Thursday, 18 August 2016

Merawat Kanser Otak Dengan Vivix


Kanser Otak adalah ketumubuhan pepejal yang kerap berlaku pada kanak-kanak. 

Korang Tau Tak? Sebenarnya lebih separuh kanak-kanak telah disahkan menghidap ketumbuhan otak dan ada yang sembuh daripada penyakit ini.

Kanser Otak tidak mengenal usia . Ia memerlukan penilaian berterusan dan penjagaan yang khusus.

Apa Itu Kanser Otak?


Merawat Kanser Otak Dengan Vivix Shaklee


Kanser Otak adalah kecelaruan yang terjadi di dalam organ otak yang mana sekumpulan sel-sel otak tidak normal tumbuh di luar kawalan. Sebahagian besar kanser otak boleh merebak melalui rangkaian otak tetapi jarang merebak ke kawasan lain dalam tubuh.

Pada kes tumor otak  biasa, apabila ianya membesar, ianya boleh menghancur dan menekan tisu otak normal yang lain dan boleh mengakibatkan lumpuh. Disebabkan itu, Doktor selalu menggunakan istilah "tumor otak" daripada "kanser otak"

Penting adalah seberapa cepat kanser terus merebak melalui bahagian otak atau saraf tulang belakang yang lain dan adakah ianya boleh dibuang dan tidak berulang kembali.

Kanser Otak dan saraf tulang belakang pada orang dewasa berbeza dengan kanak-kanak. Kanser ini sering terbentuk di kawasan yang berbeza, berkembang dari jenis sel yang berbeza, dan mungkin kaedah rawatannya turut berbeza. Perlu rujuk kepada yang Pakar.


Sebab-Sebab Terjadinya Kanser Otak


Sehingga kini, tiada kajian yang dapat mengesahkan punca sebenar-benar terjadinya kanser otak.Tetapi pastinya bahawa kanser otak tidak berjangkit.

Namun, ada kajian menunjukkan adanya beberapa faktor risiko tertentu yang meningkatkan risiko seseorang terhadap tumor otak (utama) :

  • Lelaki
Umumnya, tumor otak lebih kerap terjadi pada individu lelaki. Namun, meningioma sering terjadi pada wanita

  • Usia
Tumor Otak kebanyakkan dikesan pada linkungan  berumur di atas 70 tahun ataupun pada anak-anak berusia 8 tahun atau lebih muda.

  • Sejarah Keluarga
Bagi individu yang ada diantara ahli keluarga yang terkena kanser otak jenis glioma mungkin keberangkaliannya tinggi untuk terkena juga kepada penyakit ini.


Terkesan atau terkena radiasi atau bahan kimia tertentu di tempat kerja :

  1. Sinaran  : Pekerja di Industri Nuklear mempunyai peningkatan risiko kanser otak.
  2. Formaldehid : Orang-orang yang bekerja dengan formaldehid mempunyai risiko terkena kanser otak
  3. Vinly Chloride : Para pekerja industri plastik dengan paparan Vinil Klorida boleh berisiko tumor otak
  4. Akrilonitril : Para pekerja tekstil dan industri plastik yang terpapar akrilonitril boleh berisiko kanser otak.

Tanda-Tanda Kanser Otak


Gejala kepada Kanser Otak adalah berbeza, bermula dari sakit kepala hingga terjadinya stroke. Bahagian otak yang berbeza-beza mengawal fungsi yang berbeza, sehingga tanda kanser otak sangat berbeza-beza bergantung dari lokasinya. Cara terbaik untuk mengetahui adalah dengan melakukan scan otak.

