Friday, 22 July 2016

Rahsia Diet 4 Negara

Bila sebut nak kurus, ramai nak kurus dan ani pasti semua sukakan diet yang sihat kan? :)

Umumnya, semua perlukan makanan tetapi bila lapar bukanlah alasan untuk makan apa sahaja yang terhidang kan!

Bagaimana sesetengah negara tertentu, masyarakatnya lebih langsing? Apa yang mereka lakukan ? Jom tengok satu persatu :)

Rahsia Diet 4 Negara


Rahsia Diet 4 Negara

Teruja tak? Ani akan tulis enteri untuk  4 buah negara ini iaitu Perancis, Jepun, German dan China :)

Masakan Perancis


Tahukah korang  bahawasanya bagi Masyarakat Perancis, makanan adalah kesenangan. Mereka akan makan bersama teman, keluarga, berbual dan bercakap tentang keenakan makanan yang di makan. Makanya, ia ambil masa yang lama juga kan? :)

Mereka sangat mementingkan kualiti dan juga kuantiti. Satu yang best, kebanyakan dari mereka pilih untuk makan makanan yang di masak sendiri dari rumah. Mereka sangat titik berat tentang makanan. Bermula dengan pemilihan bahan yang di masak, sehinggalah memasak dan dihidangkan. Semua di titik beratkan.  Bagi mereka, makanan yang berkualiti membuatkan mereka rasa lebih puas dan kenyang lebih lama.Dan..mereka juga takkan menjamah sebarang makanan di luar waktu makan.

Tips nya : Jadikan waktu makan waktu paling penting dalam hidup. Elakkan makan dari luar waktu makan. Elakkan mengunyah masa stress. Gantikan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran takpun ambil supplement B Complex bantu elak stress :)

Jepun : Berhenti Sebelum Kenyang


Selain dari bunga nya yang menarik perhatian Ani, hehe, dalam kerjanya yang serba pantas dan canggih, ketahuilah masyarakat Jepun memerlukan masa yang lama untuk menikmati makanan. Prinsip yang mereka pegang adalah makan secara perlahan setiap kali waktu makan.

Contoh, masyarakat Jepun dalam upacara teh memerlukan masa yang lama untuk menikmatinya. Bermula dengan aroma, tekstur dan rasanya. Bagi mereka, upacara teh melibatkan 5 pancaindera iaitu melihat, mendengar bunyi teh saat di tuang dalam cawan, mengambil, menikmati keharumannya dan akhir sekali kehangatan dan kelazatannya. Rahsia lain berhenti makan setelah 80% kenyang.

Tips : 
  • Makan satu persatu . Bermula dengan sayuran sebagai pengganti salad dan di akhiri dengan lauk dan nasi. Selepas itu, barulah pemanis mulut.
  • Berhenti makan apabila sudah kenyang. Jika sayang lebihan makanan dan tidak mampu habiskan, biarkan seketika, rehat dan sambung makan kembali.
  • Boleh juga cuba makan dengan menggunakan piring yang kecil, agar kuantitinya tidak berlebihan.

Makanan Sihat Ala German


Orang German memulakan hari mereka dengan makanan yang berkhasiat tinggi. Kebiasaannya roti yang dilapisi dengan marjerin, keju atau daging dan akan dilengkapi dengan secawan teh panas, coklat panas atau kopi. Tetapi, kehidupan mereka dah banyak berubah bila ramai yang lebih suka ambil sarapan yang tinggi serat.

Untuk atasi rasa lapar, mereka akan isi masa mereka dengan mengunyah, tetapi pilihan makanan yang sihat dan seimbang seperti sandwich tuna, roti gandum, potongan buah-buahan dan yogurt. Orang German percaya makan makanan yang sihat pada luar waktu makan untuk elak mereka dari makan lebih di waktu malam.

Tips : Jangan lewatkan sarapan dan pilih makanan yang sihat jika terasa ingin mengunyah

Kaya Serat di China


China kaya dengan makanan berbentuk sayur-sayuran, buah-buahan dan juga biji-bijian. Daging hanya dijadikan hiasan pada makanan. Kajian dari Harvard membuktikan bahawa makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran akan menurunkan risiko sakit jantung sehingga 20%.

Rahsia kelazatan makanan China adalah ramuan tumisan bawang putih yang harum. Ramuan tersendiri ini dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser dan bersifat antibiotik.

Tips : Jika rasa janggal dengan lauk yang penuh dengan sayuran, boleh juga makan salad tanpa hiasan :)

Semoga Bermanfaat! :)



Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.Kehadiran Anda amat dialukan.


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...