Sunday, 17 July 2022

Review Buku : The Subtle Art Of Not Giving A Fuck

Sebenarnya ini adalah buku adik saya hihi

 Tapi yelah #1 New York Times Bestseller kan? 

 Maka.. mari kita baca dulu :D 

 THE SUBTLE ART OF NOT GIVING A FUCK


Pada awalnya, saya rasa nak berhenti je baca buku ni sebab awalnya banyak sangat perkataan f***. Yang sememangnya saya sangatlah tak suka perkataan begini huhu 

Tapi, jangan cepat menilai sebab Masyaa Allah makin lama intinya makin bagus! Best taw!!

A counterintuitive approach to living a good life! 

 A BOOK ABOUT HOPE 

 Buku ini mengatakan bahawa hidup manusia memang perlukan masalah. 

Jika tiada masalah, orang tu sendiri yang akan create masalah, dirinya bermasalah dalam erti kata lain dia punca kepada masalah huhu 

 Masa ni saya terus teringat benarkan hidup di dunia ini tempat ujian? SubhanAllah :)

Bertanggungjawab juga kepada apa saja yang terjadi dalam hidup kita walaupun ianya bukan berpunca dari kita. Aik macam mana tu? Masalah boleh jadi dalam 2 keadaan. Yang pertama memang dari kita dan yang kedua ianya terjadi bukan asalnya dari kita

Sebagai contoh, kita bangun pagi tengok-tengok di hadapan pintu rumah kita ada baby. Adakah salah kita? Tidak.. tetapi apakah tindakan kita selepas itu?

Orang yang lari dari masalah, lepaskan kepada orang lain, sebenarnya lagi banyak masalah yang timbul. Bukan kah ujian itu mendewasakan? :)

Accepting responsibility and embracing rejections

Ha.. nak tahu lebih lanjut kenalah baca buku ni. Banyak sangat inti yang mengubah fahaman, memberikan ilmu yang lebih mendalam. 

Bila rejections, kita mudah fikir apa salah kita.. kan? Tapi.. sometimes ianya ada 1001 hikmah yang tersembunyi. Bila anda frustrating on something, buku ni boleh menukar cara pemikiran anda Insyaa Allah , kena baca!

Wahyu pertama : Iqra 

 Semoga Bermanfaat! 

 Anda Berminat Dengan Shaklee ?
Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri. Hubungi saya Haryani jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan. 

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642 
fb/instagram/tiktok : LuvHaryani 
Shaklee ID :1073895 

 "Do what you love"

No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...