Tanda kanser otak dapat dikesan jika sekiranya terjadi :

  • Serangan kekejangan (baru) pada orang dewasa,
  • Pergerakan pada lengan atau kaki hilang secara beransur-ansur
  • Hilang keseimbangan terutama jika sakit kepala
  • Kehilangan penglihatan di salah satu atau kedua-dua belah mata
  • Pandangan kabur, terutama jika sedang sakit kepala
  • Gangguan pendengaran pada bahagian telinga
  • Kehilangan penglihatan di salah satu atau kedua-dua belah mata
  • Pandangan kabur, terutama jika sedang sakit kepala
  • Gangguan pendengaran pada bahagian telinga
  • Kehilangan secara beransur kemampuan untuk bercakap secara tersusun
Antara tanda lain mungkin juga akan terjadi adalah mual atau muntah yang teruk pada pagi hari, terasa kebingungan dan hilang ingatan atau memori.

 Megan : Child With Brain Cancer


I spoke with Megan's dad yesterday, and he told me that is was one year ago to the day, November 19, 2007 that they rec'd the news that Megan, age 7, had brain cancer and her prognosis wasn't good.So the journey began the poking, prodding, chemo therapy, bedside vigils, etc. They were introduced to Shaklee and they started little Megan on Nutriferon and Children's Vita-lea. She began to show some improvement.

However, Todd told me that the real tipping point came in August with the introduction of Vivix; they began the daily Vivix, 1 tsp per day. Megan has shown remarkable progress ever since.The neurosurgeons at the Mayo clinic told her parents that the type of tumor that Megan has DOES not shrink, not with chemo treatment. They were in disbelief when Megan's tumor was almost undetectable.

Todd totally attributes her amazing progress to prayers which are so powerful but also to Shaklee's Vivix along with the Nutriferon and vitamins. The hope that he and his family have again is beyond words. I still find it very difficult to put what I heard in his voice into words. Todd touched me to the very depth of my being. This is why we do what we do, we are able to give people hope when they have none.

 God bless,Jeannie Foster 


Ikhtiar Vivix Untuk Kanser Otak



Vivix Merawat Kanser Otak
Vivix mempunyai kandungan Resveratrol dan Polifenol  yang terbukti melalui kajian klinikal makmal dan testimoni.

Berikut adalah bukti kejayaan ke atas Resveratrol.

  • Laporan dari Annals of the New York Academy of Science 2011, kajian ke atas resveratrol menunjukkan ia mempunyai kesan anti-kanser
  • Pada 2008, kajian pada kultur sel, kesan resveratrol menyekat kanser payudara dari terus berkembang di peringkat awal. Hasil kajian diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa Resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser
  • Tahun 2007, laporan oleh Biologi Kanser & Terapi, Resveratrol bertindak menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (proses di mana sel-sel normal menjadi sel-sel kanser)
  • Satu lagi kajian tahun 2008 di dalam Jurnal Karsinogenesis, menunjukkan bahawa Resvratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen.

Semoga Bermanfaat! :)


Anda Berminat Dengan Vitamin Shaklee?



Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang


ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

Wednesday, 17 August 2016

Promosi Shaklee Ogos 2016 : OsteMatrix


Pasti ada yang tertanya-tanya apa promosi Shaklee untuk Bulan Ogos 2016

Ani harap tak terlambat untuk ani terangkan

Tara ini dia..OsteMatrix Shaklee :)

Promosi Shaklee Ogos 2016

Promosi Shaklee Ogos 2016 : OsteMatrix


OsteMatrix 


Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium diperlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.. Kebanyakan orang, mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup dalam magnesium. (Burton Goldberg Group,Alternative Medicine : The Definitive Guide , Future Medicine Publishing, Inc WA, p 533)

Korang Tau Tak?

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

OsteMatrix bukan sekadar kalsium :)

OsteMatrix Shaklee mengandungi :


  • Kalsium 1000mg
Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah di serap

  • Magnesium 4000 mg
Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya

  • Vitamin D 400IU
Merangsangkan penyerapan kalsium

  • Boron
Membantu dalam metabolisme tulang

  • Mangan, Tembaga & Zinc
Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

Kelebihan OsteMatrix Shaklee


  • Membantu menguatkan tulang & gigi yang sihat
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • Ianya mengandungi Vitamin D bagi merangsang penyerapan kalsium
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik
  • Pengalkalian tubuh
  • Memperbaiki masalah haid
  • Membantu meringankan stress
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Melegakan sembelit bagi wanita mengandung

Promosi Ogos 2016 : OsteMatrix


  • Beli 6 percuma 1 botol OsteMatrix
  • Beli 2 botol OsteMatrix dapat 5% diskaun

Promosi Shaklee Ogos 2016 : OsteMatrix


Semoga Bermanfaat! :)



Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


Wednesday, 3 August 2016

10 Keunikan Ibu Pejabat Shaklee, Pleasanton

Hari ni ani nak cerita tentang HQ Shaklee, Pleasanton, San Fransisco, California.

