Friday 5 July 2024

Cara Untuk Tingkatkan Kalsium dan Kesihatan Tulang

Kesihatan tulang yang baik adalah penting untuk kehidupan yang sihat dan aktif.

Kalsium adalah salah satu daripada nutrient utama yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Cara Untuk Meningkatkan Kalsium dan Kesihatan Tulang

Lelaki berjogging dan kalsium kuat
  • Pengambilan Makanan Kaya Dengan Kalsium
Untuk memastikan tubuh mendapat kalsium yang mencukupi, ambil makanan yang kaya dengan kalsium dalam diet harian. Contoh makanan yang tinggi dengan kalsium adalah:
. Susu dan produk tenusu seperti yogurt dan keju
. Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan brokoli
. Ikan yang dimakan bersama tulang seperti sardin dan salmon
. Kacang almond dan biji-bijian seperti chia seeds dan sunflower seeds

  • Makanan yang Diperkaya dengan Kalsium
Selain makanan semulajadi, terdapat banyak produk makanan yang diperkaya dengan kalsium. Ini termasuklah bijirin sarapan, jus oren dan soya. Baca label dan produk makanan yang dapat membantu untuk memilih makanan yang mengandungi kalsium tambahan.

  • Pengambilan Vitamin D yang Mencukupi
Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium oleh tubuh. Tanpa Vitamin D yang mencukupi, kalsium dari makanan tidak dapat diserap dengan baik.Sumber Vitamin D termasuklah :
. Pendedahan kepada cahaya matahari
. Makanan seperti ikan berlemak (salmon, tuna, makerel), kuning telur dan hati lembu
. Supplement Vitamin D

  • Senaman Berat dan Aktiviti Fizikal
Senaman yang melibatkan bebanan dan aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari, melompat dan latihan kekuatan dapat membantu menguatkan tulang. Aktiviti fizikal yang konsisten membantu meningkatkan ketumpatan tulang dan mencegah kehilangan jisim tulang, terutamanya seiring usia yang meningkat.

  • Elakkan Pengambilan Kafein dan Alkohol Berlebihan
Kafein dan alkohol dalam jumlah yang berlebihan boleh mengganggu penyerapan kalsium oleh tubuh. Oleh itu, hadkan pengambilan minuman berkafein dan alkohol untuk memastikan penyerapan kalsium lebih baik.

  • Berhenti Merokok
Merokok boleh menjejaskan kesihatan tulang dengan mengurangkan penyerapan kalsium dan mengurangkan kepadatan tulang. Berhenti merokok dapat membantu memperbaiki kesihatan tulang secara keseluruhan

  • Pengambilan Ostenutrix Shaklee
Supplement Ostenutrix ianya lebih daripada kalsium. Kandungannya saling berhubung kait dan melengkapi untuk memberikan yang terbaik kepada tubuh manusia.

7 Kandungan Di Dalam Ostenutrix Shaklee
Nutrisi Di Dalam Ostenutrix Shaklee

Kenapa Perlu Memilih Ostenutrix Shaklee?
Kenapa Perlu Memilih Ostenutrix Shaklee?

Kelebihan Ostenutrix Shaklee
Kelebihan Ostenutrix Shaklee


Semoga Bermanfaat

Jom Jadi Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri dan Berbisnes Bersama Saya

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya Haryani memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak Setia/Taman Melati/Setapak/Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb : Pengedar Shaklee Taman Melati/Setapak-LuvHaryani
ig/Tiktok : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...