4. Bilas wajah dengan air bersih
5. Gunakan masker tomato 2-3 kali seminggu

  • Timun
Timun mampu membantu menghilangkan jerawat kerana kandungan airnya yang banyak dan terkandung Vitamin B, Vitamin C, Zat Besi dan lain-lain lagi.

Caranya :

1. Pilih timun segar dan blender untuk di buat masker
2. Tempekkan pada wajah
3. Biarkan selama 20-30 minit
4. Bilas wajah dengan air bersih
5. Lakukan 2-3 kali seminggu

  • Putih Telur
Putih telur mampu menegangkan kulit dan mampu membantu menghilangkan jerawat. Gunakan masker ini sebelum tidur

1. Bersihkan wajah
2. Ambil putih telur dan letakkan pada muka
3. Tunggu sehingga 10-15 minit
4. Bilas dengan air bersih


Vitamin Shaklee Untuk Jerawat


Vitamin untuk menghilangkan Jerawat adalah :

boleh juga ditambah dengan ESP :)

Kajian menunjukkan antioksidan yang terdapat dalam Vitamin C dan Vitamin E mampu menghalang kulit dari rosak akibat sinaran matahari. Ianya juga mampu untuk menghalang kulit dari rosak akibat radikal-radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit tampak tua

Vitamin B  berfungsi sebagai dalam membentuk sel-sel asas kulit, rambut, kuku manakala Vitamin A dan beta karotena membantu dan memperbaiki tisu kulit.

Nak merasai keriangan berShaklee?

Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


Pesan Sekarang


atau

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Sunday, 2 November 2014

1001 Tentang Omega Guard

Ani teruja bila bercerita tentang Omega Guard :D
Sebab Omega Guard sangat dekat dengan Ani juga customer Ani (ramai yang ambil dan menyukainya.

Alhamdulillah :)

1001 Tentang Omega Guard

Omega Guard Shaklee

Omega Guard mengandungi DHA & EPA .Ia merupakan asid lemak 3 yang ditemui pada ikan laut dalam. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak Omega 3 termasuk DHA & EPA


Keistimewaan Omega Guard Shaklee

Minyak Ikan Shaklee melalui pelbagai peringkat proses penyulingan yang ketat bagi :
  • Membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCBs dan lain-lain bahan pencemar
  • Mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans
  • Mengurangkan bau dan rasa ikan

Kelebihan Omega Guard Shaklee


  • Melicinkan kulit dan tampakkan kemerah-merahan
  • Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Mencegah saluran darah dari tersumbat
  • Membantu mengelakkan strok
  • Membantu mencegah Gout (kesihatan sendi)
  • Membantu mengurangkan kolestrol
  • Membantu mengawal maslaah obesiti (membakar lemak)
  • Mengurangkan risiko sakit jantung 
  • Membantu perkembangan otak, janin dan kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menyihatkan paru-paru
  • Meningkatkan perkembangan memori
  • Membantu dalam masalah alahan seperti eczema, seafood, resdung dan lain-lain lagi
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu menangani insomnia, tekanan, murung dan lain-lain lagi

Golongan Yang Memerlukan Omega Guard Shaklee

  • Ibu Menyusu : Ia membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi yang menyusu susu ibu dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • Masalah Berat Badan : Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang berfungsi mengawal selera makan, membantu membakar lemak dengan lebih cepat
  • Ibu Hamil : Membantu dalam perkembangan otak bayi dari dalam kandungan, mengawal kenaikan berat badan, mengurangkan kolestrol, mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin dan mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
  • Kanak-Kanak : Membantu mengurangkan perkembangan otak, menguatkan sistem imunisasi, mengurangkan gejala eczema, dan asthma
  • Masalah Kesihatan Lain : Sakit sendi, tinggi kolestrol, kesihatan jantung, batuk berkahak, strok dan banyak lagi.

Istimewanya Omega Guard Shaklee


Omega Guard mengandungi 540mg EPA dan 360mg DHA.

Jom berOmega! 



Lebih jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee


Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?



Pesan Sekarang

atau

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee dikongsi bersama"

Friday, 31 October 2014

Pandangan Dr Mohamed Nasr berkenaan Shaklee's Soy Protein (ESP)


Tidak dinafikan, ESP adalah salah satu produk terkenal di dalam Shaklee

Namun, ramai beranggapan ESP adalah susu

Tidak! ESP bukanlah susu tapi ESP adalah soya. :)


Pandangan Dr Mohamed Nasr Berkenaan Shaklee's Soy Protein (ESP)



Dr Mohamed Nasr,
Director of the Medical Care & Diagnostic Center of Lake Villa ,
 Illinois, USA 



"You can feel so very good about Shaklee's Soy Protein, and how we can help so many people who are looking for ways to improve their health"


Ini adalah antara petikan kata-kata Dr Mohamed Nasr ketika berada di Milwaukee, Wisconsin pada tahun 2004 untuk berkongsi maklumat berkenaan kebaikan ESP Shaklee

