Wednesday, 5 November 2014

Rindu Nak Berkayak Balik!!

Bila tengok orang berkayak.

Ani mesti teruja :D

Setahunya Universiti yang ada aktiviti berkayak adalah UTM, tapi yang lain Ani tak berapa pasti.

Apa itu Kayak?


Kayak

Kayak adalah sejenis kenderaan air yang mempunyai geledek tertutup , dia guna dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur. Seperti di atas :D

Pengalaman : Berkayak


Sejujurnya, Ani belajar berkayak pada tahun 2004, ketika itu mewakili Wilayah Kuala Lumpur dalam Langkawi Wilderness untuk pelajar sekolah dari setiap pelusuk negeri.

Entah bagaimana boleh join, sendiri pun tak taw. Oh yang pasti, kawan baik Ani heret nama Ani kat cikgu sebabnya cikgu kata untuk budak-budak yang aktif sahaja. Ikut jelah,  Tup tap tup tap, kata g Langkawi free. Sape tak nak kan? kan? kan? hehe


Dalam seminggu berkem dan tak mandi duduk dalam hutan, di situlah Ani mengenali kayak.

Best woo, lagi-lagi kalau kita dalam tu dan terbalikkan kayak. Fuh! Best sangat. Ani suka tapi jujur kayak memerlukan kekuatan tangan yang sangat jitu dan utuh. 

Tapi Ani memang suka sangat kalau terbalikkan kayak masa kita kat atas kayak, (tak silap namanya Eskimo Roll,tapi Subhanallah, rasanya seperti nak buat banyak kali hehe)

Walaubagaimanapun (ayat sastera sangat hehe) itulah kali pertama dan kali terakhir hingga kini Ani main kayak.  Andai ada lagi main kayak, Ani nak!! Ani nak berkayak lagi! :)

Promote! Eh!


Ani nak promote pergilah mainlah kayak hehe. Memang mula-mula mesti rasa takut (lagi-lagi Ani yang tak pandai berenang dan banyak kali lemas masa kecik hihi) tapi seronoklah! Dah cuba nak cuba lagi :D Mula mula memang kecuakan sikit, dah main tarak hal la hehe

Bagi yang belum pernah mencuba. Berkayaklah untuk kesihatan dan mengisi aktiviti masa lapang anda :D

Nak BerShaklee?


Lebih Jimat jika Anda menjadi Ahli Shaklee


Jadi Ahli Shaklee



sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee dikongsi bersama"

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...