Monday, 29 December 2014

Alhamdulillah, Fitnah Di Bersihkan


Ani terpanggil untuk berkongsi rakaman tentang penjelasan fitnah yang terjadi ke atas Master Farah Wahida . Master Farah dan suami adalah mereka yang bertungkus lumus dalam membantu mendapatkan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir. Keikhlasan nya terlihat namun di salah ertikan bagi mereka yang tidak mengerti.

Rakaman Video Penjelasan Di MHI TV3




Dugaan Besar Untuk Orang Yang Kuat

Ani pasti mereka tidak patah semangat. Bukan mereka sahaja malah sesiapa sahaja yang memberikan khidmat bantuan pasti halangan-halangan yang datang mereka akan atasinya. Kerana hati mereka bukan mengejar tempat di dunia, mereka mengejar tempat di sisi Nya,

Hulurkan Bantuan Ringankan Beban

Hulurkan seberapa banyak bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Moga usaha kita semua diberkati Allah 

Facebook Master Farah : Farah Wahida


"Kerana sifat kasih sayang itu kita bersatu"


Seorang Ayah Pasti Risau Akan Anak Perempuannya Kan!

Idea menulis entri kali ni betul-betul baru dapat dari minda (fresh dari kepala hehe)

Ayah @ Abah @ Papa @ Abi pasti risau akan keadaan anak perempuannya. Anak lelaki risau jugak tapi tak serisau apabila menjaga anak perempuannya.


Risau Keselematan Anak Perempuannya

Idea menulis entri ini apabila Ani nak balik sendiri dari office (lambat). Abah call 2 kali balik pukul berapa, dengan siapa dan naik apa?. Sebenarnya banyak kali abah tanya kalau Ani berjalan atau balik seorang. Dan sebenarnya, seboleh-boleh abah nak ambil Ani dan ikut Ani pergi A, pergi B dan pergi mana-mana. 

: Kalau tak ikut pun, dia tahu ke mana anak perempuannya pergi. Kalau dekat, balik sendirilah kan. 

Sifat Seorang Ayah Memang Begitu!


Ani tahu bukan abah Ani je yang rasa begitu. Sebenarnya, semua yang bergelar bapa pasti rasa begitu. Walau hujan, ribut taufan pasti seorang bapa ingin tahu keadaan anaknya. Jika kita keluar dengan kawan segerombolan pun  pasti seorang bapa ingin tahu dengan siapa anaknya berjalan, dengan siapa anaknya berkawan. Paling penting lokasi juga pukul berapa balik

Bagi Ani bukan seorang bapa je yang merasa begitu. Jika kita mempunyai abang, pasti dia juga punyai sifat "pelindung"

Ehem.. bukan abang sayang tiada ikatan, abang kandung yang penuh kasih sayang :D

Rimaslah asyik tanya "kat mana, pergi mana"... AWAK KAT MANA?


Awak kat mana? Awak kat mana? Tanya Taufik Batisah hehe

Bayang yang tengah berkawan, pasti akan jawabkan soalan si Dia dengan seboleh-bolehnya tak nak dia berkecil hati.

Soalan ni deep.
Kalau ayah @ bapa kita tanya bagaimana?

Ada seseorang pernah kata dengan Ani, "Jagalah Abah sementara dia masih ada"
Ringkas dan very meaningful.

Nasihat ni dia bagi dekat Ani apabila dia baru sahaja kehilangan ayahnya.


Anak, Kita Bawa Nama Ayah Kita!


Jujur Ani bukanlah anak yang baik. Nak balas jasa mereka membesarkan Allah, tak terhitung pengorbanan mereka.

Anak (harap Ani juga tak lupa nasihat ni..)

Yang penting bagi gadis yang belum berkahwin
Ke mana kita pergi, kita membawa nama ibu ayah kita.

Orang tak kata kita jahat  Tapi orang akan sebut nama mak ayah kita kalau sesuatu terjadi

"Kau tengok tu, anak Si Pulan begitu.. begitu..

Alah, Apa Susah Tak Payah Dengar Kata Orang!


Betul! Itu kata kita! Kata ibu ayah kita
Yang menyampaikan kepada mereka dan cerita yang di sampaikan

Ani percaya ibu bapa kita mengenali kita lebih daripada orang lain. 
Ibu bapa tahu sifat peribadi anaknya
Yang tak betul, mereka pun malas nak layan (walaupun mereka akan selidik juga)
Tapi kalau betul, pasti hati mereka terluka..

