Tuesday, 1 September 2015

7 Mitos Unik & Fakta Yang Betul Tentang Buah-Buahan

Siapa suka buah A tapi tak nak makan sebab mitos kata B

Haru kan? Ani pernah mengalaminya

Tak taw usikan tak nak kasi Ani habiskan atau memang mitos yang mereka percaya

Hmmm.... senyum sikit ~ngee :D

Buah-Buahan & Kisah Dongengnya


Buah-Buahan & Kisah Dongengnya
Adakah buah-buahan kegemaran anda termasuk sekali dalam mitos masyarakat? :)

Jom kita tengok satu-satu :D

Mitos & Fakta Tentang Buah-Buahan


  • Jambu Batu
Mitos : Makan buah jambu batu yang berbiji  menyebabkan penyakit usus buntu (sembelit)

Fakta : Salah. Sebenarnya ,penyakit usus adalah disebabkan oleh bakteria patogen yang kena pada usus besar. Biji buah jambu tidak akan menyekat pada usus kerana ia akan turut keluar ketika pembuangan air besar.

  • Nanas
Mitos : Wanita hamil berisiko mengalami keguguran jika makan buah nanas

Fakta : Salah. Tidak ada bukti ilmiah tentang hal ini. Nanas mengandungi enzim bromelain yang dapat mencerna protein dalam makanan agar lebih mudah di serap tubuh juga boleh mengurangkan kolestrol dalam darah, diabetis dan penyakit jantung

  • Timun
Mitos : Makan timun penyebab kepada keputihan :)

Fakta : Salah. Tidak ada kandungan dalam timun yang menyebabkan keputihan. Keputihan terjadi kerana keadaan vagina yang lembap dan sikap malas untuk menggantikan seluar dalam sehingga wujudnya bakteria yang menyebabkan keputihan berbau. Keputihan tidak akan berbau jika  tidak berada dalam keadaan tertekan.

  • Betik
Mitos : Betik dapat membesarkan payudara, betul ke?

Fakta : Sebenarnya Betik kaya dengan Vitamin A, C dan kalium. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrient yang terdapat dalam sebiji buah betik membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

  • Buah Salak
Mitos : Makan Buah Salak boleh menyebabkan sembelit sebab tidak berserat

Fakta : Salah.Buah Salak sebenarnya mempunyai jumlah serat yang banyak jika salak dimakan dengan kulit arinya.

  • Limau Nipis
Mitos 1 : Air perahan limau nipis yang dicampurkan dengan madu boleh menyembuhkan batuk.

Fakta 1 : Betul.Limau nipis mempunyai rasa masam yang dapat mematikan bakteria penyebab kepada batuk. Kicap hanya bertindak sebagai pengimbang rasa

Mitos 2 : Perahan air limau nipis pada makanan berkuah (santan) dapat menghindarikan diri daripada kolestrol dan dapat kurangkan berat badan

Fakta 2 : Setuju. Air limau nipis terbukti dapat memecahkan lemak dan mudah dilarutkan oleh air saat berada dalam pencernaan,

  • Durian
Mitos : Makan buah durian disertai dengan minuman soda dapat mengganggu pencernaan

Fakta : Betul. Durian matang mempunyai kandungan alkohol yang sangat tinggi. Jika di tambah dengan zat berkarbonat daripada minuman bersoda dan makan durian, ia akan membuatkan perut berasa panas.

sumber : Dara

Jom Tengok Video Set Umrah Vitamin Shaklee


Semoga Bermanfaat! :)



Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda



Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID :1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"


1 comment:

  1. Haha..tak kesah la kan..atas diri kita sebenarnya.. terima kasih kongsikan ilmu yang saya belum tahu ni..hehe

    ReplyDelete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...