Friday, 30 November 2018

Aisyah : Wanita yang MENGUTAMAKAN TUHAN

Entri sebelum ini saya ada share tentang perkongsian Datuk Profesor Dr Muhaya di dalam Konvensyen Aura Wanita AWAQ 2.0

Kali ini, perkongsian daripada Ustazah Nazirah perihal Aisyah ra, isteri Nabi SAW

Banyak yang boleh dipelajari daripada kisah Aisyah 

Aisyah : Wanita yang MENGUTAMAKAN TUHAN


Aisyah

Perkongsian Ustazah Nazirah adalah tentang tadabbur Surah An-Nur berkenaan Saidatina Aisyah ra

Ayahnya Aisyah ra ialah Abu Bakar dari Bani Tayim iaitu kabilah yang sangat menjaga maruahnya dan sangat dermawan

Apa yang ALLAH beri pada kita seharusnya kita bersyukur, Alhamdulillah

Ibu Saiditina Aisyah ialah Ummu Ruman dari Bani Kinanah, keturunan yang baik

Lelaki nak cari pasangan ada 4 panduan iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama. Pilihlah beragama nescaya kamu beruntung

Perempuan nak terima jodoh (hadis) redha dengan agamanya, redha dengan akhlaknya

Aisyah usia 18 tahun ketika Rasulullah SAW wafat. Aisyah menjanda selama 45 tahun.

Aisyah satunya wanita yang berkahwin ketika anak dara. Aisyah Nabi SAW cintai. Aisyah orangnya cerdas dan cantik. Rasulullah meninggal dirumahnya. Ayat Al-Quran turun untuk membersihkannya dari fitnah. Aisyah kaya dengan ilmu dan ingatan mindanya (pakar fiqh, tafsir, hadis, perubatan, syair)

Lelaki tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak. Perempuan menjaga kesuciannya

Fitnah boleh tersebar daripada kelompok kita juga. Kisahnya pengundian isteri-isteri untuk mengikut Nabi SAW ke medan perang. Terjadi ketika pulang dan sudah menghampiri Madinah

Aisyah naik tandu, Aisyah keluar memenuhi hajat, selesai patah balik pada rombongan, pegang dada perasan kalungnya (rantai) hilang, patah balik..depa dah jalan

Aisyah orangnya kurus, makannya sedikit jadi orang tak perasan dia tiada. Aisyah tunggu dengan harapan ada orang cari dia dan berpatah balik. Takdir ALLAH, Safwan terlihat Aisyah. Aisyah naik unta Safwan. Bertemu dengan rombongan yang tertinggal dan tersebarlah fitnah dari Abdullah bin Ubay.

Sampai Madinah, Aisyah sakit selama sebulan. Dia tahu bila Aisyah keluar bersama Ummu Misthoh

Aisyah balik rumah menangis tak berhenti siang dan malam, datang Nabi SAW duduk disampingnya dan bicara dengannya (Aisyah minta ayah dan ibunya menjawab) nak harapkan belas kasihan. Abu Bakr "wahai puteriku, aku tiada jawapan kepada persoalan itu. Aisyah minta pada Ibu : "wahai puteriku, aku tiada jawapan apa-apa

Rintihan, Katanya Aisyah


Aku adalah seorang perempuan yang masih belia. Demi ALLAH, aku tahu bahawa kalian telah mendengar berita ini sehingga kalian simpan di dalam hati dan kalian membenarkannya. Makanya, jika kukatakan kepada kalian bahawa aku bersih dari tuduhan tersebut ALLAH Maha Mengetahui bahawa aku bersih dari tuduhan tersebut, maka kalian tidak mempercayaiku. Dan jika aku mengakui sesuatu yang ALLAH SWT mengetahui bahawa aku terbebas darinya, malah kalian sungguh-sungguh mempercayaiku. Demi ALLAH, aku tidak menjumpai pada diriku dan diri kalian suatu perumpamaan selain sebagaimana yang dikatakan oleh Nabi Yusuf as

"Maka hanya sabar yang baik itulah yang terbaik (bagiku). Dan kepada ALLAH saja memohon pertolongan Nya terhadap apa yang kamu ceritakan" (Surah Yusuf : 18)

Pergantungan Aisyah pada ALLAH


Waktu tu pergantungan Aisyah pada ALLAH semata.Bila orang fitnah, pertahankan diri ketika benar

Tiba-tiba Nabi SAW berpeluh (turun wahyu). Nabi SAW senyum dengan senyuman yang paling gembira.

Abu Bakr putuskan untuk tidak memberi bantuan kepada Musthoh (Surah An-Nur : 22) aku maafkan Musthoh dan aku terus memberi bantuan kepada Musthoh

Perempuan jaga 4 benda iaitu jaga solat,puasa, maruah diri dan suami, taat kepada suami (masuklah syurga yang kamu nak) pilihlah pintu mana..ALLAHU

Kadang-kadang apa yang kita sangka buruk, perkara baik baginya

Fitnah terbesar zaman sekarang adalah fitnah media sosial

3 Tips untuk menjadi orang yang sabar


3 tips untuk menjadi orang yang sabar, fizikal, emosi kental adalah dengan :
  • Ilmu (pilih pasangan lelaki/perempuan berilmu)
  • Tindakan (bertindak menjadi orang yang sabar)
  • Berdoa
Rasulullah kahwin dengan Khadijah : 21 ekor unta merah

Doa tak makbul? check tengok sumber mana yang kamu makan dan specific doamu

Jodoh, rezeki Tuhan tak pernah salah alamat

Tiada istilah bergaul mesra dengan lelaki tetapi menjaga maruah sebab baik dengan suami..suami siapa?suami orang. Isteri siapa? isteri orang

Jangan kamu mendekati zina. Jadi zina sebab ada mukadimahnya

Kebahagiaan paling menyeronokkan adalah akhirnya kita diuruskan oleh orang yang dicintai.

Nabi SAW wafat dipangkuan Aisyah

Baik keluarganya kerana baiknya Ibu

Nabi SAW kata ajarkanlah wanita kamu dengan Surah an-Nur

Semoga Bermanfaat!


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Hana Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Hana Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do what you love"

No comments:

Post a Comment

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...