Apa yang ani nak tekankan kat sini adalah "Sentiasa Selamat", "Sentiasa Berkesan" & "Sentiasa Mesra Alam" memang diguna pakai sampaikan HQ nya pun tiada alat penghawa dingin tetapi pengudaraan tetap terbaik :)

Arkitek pembinaan HQ Shaklee adalah Gensler yang bertanggungjawab untuk jadikan HQ Shaklee ini mesra pengguna, mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee iaitu kehidupan yang harmoni bersama alam semulajadi.

10 Keunikan Tentang Ibu Pejabat Shaklee, Pleasanton


10 Keunikan Tentang Ibu Pejabat Shaklee, Pleasanton

Jom baca satu-persatu :)

  • Seperti ani kata di kata, ianya reka bentuk oleh arkitek bertaraf dunia, Gensler yang sebenarnya juga design beberapa bangunan popular seperti JFK Airport, New York, Menara Shanghai China, Ritz-Carlton Hotel , Dubai, The Avenue 3, Kuwait, Facebook Inc , London dan sebagainya
  • Ianya berkonsepkan "Living in Harmony with Nature" yang mesra alam dan manusia. Berada di dalam bangunan dan persekitarannya, kita akan lihat dikelilingi pokok,langit,bukit dan padang di sekitar bangunan.
  • Bangunan dibina dari bahan yang mampan. Contohnya, panel kayu dan pintunya menggunakan kayu dari hutan yang diiktiraf (certified sustainable forest).
  • Hiasan dalaman seperti karpet, kerusi, meja, cat dan lain-lain diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula.
  • Landskap di sekitar bangunan adalah tanaman herba botani yang mewakili bahan-bahan yang digunakan di dalam produk Shaklee.
  • Lampu di dalam bangunan menggunakan sensor pergerakan untuk on & off dengan tujuan menjimatkan penggunaan tenaga. Apabila cahaya mencukupi di dalam bangunan, lampu malap sendiri. Lampu dalam dan luar juga diset dengan timer.
  • Shade tingkap juga menggunakan sensor elektrik yang membenarkan 80% pencahayaan dalaman dan pada masa yang sama melindungi bahagian dalam dari panas matahari. Peneduhan automatik mengikut kadar cahaya.
  • Kaca jenis Low-E digunakan di seluruh bangunan untuk memaksimumkan penggunaan tenaga secara berkesan. Cahaya matahari boleh masuk ke ruang paling dalam dan mengaktifkan peneduhan pada waktu siang paling panas. Penggunaan tenaga dijimatkan serta merta.
  •  Pengaliran udara bawah lantai digunakan untuk penggunaan tenaga efisien dan meningkatkan kualiti udara dalam bangunan secara graviti.
  • Terdapat juga kawasan terbuka dalam bangunan untuk pengaliran udara segar.

Hasil dari inovasi pada bangunan HQ ini, Shaklee diiktiraf sebagai syarikat pertama terima Climate Natural Certified kerana berjaya capai zero impact kepada pemanasan global (0% pelepasan CO2)


Semoga Bermanfaat ! :)



Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Friday, 22 July 2016

Rahsia Diet 4 Negara

Bila sebut nak kurus, ramai nak kurus dan ani pasti semua sukakan diet yang sihat kan? :)

Umumnya, semua perlukan makanan tetapi bila lapar bukanlah alasan untuk makan apa sahaja yang terhidang kan!