Nasihat Mama Ani


Mungkin boleh diguna pakai untuk kalian juga

Jika benar seorang lelaki itu mencintai anda, dia sesekali takkan sentuh anda sebelum halal. Dan dia juga akan ambil anda dengan cara terhormat

Mungkin ada yang kata itu tak up to date lah. Tapi, Ani very tradisi. Ani sangat percaya dengan nasihat mama Ani. 

Kan bagus kalau ada yang terus jumpa ibu ayah untuk berkenalan dengan anaknya! Itu lebih baik . Paling baik terus meminang.! ada berani? hehe

Pucuknya untuk anak dan gadis :


. Jaga diri. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita. Ingat mak ayah, kita berjalan membawa nama mereka

. Jangan malu untuk membawa ibu bapa berjalan walau bagaimana pun keadaannya. Caranya.. , tingkahnya.. peribadinya.. kerana semasa kecil dulu dia tidak pernah malu dan mengeluh untuk membawa kita berjalan.

. Hargai sementara mereka masih ada. Hilang mereka tiada galang gantinya 

Semat dalam hati, untuk jadi anak yang baik,Penyejuk mata. Penenang hati .. In sha Allah :)



Tuesday, 23 December 2014

Tiada Duit Simpanan. Bagaimana Untuk Menabung?

Seringkali, kita berhadapan dengan masalah untuk menabung

Nak menabung, tapi tak tahu bagaimana cara yang tepat

Mari Ani kongsikan cara menabung. Moga ianya bermanfaat!

6 Tabung Untuk Sentiasa Tersenyum :)


Kenapa gambar tabung buluh?
sebab dulu mama suka kasi kami adik beradik tabung.
Salah satu tabung yang diberi adalah tabung buluh :)


  • Necessity : 55%

Tabung ini adalah untuk keperluan kita dalam bulan tersebut. Gunakan 55% daripada setiap bulan.

  •  Financial Freedom Account : 10%

Tabung ini tak boleh keluarkan. Bila sampai masa baru boleh keluarkan. Ingat! Keyword : Jangan keluarkan! Sebab tabung ini boleh dikira sebagai langkah masa hadapan supaya kita boleh dapat Financial Freedom Account. Contoh : Beli rumah, sewakan mahupun buat homestay :D (tak bergantung kepada gaji kerja semata :) )

  • Long Term Spending : 10%

Tabung ini pula untuk jangka panjang. Contoh macam duit belanja kahwin, Pergi ke Makkah untuk menunaikan haji dan sebagainya

  • Education : 10%

Ilmu sangat penting untuk kehidupan. Tak kiralah ilmu apapun, peruntukkan 10% untuk perbelanjaan untuk upgrade dalam ilmu. 

  • Fun : 10%

Tabung ini perlu dihabiskan. Setiap 3 bulan perlu dikeluarkan dan gunakan sehabisnya untuk keluar bersama family. Jika sedikit mengikut peruntukan sendiri, takpe, boleh belanja family makan. tengok wayang mungkin,  mandi sungai sambil buat BBQ. Terpulang, ikut peruntukan daripada gaji masing-masing. 

Tapi betulkan, daripada kita belanja seronok untuk orang lain, kenapa tidak keluarga! Keluarga sangat penting! :D

Keluarkan setiap 3 bulan. Isi balik sampai 3 bulan. Make sure habiskan jangan tinggal sesen pun :)

  • Charity : 5%

Jangan lupa sumbangan atau sedekah kepada mereka memerlukan. Jangan risau untuk peruntukkan sebahagian duit gaji kita untuk mereka yang tidak berkemampuan. Sebab.. lagi banyak kita bagi, lagi banyak yang kita akan dapat . :) Letakkan 100% Percaya dan Yakin kepada Dia, Dia yang memberi rezeki kepada semua makhluknya.


Kuatkan Hati! Displin. Anda Boleh! :D


Ani tahu nak menyimpan amatlah payah.Tapi nak keluar amatlah mudah. Kuatkan hati untuk menabung. Displin. Untuk diri sendiri dan keluarga, Untuk masa sekarang dan akan datang. :D

Jom Menabung :)



Monday, 22 December 2014

Love What You Do!

"Don't waste your life trying to impress other people.
 Do what you love, love what you do"

Do What You Love

Biarkan gambar berbicara :D

Do What You Love

Tengok heading, Fuh rasa nak menari sekarang  (boleh tak keluar gambar emoticon whatsapp yang menari tu~~ngee)
Best bila kita boleh buat apa yang kita suka.
Tanpa paksaan, bebas bergerak laju menuju yang kita inginkan !

