Tuesday, 12 September 2017

15 Kecuaian Ibu Bapa & Masyarakat Terhadap Anak

Tiada siapa yang boleh menjangkakan sesuatu perkara buruk yang akan berlaku kepada diri, anak dan keluarga.

Malah,ada yang bersikap berlepas tangan sehinggalah perkara itu benar terjadi kepada mereka

Kecuaian boleh membawa sesuatu yang tidak diingini berlaku

15 Kecuaian Ibu Bapa & Masyarakat Terhadap Anak  

15 Kecuaian Ibu Bapa & Masyarakat Terhadap Anak       
  • Lambat ambil anak
Adakalanya ibu atau bapa selalu terlambat mengambil anak daripada sekolah sehingga anak-anak menunggu di luar pintu pagar sekolah. Hal ini tidak patut berlaku kerana bahaya sangat terdedah
  • Tidak peduli anak
Melebihkan kerja daripada anak. Sanggup membiarkan anak menunggu lama di sekolah gara-gara menyiapkan kerja terlebih dahulu
  • Biarkan anak main seorang diri
Di padang permainan, ada segelintir ibu bapa yang sanggup membenarkan anak-anak bermain seorang diri tanpa ditemani sesiapa
  • Buat tidak tahu
Bukan tidak takut atau tidak peka dengan isu semasa, tetapi ada ibu bapa yang beranggapan kes penculikan mungkin tidak akan berlaku kepada mereka. Namun, tiada siapa yang boleh beri jaminan
  • Tidak mengenali rakan
Ibu bapa tidak mengambil satu langkah atau tidak pernah untuk mengenal rakan-rakan anak mereka atau dengan siapa anak mereka berkawan. Adalah lebih baik untuk mereka ambil tahu  siapa ibu bapanya dan butiran keluarga jika perlu
  • Kurang informasi
Ada ibu bapa langsung tidak pernah mengingatkan anak-anak mereka tentang bahayanya kes penculikan. Memberi informasi yang sepatutnya kepada anak-anak adalah sangat perlu!
  • Ciri-ciri keselamatan
Mengunci pintu dan pagar rumah sentiasa adalah perkara penting untuk setiap rumah. Penting mengingatkan anak-anak tentang bahaya keluar dan masuk rumah. Mungkin ada perlu memasang kamera atau kamera litar tutup sebagai ciri keselamatan
  • Tidak kenal pemandu van
Pemandu van sekolah anak-anak adalah perkara penting untuk anda ketahui siapa dan dimana pejabatnya. Mungkin sekurang-kurangnya perlu mengenal keluarganya. Itu perlu!
  • Pantau anak
Pantaulah setiap pergerakan anak. Jika disekolah, kelas tambahan atau sebagainya, berusaha untuk telefon anak untuk mengetahui akan perkembangannya. Siapa tahu kelas tambahannya dibatalkan pada hari tersebut dan dia masih tidak pulang
  • Biar anak bebas berkawan
Bukan tidak boleh membiarkan anak berkawan bebas, namun perlu ambil tahu dengan siapa anak anda berkawan. Kenali siapa dia dan keluarganya
  • Lepaskan anak main
Jangan lepaskan anak bermain sendirian. Apabila anak meminta untuk bermain, temanilah dia atau jika anda tidak mampu menemaninya, minta sahaja dia bermain dalam rumah
  • Tidak kenal anak jiran
Masyarakat harus lebih bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya kenal anak-anak jiran supaya jika terjadi apa-apa, anda boleh membantu. Itu sudah memadai
  • Prihatin sekeliling
Ibu bapa dan masyarakat harus prihatin dengan sekeliling. Mungkin kawasan kejiranan anda sunyi atau juga dipenuhi dengan warga asing yang pastinya mengundang sedikit bahaya kepada anak-anak. Awas!
  • Lambat bertindak
Ada sesetengah jiran yang melihat kes mencurigakan tetapi lambat untuk bertindak sama ada dengan menelefon polis atau meminta pertolongan daripada orang terdekat
  • Fokus gajet
Ada ibu bapa terlalu fokus pada gajet ketika menemani anak bermain. Ini salah sama sekali. Cubalah ambil masa anda bersamanya dan pantau setiap pergerakannya.                                                                          

Video Anak Kurus Kering, Selalu Sakit Di Taska?



Semoga Bermanfaat! :)

Anda Berminat Dengan Vitamin Untuk Anak?

Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

1 comment:

  1. Semoga saya berjaya menjadi ayah yang tidak cuai terhadap keluarga.. aminnn...

    ReplyDelete

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...