Wednesday, 13 September 2017

10 Panduan Untuk Ibu Bapa Bagi Keselamatan Anak

Sebagai Ibu Bapa, menjadi tanggungjawab untuk memastikan keselamatan anak berada pada tahap terbaik.

Kes jenayah, penculikan semakin manjadi-jadi

Panduan sebagai langkah berjaga-jaga

10 Panduan Untuk Ibu Bapa Bagi Keselamatan Anak

10 Panduan Untuk Ibu Bapa Bagi Keselamatan Anak

  • Ibu bapa perlu memberitahu anak-anak perancangan dengan tepat. Destinasi dan tujuan kepada anak-anak mengenai destinasi yang bakal dikunjung. Contoh, pusat membeli belah tujuan untuk membeli pakaian seragam sekolah
  • Pastikan anak-anak dikenakan pakaian yang mudah dikenali sebagai contoh baju yang bewarna terang untuk mudah dikenal pasti terutamanya ditempat awam
  • Kanak-kanak pada usia awal atau sebelum persekolahan kerap menghadapi masalah untuk ingat nombor telefon ibu bapa kan? lagi alamat rumah mereka sendiri. Biasakan kanak-kanak membawa kad nama ibu bapa yang lengkap dengan nombor untuk dihubungi jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini
  • Ibu bapa perlu memastikan anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutama sekali di pasar malam, pasar raya dan pusat beli belah. Kebanyakan kes kehilangan anak adalah apabila berada di lokasi yang sibuk, terutama sekali ketika jualan murah 
  • Ibu bapa perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak kecil mereka tidak kira di mana mereka berada
  • Ibu bapa perlu mengajar anak mereka serba sedikit tentang pendidikan seks, iaitu bahagian aurat badan mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk menolak walaupun diberi gula-gula yang enak
  • Pastikan anak tidak berseorangan sama ada dirumah atau di luar rumah
  • Ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa membawa sekurang-kurangnya gambar terbaru kanak-kanak bersaiz pasport, mungkin boleh disimpan di dalam dompet ayah atau beg tangan ibu. Gambar sebenarnya memudahkan dan mempercepatkan pihak berkuasa dan orang awam di tempat kejadian untuk mengecam kanak-kanak 
  • Ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa mengingatkan kanak-kanak untuk berjumpa terus dengan pihak berkuasa seperti pengawal keselamatan atau pihak polis jika terpisah dari keluarga atau tersesat
  • Kanak-kanak jangan ditakutkan dengan pihak berkuasa polis umpamanya. Kanak-kanak perlu diberitahu bahawa polis akan menolong jika berlaku situasi kecemasan atau kemalangan

Tips Urus Anak Sambil Berbusiness Online



Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

1 comment:

  1. Bukan senang nak didik anak menjadi anak-anak syurga.. banyak cabaran dan semoga kami ibu bapa tidak mudah putus asa dalam mendidik anak-anak syurga...

    ReplyDelete

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...