Wednesday 26 November 2014

Tahniah Untuk Anak-Anak UPSR


Hari ini result UPSR keluar

Alhamdulillah dan Tahniah atas usaha mereka selama ini.

Di sebalik pelbagai dugaan ( peperiksaan yang perlu di ulang kembali) , ia tidak sedikit pun mematahkan semangat anak-anak ini untuk berjaya!

"Cikgu, Doakan Saya Esok Nak Ambil Keputusan UPSR"


Sebenarnya, sejuk hati cikgu bila anak-anak yang pernah mereka ajar minta untuk doakan kejayaan mereka. 

Yakinlah! Sebenarnya tiada seorang guru pun di dunia ni nak tengok anak muridnya jatuh duduk terlingkup. Tak! Garang macam mana pun, pasti hati kecil seorang guru ingin melihat kejayaan mereka. 

Tahniah! Anda Hebat!


Tahniah


Anak-anak yang menduduki UPSR ini terlah berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga juga orang yang berada di sekeliling mereka.

Mereka layak di beri pujian

TAHNIAH ANAK-ANAK! ANDA HEBAT!

Jangan Gusar Jika Tak Dapat Apa Yang Di Inginkan


 Tidak Mengapa. Asalkan anak-anak ini telah berusaha sedaya upaya itu adalah perkara yang menggembirakan

" Kejayaan kecil mesti dirai untuk mendapatkan kejayaan lebih besar pada masa hadapan!"


Kejayaan Besar Datang Tepat Pada Waktunya!


Cerita di ambil daripada Abu Razan . Cikgu yang disebutkan adalah merujuk kepada Isteri Abu Razan.

"Kisah Penolong Jurutera di FINAS"

Cerita bermula di Tingkatan 1.  Suatu hari ketika cikgu perlu meninggalkan kelas untuk sementara waktu, dia telah berpesan kepada anak muridnya itu, "Nanti awak ambil nama budak-budak yang bising". Selesai sahaja berkata demikian, berderai gelak tawa daripada murid sekelas. kerana..

"Cikgu, dia tak pandai tulis lah cikgu"

Dia tak pandai menulis apatah lagi membaca ketika di Tingkatan 1. Maka, cikgu itu mengajarkan dia membaca dan menulis. Setiap masa terluang, dia pasti berjumpa cikgu tersebut untuk "kelas tambahan"

Begitulah yang sering berlaku sehingga dia berada di Tingkatan 3. Ada perkembangan namun sedikit. Dia masih belum boleh membaca ketika menduduki PMR. Tetapi, dia tidak berputus asa.

Usahanya bersama guru  berterusan sehinggalah dia masuk tingkatan 5. Dia bakal menduduki SPM pula. Ketika ini, dia sudah boleh menulis karangan walaupun terdapat kesalahan ejaan di sana sini.

Dia cuma lulus 3 mata pelajaran dalam SPM. Dengan keputusan itu, dia tetap mahu melanjutkan pelajaran. Lalu, dia memohon untuk ke IKBN. Dia diterima dan langsung meneruskan pengajiannya di situ.

Usaha yang berterusan, dia akhirnya lulus dengan sijil seadanya. Dengan sijil yang ada dia memohon kerja. Janji Allah tetap benar, barang siapa yang berusaha, akan diganjarkan sesuai dengan usahanya. Dia diterima bekerja di NTV7 sebelum ditugaskan ke TV9

Tak lama selepas itu, dia mendapat tawaran di FINAS. Dia perlu mengambil ujian kerana keputusan akademiknya kurang baik. Tanpa ada segan, dia datang menemui cikgu terbabit untuk "tuisyen" matematik. Namun kejayaan tak semudah itu. Dia mengulangi ujian beberapa kali. Dan kini, dia adalah seorang Penolong Jurutera

Siapa sangka seorang budak yang tidak tahu menulis dan membaca sekarang ini menjawat Penolong Jurutera di FINAS


" Rai Kejayaan Sekarang Untuk Kejayaan Besar Akan Datang" 
Kejayaan Bermula Sekarang


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


Lebih Jimat Jika Anda Menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee



sms/whatsapp: 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

2 comments:

  1. Hahaha..kelmarin hari gembira maaa..ada dapat 4A..Ada dapat 2A..yang penting diorang heppy..saya pun hepi..haha

    ReplyDelete
  2. wow... pepagi ni saya teruja sangat dengan cerita tu... saya mengaku saya seorang yg lemah semangat dan selalu mudah menyerah... pagi ni saya bersyukur dapat baca cerita ni... saya akan ingat cerita ni sampai bila2... terima kasih banyak2

    ReplyDelete

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...