Bagaimana sesetengah negara tertentu, masyarakatnya lebih langsing? Apa yang mereka lakukan ? Jom tengok satu persatu :)

Rahsia Diet 4 Negara


Rahsia Diet 4 Negara

Teruja tak? Ani akan tulis enteri untuk  4 buah negara ini iaitu Perancis, Jepun, German dan China :)

Masakan Perancis


Tahukah korang  bahawasanya bagi Masyarakat Perancis, makanan adalah kesenangan. Mereka akan makan bersama teman, keluarga, berbual dan bercakap tentang keenakan makanan yang di makan. Makanya, ia ambil masa yang lama juga kan? :)

Mereka sangat mementingkan kualiti dan juga kuantiti. Satu yang best, kebanyakan dari mereka pilih untuk makan makanan yang di masak sendiri dari rumah. Mereka sangat titik berat tentang makanan. Bermula dengan pemilihan bahan yang di masak, sehinggalah memasak dan dihidangkan. Semua di titik beratkan.  Bagi mereka, makanan yang berkualiti membuatkan mereka rasa lebih puas dan kenyang lebih lama.Dan..mereka juga takkan menjamah sebarang makanan di luar waktu makan.

Tips nya : Jadikan waktu makan waktu paling penting dalam hidup. Elakkan makan dari luar waktu makan. Elakkan mengunyah masa stress. Gantikan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran takpun ambil supplement B Complex bantu elak stress :)

Jepun : Berhenti Sebelum Kenyang


Selain dari bunga nya yang menarik perhatian Ani, hehe, dalam kerjanya yang serba pantas dan canggih, ketahuilah masyarakat Jepun memerlukan masa yang lama untuk menikmati makanan. Prinsip yang mereka pegang adalah makan secara perlahan setiap kali waktu makan.

Contoh, masyarakat Jepun dalam upacara teh memerlukan masa yang lama untuk menikmatinya. Bermula dengan aroma, tekstur dan rasanya. Bagi mereka, upacara teh melibatkan 5 pancaindera iaitu melihat, mendengar bunyi teh saat di tuang dalam cawan, mengambil, menikmati keharumannya dan akhir sekali kehangatan dan kelazatannya. Rahsia lain berhenti makan setelah 80% kenyang.

Tips : 
  • Makan satu persatu . Bermula dengan sayuran sebagai pengganti salad dan di akhiri dengan lauk dan nasi. Selepas itu, barulah pemanis mulut.
  • Berhenti makan apabila sudah kenyang. Jika sayang lebihan makanan dan tidak mampu habiskan, biarkan seketika, rehat dan sambung makan kembali.
  • Boleh juga cuba makan dengan menggunakan piring yang kecil, agar kuantitinya tidak berlebihan.

Makanan Sihat Ala German


Orang German memulakan hari mereka dengan makanan yang berkhasiat tinggi. Kebiasaannya roti yang dilapisi dengan marjerin, keju atau daging dan akan dilengkapi dengan secawan teh panas, coklat panas atau kopi. Tetapi, kehidupan mereka dah banyak berubah bila ramai yang lebih suka ambil sarapan yang tinggi serat.

Untuk atasi rasa lapar, mereka akan isi masa mereka dengan mengunyah, tetapi pilihan makanan yang sihat dan seimbang seperti sandwich tuna, roti gandum, potongan buah-buahan dan yogurt. Orang German percaya makan makanan yang sihat pada luar waktu makan untuk elak mereka dari makan lebih di waktu malam.

Tips : Jangan lewatkan sarapan dan pilih makanan yang sihat jika terasa ingin mengunyah

Kaya Serat di China


China kaya dengan makanan berbentuk sayur-sayuran, buah-buahan dan juga biji-bijian. Daging hanya dijadikan hiasan pada makanan. Kajian dari Harvard membuktikan bahawa makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran akan menurunkan risiko sakit jantung sehingga 20%.

Rahsia kelazatan makanan China adalah ramuan tumisan bawang putih yang harum. Ramuan tersendiri ini dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser dan bersifat antibiotik.