Pernah Rasa Kena Paksa?

Tanya Ani, Pernah!! hehe dan jujurnya rasanya sangatlah tak best! Yelah, faktor utama adalah sebab kena paksa. Buat rasa macam tak ikhlas je, Hati menjerit-jerit  cepatlah habis dan cepatlah selesai!

Buatlah Apa Yang Kita Suka!

Bila kita buat apa yang kita suka, Kita tak kisah penat kerananya.
Kita akan rasa nak buat lagi, lagi dan lagi! hehe :)
Dan kesannya..
Kita nak buat sampai habis dan berani berimpian.



Suka!


Kepochi


Master Norita

Semalam Ani pergi menimba ilmu bersama Master Norita. Sebenarnya ikutkan Ani tak boleh pergi, tapi sebab Ani nak sangat, dan yakin Ani dapat pergi (minta dengan Allah sungguh-sungguh) Alhamdulillah, dapat pergi!. 

Ani jumpa jalan yang Ani nak.  Ani harap anda juga jumpa apa yang anda inginkan. Berimpianlah dan Berusahalah. Moga kita sama-sama berjaya dunia akhirat.Jadikan dunia tempat untuk kita berusaha dan tempat untuk mengumpul bekalan untuk ke sana in sha Allah :D




Thursday, 11 December 2014

Penting : Penghentian Jualan Collagen Bermula 01 Januari 2015


Menunggu adalah satu penyiksaan

Lagi-lagi jika ianya adalah produk "kesayangan" .

Ala :,(

Penghentian Jualan Collagen Powder Bermula 01 Januari 2015


Terperanjat Pengumuman Collagen


Shaklee : "Due to Product Registration guideline change, Collagen will be unavailable for sale after Dec14' pending registration which takes 9-12 month . Hence, Shaklee is offering a special Buy 3 Free 1 promo now to support our valued distributors with sufficient products till product registration is achieved"


Collagen Powder


Tenangkan diri. Ceritanya begini.

Shaklee mengambil masa sedikit antara 9 hingga 12 bulan bagi mendapatkan  tempoh pendaftaran dan permohonan lesen baru . Ini kerana Shaklee memberi formulasi baru terhadap Collagen Powder Shaklee nya! :D

Selepas ini pasti Collagen Shaklee lebih TIP TOP. Wow! :D

Jadi penggemar Collagen Shaklee, Jangan sedih. 

Shaklee membuat promosi untuk anda sehingga 31 Disember 2014. 

Beli 3 Collagen Percuma 1.

Jangan lepaskan peluang. Beli terus untuk 1 tahun.

Tak terigau-igau kemudian hari :)


Lebih Jimat Lagi Jika Anda Menjadi Ahli Shaklee

+ Beli 3 Collagen Free 1
+ Free Membership
+ Cash Back Next Month 

Beli sambil dapat pulangan duit :D

 Jom Jadi Ahli Shaklee



Nak Order Terus Collagen Shaklee?



Pesan Sekarang

atau

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Tuesday, 9 December 2014

Demam Tapi Tak Nak Makan Ubat

Kisahnya begini,

Bila demam, Ani adalah antara orang yang tak suka pergi klinik :X

Melainkan pergi semata-mata untuk ambil MC , tak larat nak pergi kerja :,(

Tetapi,

Ani bukanlah orang yang akan biarkan demam berterusan ,

Ani ambil ni untuk mengurangkan demam :D

Demam
Bila demam muka mesti tak cantik kan? Macam kat atas~ngee

Ani ambil Supplement Shaklee :D

Supplement Shaklee Untuk Demam


Vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan, mengelakkan selsema dan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik

Performance Drink

Performance Drink minuman tambahan tenaga. Ia membantu memberi tenaga dan stamina serta mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna bagi mencegah dehidrasi


Kenapa Ani Memilih Supplement Shaklee Berbanding Ubat?

Sebab pertamanya adalah supplement bukanlah diperbuat daripada dadah mahupun bahan kimia yang akan memberi kesan negatif untuk jangka masa panjang. Tetapi supplement Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi seperti makanan seharian kita :)

Sebab lain nya juga adalah UBAT merawat KESAN penyakit atau tanda-tanda sakit manakala
SUPPLEMENT membantu merawat PUNCA penyakit. Supplement mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh sel badan setiap hari.


Lebih Jimat Jika Anda Menjadi Ahli Shaklee



Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?



