Sunday, 30 August 2015

5 Cara Mudah Masker Buah Agar Kulit Kembali Cantik & Bermaya

Buah-buahan kaya dengan vitamin  yang baik untuk tubuh.

Buah-buahan juga mampu menghaluskan kulit, mencerah dan berseri setiap hari tanpa keluarkan perbelanjaan yang banyak

5 Cara Mudah Membuat Masker Supaya Kulit Jadi Halus & Mulus

Masker Buah, Kulit Cantik & Bermaya


Masker Buah, Kulit Pasti Mulus


Tips Masker Supaya Bertindak Secara Maksimum


  • Basuh muka dengan air suam untuk buka pori-pori wajah supaya penyerapan lebih sempurna
  • Pastikan wajah atau muka kita dalam keadaan bersih. Cuci wajah dan bersihkan daripada sisa-sisa krim, kosmetik atau kotoran sebelum terus guna masker
  • Bila pakai masker, perlu dalam keadaan  berbaring dan kurangkan bercakap ketika gunakan masker untuk hasil maksimum
  • Guna 2 potongan nipis timun untuk tutup mata sehingga tubuh kita jadi lebih relaks :)

5 Masker Buah & Cara Membuatnya


  • Timun
Mesti semua tahu , timun boleh buat Masker? lagi-lagi kalau mata penat, memang timun lah jawapannya :) Tapi untuk wajah, timun juga mampu untuk menghaluskan kulit! 

Caranya adalah kisarkan timun, tambahkan susu tepung atau susu cair (tanpa gula dan air taw) hingga adunan menjadi sebati. Oles pada wajah lebih kurang 30 minit. :)

  • Limau Nipis
Limau Nipis kaya dengan Vitamin C dan Asid Sitrat .Ia boleh membantu menegangkan pori-pori kulit, menghalang kotoran yang tersumbat pada kulit dan membuat kulit kelihatan lebih cerah. 

Cara membuatnya adalah ambil sebiji telur dan ambil putih telur sahaja. Pukul putih telur dan campurkan dengan perahan air limau nipis sedikit demi sedikit. Adun sehingga sebati sampai nampak seperti masker. Ratakan campuran masker pada wajah dan biarkan selama 20 minit.

  • Betik
Betik membantu dalam pengelupusan kulit mati, kurangkan cela pada kulit. Ia juga kaya dengan Vitamin C dan asid alfa hidroksi (AHA) untuk kulit lebih tegang. 

Caranya adalah kisarkan timun, tambahkan susu tepung atau susu cair tanpa gula dan air sehingga adunan menjadi lebih sebati. Letakkan pada wajah selama lebih kurang 30 minit.

  • Avokado
Avokado boleh bertindak sebagai pelembap semulajadi. Selain itu, Avokado juga mengandungi Vitamin A, K, C, Zat Besi dan Antioksidan yang boleh membantu melawan tanda-tanda penuaan pada kulit. 

Caranya adalah campur setengah biji Avokado dengan 1 sudu teh minyak zaitun atau madu. Gaul rata sehingga mendapat tekstur masker. Ratakan masker Avokado pada kulit yang bermasalah. Biarkan selama 15 minit

  • Sengkuang
Sengkuang dapat membantu kulit wajah menjadi lebih putih untuk semua jenis kulit. Sengkuan juga bermanfaat untuk menegangkan dan melembapkan kulit.

Cara membuatnya adalah kisarkan sengkuang, campurkan dengan sedikit madu dan perahan air limau nipis. Sapukan pada kulit yang bermasalah seperti waajah, siku atau lutut selama lebih kurang 30 minit.


Kulit Wajah Cantik Selepas 7 Tahun Terseksa


Semoga Bermanfaat! :)


Anda berminat dengan rangkaian produk Shaklee. Hubungi Ani, 014-7222642 untuk keterangan lanjut.


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...