Tips : Jika rasa janggal dengan lauk yang penuh dengan sayuran, boleh juga makan salad tanpa hiasan :)

Semoga Bermanfaat! :)



Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday, 21 July 2016

Cara Merawat Stroke Dengan Vivix

Stroke terjadi disebabkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak telah terganggu.

Bahagian otak yang terganggu tidak menerima oksigen yang cukup, sel-sel otak akan rosak atau mati dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak juga tidak berfungsi.

Stroke


Cara Merawat Stroke Dengan Vivix


Stroke juga boleh berlaku disebabkan oleh saluran darah arteri yang tersumbat akibat pembentukan plak iaitu campuran kolesterol dan lipid lain. Oleh itu, jika seseorang yang mengalami sakit jantung akibat artherosclerosis atau pengerasan salur darah arteri , ianya berisiko untuk mengalami stroke.

Mereka yang pernah mengalami stroke pada kali pertama berisiko untuk mengalami stroke pada kali kedua. Kebanyakkannya 75% stroke kali kedua berlaku dalam masa 30 hari selepas serangan pertama. Sementara 25% lagi berlaku dalam masa dua tahun.

Cara Pencegahan Stroke


  • Hentikan kebiasaan merokok
Merokok menyebabkan masalah atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan akan
membuat darah menjadi mudah menggumpal.


  • Periksa tekanan darah secara rutin
Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan lebih. Walaupun badan tidak menunjukkan gejala, perlu periksa tekanan darah secara teratur.

  • Kendalikan penyakit jantung sekiranya ada dengan sebaiknya
Jika mengalami masalah gangguan pada jantung ataupun mempunyai masalah kolesterol tinggi, ia perlu berhati-hati kerana dua penyakit ini penyumbang kepada masalah stroke.

  • Atasi stress dengan baik
Stress sebenarnya dapat mengganggu keseimbangan tubuh badan. Tarik nafas, senyum, zikir :)

  • Makan secara sihat
Amalkan pengambilan makanan gaya hidup sihat iaitu perbanyakkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan daging merah kerana daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras.


Bagaimana Vivix Membantu Dalam Merawat Stroke?


Vivix & Merawat Stroke

Vivix kaya dengan Resveratrol dan juga Polifenol.

Umumnya, Stroke terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

  • Ischemic
Resveratrol bantu cairkan semula darah beku yang menjadi penyebab stroke. Bila darah beku tiada, salur darah tidak tersumbat sekaligus Resveratrol di dalam Vivix membantu memulihkan salur darah yang luka.

  • Hemoragic
Resveratrol di dalam Vivix membantu baik pulih sel dalam salur darah yang pecah.


Kebaikan Vivix Dalam Merawat Stroke


  • Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang rosak, mati, abnormal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari
  • Vivix membantu mengaktifkan semua sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot dan menggalakkan sel menjadi sihat semula
  • Vivix membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oksidasi LDL ini menyebabkan serangan kardiovaskular atau jantung
  • Ramuan Vivix sangat tinggi antioksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.


Testimoni Vivix


Testimoni Vivix Merawat Stroke

Testimoni Vivix Untuk Penjagaan Kesihatan Keseluruhan

Semoga Bermanfaat! :)


Anda Berminat Dengan Vitamin Shaklee?



Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Skincare Nutriwhite Shaklee

Ani berkesempatan untuk pergi ke Health & Wellness talk Shaklee

Tajuk pada bulan ini adalah Hai Si Jelita

Tapi, ani juga jadi model untuk facial :)

Skincare Nutriwhite Shaklee


Skincare Nutriwhite Shaklee

Korang Taw Tak?

Saintis Shaklee Jepun & Amerika telah membuat kajian selama 3 tahun hanya untuk menghasilkan produk Nutriwhite yang diformulasi khas untuk orang kulit Asia dari bahan semulajadi dan selamat.

