Sebenarnya saya antara orang yang suka tengok story, ig Dr Amalina Bakri
Lebih kepada stories sebab Dr tunjuk aktivitinya, kena kerja 24 hours, bina kejayaan, yang beri sesuatu kepada masyarakat
Dan..takde sekalipun saya perasan Dr letak sesuatu negatif ke apa ke..No! Dan ini dari ig storiesnya :)
10 tips Dr Amalina untuk build up self confidence bagi wanita
- Untuk semua wanita, hargailah diri sendiri kerana jika anda tahu nilai diri anda, anda bijak memilih pasangan. Untuk lelaki, jangan sesekali rasa tergugat apabila wanita lebih berjaya dari anda. Perbaiki diri dan jadikan kejayaan wanita tersebut sebagai motivasi untuk anda lebih bekerja keras
- Tiada wanita yang dilahirkan sempurna di dunia ini. Setiap cacat cela itulah yang menjadikan anda unik. Jika anda tidak yakin dengan diri sendiri, anda menyerah terlalu awal dalam mengejar kehidupan
- Keyakinan diri adalah perkara utama yang dituntut jika anda mahu berjaya. Keyakinan diri tidak bermaksud anda perlu berlagak dan berasa anda lebih bagus dari orang lain. Keyakinan diri itu muncul apabila anda tidak membandingkan diri anda dengan orang lain
- Tidak kira apa jua pilihan anda dalam hidup ini, pendidikan, integriti, kelas dan pengalaman hidup adalah sangat penting untuk berkembang menjadi manusia berguna. Duit dan kemasyhuran bukan segala-galanya serta boleh hilang sekelip mata
- Jangan terlalu mencari dan mengejar jejaka idaman. Bina keyakinan diri anda, usahakan impian yang anda mahu, capai kejayaan yang diidamkan, pasti jejaka yang sesuai akan datang tepat pada masanya
- Anda mahu balas dendam dengan cara yang paling class? kegembiraan. Tunjukkan rasa gembira dan bahagia kepada orang yang pernah buat hidup anda sengsara
- Anda ada segala-galanya untuk menjadi seorang wanita yang bebas, bersemangat dan berdiri di atas kaki sendiri. Anda tidak perlu meminta izin sesiapa untuk jana pendapatan sendiri, bersolek, sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan sebagainya
- Senyum! Buat apa sahaja yang menggembirakan hati anda, luangkan masa dengan mereka yang buat anda ketawa dan nikmatilah hidup ini. Jangan biarkan setiap perkara remeh menjejaskan kebahagiaan anda
- Berdasarkan pengalaman sendiri, fokus pada kejayaan anda! Apabila anda berada di puncak kejayaan dan stabil dari segi kewangan, inilah masanya anda boleh fokus mendirikan rumah tangga dan membina keluarga
- Kalau anda selalu bersedih, mengadu memanjang dan semak laman sosial, apa kata laburkan masa untuk muhasabah diri, buat senarai impian yang mahu dicapai dan hargai apa yang ada disekeliling anda. Perbaiki diri sendiri dengan masa yang ada
Semoga Bermanfaat! :)
Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.
Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.
Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 10738795
"Do what you love"
Perkongsian yang sangat bagus...
ReplyDeleteKeyakinan diri itu memang penting ...
Setuju, pemangkin untuk menuju ke hadapan :)
Deleteuntuk jadi wanita yang hebat, kena bermula dengan keyakinan pada diri sendiri
ReplyDeleteSetuju, kecantikan keyakinan dari dalam membawa kepada ke luaran, wanita cantik, wanita hebat!
DeleteGood tips! Betul tu keyakinan diri penting jika nak berjaya.
ReplyDeleteDari dalam diri :)
Delete