Pesan Sekarang


atau

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Friday, 5 December 2014

Resepi Mudah : Kek Batik

Sebenarnya tiba-tiba rasa teringin nak buat Kek Batik ~ngee

Sedap makan ramai-ramai,

Maka, terhasillah idea untuk berkongsi resepi Kek Batik

Resepi Mudah : Kek Batik

Kek Batik

Gambar Google : Ani punya belum siap lagi. Ada rezeki, Ani tunjuk Ani punya  :D

Bahan Yang Di Perlukan Adalah :

  • 2 cawan Milo
  • 2 sudu besar Serbuk Koko
  • 1/2 tin susu pekat manis (nak kurang pun boleh, ikut masing-masing :D )
  • 1 buku Buttercup
  • 1 packet biskut Marie 
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla

Cara-Caranya  :

  1. Cairkan butter dalam periuk. Selepas butter cair, masukkan susu pekat,.Gaul sebati dengan penggunaan api sederhana.
  2. Masukkan Milo dan Serbuk Koko di dalam periuk. Gaul sebati. Pastikan milo tidak berketul-ketul
  3. Kemudian, masukkan Esen Vanila dan Gaul 
  4. Masukkan Biskut Marie yang telah di patah-patah ke dalam periuk dan gaul rata
  5. Angkat dan letakkan dalam bekas yang telah di alas dengan plastik . (Plastik sebab nak mudahkan nanti bila nak angkat kek batik keluar dari bekas nanti)
  6. Padat-padatkan kek batik dalam bekas. Caranya dengan tekan belakang sudu dekat permukaan kek batik. 
  7. Biarkan 4 jam dalam peti ais.
  8. Angkat dan Makan

Mudah kan? :D

Boleh lah makan bersama keluarga tersayang:D


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

Lebih Jimat Jika Anda Menjadi Ahli Shaklee



"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Wednesday, 3 December 2014

Vitamin C & Vitamin E : Promosi June 2015


Ani sangat teruja dengan Promosi June 2015

melting~~~~

Sebab Promosi nya adalah : Vitamin C & Vitamin E Yeay! :D

Terujanya Vitamin C !!!!!!


Tahu tak?  Pernah tahun lepas sebulan setengah Vitamin C takde stok. Bayangkan, Hari ni dapat taw ada, esok Ani pergi branch, habis huhu (sadis)! Bagai si gadis menunggu putera idamannya muncul di hatinya (wah! gitu ayat hehe) 


Bagi sesiapa yang pernah terjebak dengan saat menunggu, pasti taw betapa bernilainya Vitamin C ni. :D

Penangan Vitamin C Shaklee

 7 botol Vitamin C Shaklee

Cerita Ani Tentang Vitamin C & Vitamin E


Ani memakai kedua-duanya sekali. Bukan sahaja Ani, habis semua ahli keluarga Ani (perempuan) memang  memakainya hehe

Ani suka ambil Vitamin C sebab dia adalah kolagen murah! Vitamin E pula untuk sunblock semulajadi. Sunblock Ani bila travel Vitamin E la :D

Kelebihan Vitamin C Shaklee

  • Merangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit
  • Menegangkan kulit muka
  • Mengecutkan jerawat
  • Mencerahkan muka
  • Menyegarkan wajah
  • Meningkatkan imun tubuh
  • Membantu dari terkena selsema batuk

Kelebihan Vitamin E Shaklee

  • Membantu memudarkan parut
  • Melawan kesan penuaan
  • Mencegah kanser payudara dan prostat
  • Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
  • Vitamin cinta bagi suami isteri
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma

Keunikan Vitamin C Shaklee

  1. Kerana Vitamin C nya dari ekstrak jagung
  2. 1 tablet Vitamin C = makan 7 1/2 buah oren
  3. Vitamin C nya perlepasan jam demi jam , jadi ianya tidak membazir dan dibuang terus
  4. Boleh di buat sebagai masker
  5. 1 botol Vitamin C tahan makan 6 bulan

Keunikan Vitamin E Shaklee

  • Vitamin E mengandungi ekstrak biji anggur untuk membantu mengatasi masalah kanser serta awet muda
  • Ia mengandungi Selenium bagi memberikan penyerapan yang optimum
  • Boleh dibuat sebagai masker dan diletakkan pada kulit bermasalah
  • 1 botol tahan makan selama 4 bulan

Promosi Vitamin C & Vitamin E Shaklee

Promosi Jun Vitamin C & Vitamin E


Lebih Jimat Jika Anda Menjadi Ahli Shaklee


Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


Pesan Sekarang

atau


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee dikongsi bersama"

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...