Nutriwhite Shaklee


Skincare Nutriwhite Shaklee


Moto kepada rangkaian produk Nutriwhite Shaklee adalah "Kecantikan Sempurna diperolehi daripada alam semulajadi, disempurnakan oleh Sains"

Bahan-bahan yang digunakan dalam produk Nutriwhite kesemuanya dari bahan semulajadi dan bebas kimia



Bahan-Bahan Dalam Rangkaian Produk Nutriwhite Shaklee


Nutriwhite Bertindak Dalam 5 Langkah :


  • Menghalang
Ia melindungi kulit secara aktif daripada kerosakan akibat terdedah kepada sinaran matahari dan juga UV.

  • Mengurangkan
Mengurangkan penghasilan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap dan kusam. Kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri, penggunaan berterusan menjadikan kulit kekal dengan tona yang sempurna.

  • Menyekat
Pigmentasi disekat daripada muncul di lapisan atas kulit sekaligus menghalang kulit dari bertompok.

  • Mencerah
Menjadikan kulit lebih cerah dan tona kulit sekata

  • Memperbaharui
Menanggalkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan liang kulit tersumbat sekaligus menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.


Kelebihan & Kesan Penggunaan Set Kecantikan Kulit Nutriwhite Shaklee


  1. Membantu mengawal keradangan kulit
  2. Pengurangan tompokan pada kulit
  3. Memberi kelegaan kepada kulit
  4. Kulit semakin cerah dan menyelesaikan masalah pigmentasi
  5. Melembapkan kulit dan memelihara kulit dari rosak
  6. Menegangkan dan menyegarkan kulit
  7. Membuang toksin

Rangkaian Produk Set Kecantikan Nutriwhite Shaklee


  • Nutriwhite Gentle Action Make Up Remover
Ia menjadikan kulit lebih licin, lembut dan berseri. Tunas Pokok Bic membantu menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan. Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit. Kulit menjadi lembut, tidak berminyak dan lebih berseri.

  • Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
Membersihkan dan menyegarkan kulit. Rumpai Laut membantu dalam menghilangkan kotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit wajah. Alga Hijau menyahtoksinkan dan melembapkan manakala Strawberry Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen. Lembut dan menyegarkan.

  • Nutriwhite Shooting Radiance Whitening Softener
Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang. Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary. Kudzu menegangkan dan mencerahkan.

  • Nutriwhite Daily Defense Whitening Essence
Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit. Strawberry Begonia untuk mengimbangkan pigmen. Kacang Soya bagi melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam. Mulberi mencegah daripada kerosakan akibat daripada cahaya matahari. Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah. Lembut dan mudah diserap pada kulit.

  • Nutriwhite Spot Whitening Treatment
Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat. Kuasa pencerahan dari Likouris dan Peony amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit. Cat Claws menegangkan kulit. Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit dan kulit lebih halus.

  • Nutriwhite Daytime Whitening Lotion
Licin, kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan dari cahaya matahari. Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap bertindak daripada semua sudut. Melindungi daripada kesan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.

  • Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream
Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur. Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam. Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit. Vitamin C aktif mengurangkan tompok hitam, mengembalikan keserian wajah. Di waktu pagi, kulit terasa gebu, halus, cerah dan berseri.

Testimoni Nutriwhite Shaklee


Testimoni Skincare Nutriwhite Shaklee

Testimoni Skincare Nutriwhite Shaklee


Semoga Bermanfaat! :)


Anda Berminat Dengan Set Kecantikan Nutriwhite Shaklee?


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang


ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
fb@Instagram : LuvHaryani

"Do What You Love"

Wednesday, 20 July 2016

Cara Suburkan Air Mani


Mengikut World Health Organization, Organisasi Kesihatan Sedunia bilangan sperma normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani.

Dan tahukah anda yang sebenarnya bilangan sperma adalah perkara terpenting dalam menentukan tahap kesuburan orang lelaki.

Selain daripada bilangan sperma, motility iaitu keupayaan sel untuk bergerak sendiri dan morfologi iaitu bentuk sperma , isi padu, tahap kepekatan fructose dan pH air mani juga amat di titik beratkan.