Kebaikan ESP menurut Dr Mohamed Nasr


Shaklee's Soy Protein


  • Khasiat ESP akan meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut.
  • ESP mengurangkan paras kolestrol dalam darah sebanyak 23%
  • Sebanyak 60 kajian telah dijalankan menunjukkan Protein Soya meningkatkan kepadatan tulang lebih daripada hanya sekadar Magnesium Kalsium sahaja.
  • 2 kajian menunujukkan pengalaman ESP dan Vitamin E serentak berupaya merendahkan sehingga 40% LDL (kolestrol jahat) yang membawa kepada risiko darah tinggi dan sakit jantung.
  • 4 kajian menunujukkan ESP menghalang LDL (kolestrol buruk) dari teroksida tinggi bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung
  • ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki
  • ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Kebanyakkan protein haiwan boleh merosakkan buah pinggang tetapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang
  • French Fries (Kentang Goreng) dikeseluruhan rangkaian restoran makanan segera adalah sangat rangup dan kebanyakkan kentang goreng diselaputi dengan bahan protein yang apabila digabungkan dengan gula di dalam kentang tersebut kemudian dipanaskan, ia memberikan rasa yang lebih rangup. Namun, malangnya gabungan gula, protein dan lemak yang dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi menghasilkan carcinogen -is any substance, radionuclide or radiation that is an agent directly involved in causing cancer. 
  • ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan Isoflavone mencukupi di mana isoflavone adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser. Isoflavone adalah bahan anti-kanser semulajadi untuk melawan kanser yang berlaku secara semulajadi di dalam soya. 
  • Protein dan Isoflavone dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser
  • Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan patogen-patogen merbahaya yang mencerobohi sistem pertahanan badan (phagocytosis) 
  • Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90% 
  • ESP jika diamalkan dengan Flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda
  • Beta Carotene ( Beta Karetona seperti yang terdapat di dalam Carotomax Shaklee) apabila digabungkan bersama Protein Soya, Kalsium dan  Vitamin D adalah 10 x lebih efektif untuk mencegah sel-sel kanser daripada mendapat bekalan  darah tambahan.                                                                                                                              
  • Khasiat ESP Shaklee untuk kesuburan menggalak proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan dan menyokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki)
  • ESP mengawal "mood swing" pada wanita ketika PMS dan wanita menopaus

Dr Nasr ada menyenaraikan beberapa jenis bentuk dan protein dan tempoh masa yang diambil untuk rantaian asid aminonya. 

Lagi pendek rantaiannya, maka lebih cepat asid amino boleh diserap dan digunakan untuk tubuh. 

Soya mempunyai rantaian paling singkat dan cuma mengambil masa kurang dari 1 jam untuk di hadam.


Semoga Bermanfaat ! :)


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang


ATAU


Jadi Ahli Shaklee


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat di alukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Wednesday, 29 October 2014

Impian Percutian Saya Sejak Dari Kecil : Italy!

Ani pasti semua ada impian.

Impian Kerjaya, Impian Rumah, Impian Kereta, tak lupa juga Impian Percutian!

Impian Percutian Ani Italy. Yeay!! 

Destinasi Percutian Saya : Italy! :)


Italy


Senarai Impian Percutian 

  1. Makkah : Makkah bukan kepada percutian tetapi lebih kerinduan Ani nak jejak kaki ke sana. Ani set dalam minda Ani pergi Makkah dulu baru senarai impian lain Ani tunaikan. In sha Allah Amin. :)
  2. Italy (Istimewa sangat!! )
  3. Istanbul 
  4. Cordoba, Spain


Impian Masa Kecil :)


Tahukah ? Tahukah dan Tahukah?? (senyum lebar-lebar)

Sebenarnya Ani dah impikan sejak kecil. Tapi sebab dah besar , Ani biar je impian ni macam ais lebur.. Dan sekarang, Ani rasa Ani boleh gapai impian. Kenapa Ani tak pasang dan pasakkan balik supaya ia menjadi REALITI ~ ngee senyum panjang :D :D :D

Ani punya bayangan masa kecik,  Ani ada kat sana ala-ala Ratu OK!, Pakai dress, memang Ratu habis sambil pandang kawasan Italy dan naik Gondola sambil senyuman terukir  (Rasa nak pengsan, Bangun Balik, Menjerit puas-puas!!! Gelak habis-habis haha, sekarang tengak gelak hihi) U olls Italy terbayang depan mata ni. feeling awesome!

Tengok Italy, Subhanallah Mendamaikan :))

Gambaran Italy



Colloseum, Rome Italy
Colloseum, Rome Italy


Cave Restaurant, Italy
Cave Restaurant, Italy


Italian Riviera
Italian Riviera


Venice, Italy
Venice , Italy


Gondolas Canal Night
Gondolas Canal Night, Venice Italy


Ma sha Allah rasa macam depan mata ni. Boleh melompat tak sekarang. huhu
Tiada kaitan dengan mana-mana tetapi memori lama memanggil-manggil!!
Subhanallah


ANI NAK PERGI ITALY!!!!

ANI PERGI ITALY!!
SEBELUM JANUARY 2019, ANI PERGI ITALY!!!

ANI DUDUK SEMINGGU SANA, JALAN SAMPAI PUAS!!!

MA SHA ALLAH, TERUJA NYA!!



Jangan takut berimpian! IMPI SEKARANG! :)




Wishing my dream come true!


Jom Jadi Ahli Shaklee! :)


Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama"


Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...