Kesuburan Lelaki


Kesuburan Lelaki : Cara Suburkan Air Mani

Bilangan sperma adalah perkara terpenting dalam menentukan tahap kesuburan orang lelaki di samping kualitinya.  


 Antara Penyebab Berlakunya  Kekurangan Bilangan Sperma:


  • Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
  • Alkohol
  • Penggunaan komputer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
  • Merokok
  • Tekanan
  • Obesiti
  • Faktor kesihatan seperti "varicocele", keradangan pada testicles dan prostate, masalah ejakulasi, anti sperm antibodi, tumor, ketidakseimbangan hormon, gluten intoleance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.

3 Cara Bagi Mengelakkan Perkara Yang Boleh Mengurangkan Kesuburan


  • Elakkan Dari Memakai Seluar Ketat
Ia termasuklah seluar dalam yang ketat  juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan . Ada juga kajian yang mengatakan bahawa pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam.

  • Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia Dan Radiasi
Sinaran X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenal pasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur.

  • Elakkan suhu yang terlalu panas
Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur  kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga.

Penggunaan laptop di atas riba juga  boleh dikatakan  mengganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan  terhala ke bahagian sulit lelaki. Lebih elok, letakkan  alas  atau pelapik yang boleh menghalang haba daripada membunuh sperma.

5 Jenis Makanan Yang Boleh Meningkatkan Bilangan Sperma


  • Buah Pisang
Pisang membantu dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain,iaitu sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzim anti-inflamatory semulajadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone.

Buah pisang juga kaya dengan Vitamin B1, A dan C yang turut penting dalam penghasilan sperma yang baik.

  • Bawang Putih
Bawang Putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih mengandungi selenium dan Vitamin B6  penting bagi penghasilan sperma yang sihat.

  • Buah Delima
Buah Delima mengandungi bahan antioksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Ia juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.

Kajian yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health Sciences (2013) membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap  malondialdehyde (MDA) dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.

Pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas dalam badan dan boleh meningkatkan kualiti sperma.

  • Daging Merah
Daging mengandungi zat seperti Zinc yang membantu menghalang radikal bebas daripada menjadi sebahagian dari sperma sekaligus mengurangkan kualitinya. Zinc  membantu testosterone daripada bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurangnya nafsu syahwat.

Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg Zinc setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg setiap hari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

  • Kacang Walnut
Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak Omega 3 (Omega 3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang yang lain.


Supplements Untuk Kesihatan Lelaki & Merawat Masalah Kesuburan


  • Omega Guard
Omega Guard Kesihatan Lelaki & Suburkan Air Mani

Omega Guard Omega 3 bersumberkan minyak ikan. Minyak Ikan sangat diperlukan untuk kesihatan jantung kerana ia memperbaiki level HDL kolesterol dan membawa LDL kolesterol untuk dilupuskan , jadi salur darah menjadi bersih.

Omega Guard Shaklee mempunyai kepekatan DHA & EPA yang tinggi.

  • Vivix
Vivix bertindak melalui 4 langkah iaitu

  1. Membaiki dan melindungi sel
  2. Memberi kesan positif kepada pengawalan genetik
  3. Penghasilan tenaga (motikondria)
  4. Melambatkan penghasilan AGE protein





  • Vitamin E
Vitamin E bantu suburkan air mani

Vitamin E membantu dalam meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel sperma.

Vitamin E Shaklee mengandungi Selenium iaitu bahan berkuasa yang melindungi pembengkakan kanser dan mengekalkan kesihatan salur darah. Ianya juga mampu meningkatkan kesuburan khasnya dalam pergerakan sperma.

  • Zinc Complex
Zinc Complex Suburkan Air Mani

Zinc mempunyai kualiti yang tinggi dalam sperma. Ia membaiki dalam bilangan, bentuk dan juga pergerakan sperma. Ianya juga mampu membantu mengurangkan pembengkakan prostat dan mencegah mati pucuk.


Semoga Bermanfaat! :)


Anda Berminat Dengan Vitamin Shaklee?


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?


Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
fb@Instagram : LuvHaryani


"Do What You Love"

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...