Saturday, 26 August 2017

Pandangan Doktor Pakar Tentang Shaklee

Secara umum, ani rasa semua tahu Shaklee diasaskan oleh Dr Forrest C Shaklee

Seorang doktor yang ada kisahnya bagaimana terbinanya Shaklee 

Shaklee Sentiasa Selamat. Sentiasa Berkesan & Sentiasa Mesra Alam

Pandangan Doktor Pakar Tentang Shaklee

Produk Nutrisi Shaklee

Dr. Christiane Northrup, M.DA


Author of "Health Wisdom for Women"

"..states that Shaklee Vita-Lea is the best pre-natal vitamin she has found. She never has problems with her patients becoming anemic like many of her colleagues do. The cost of Vita-Lea (1 with breakfast and 1 with the evening meal) is 28 cents, a small price to pay for so much nutritional insurance. "It is so important for adults and children to take a Vita-Lea (multi) tablet twice a day in order to fill in the gaps in the diet and to give your body everything it needs for healing and repair (which takes place while you sleep). People who think they eat "very well" are surprised to find out that minerals and trace minerals are very low in supermarket foods, due to early harvesting, transporting and storage

Of all the vitamins on the market, Shaklee supplements are different. Vita-Lea is made primarily from organically-grown vegetable sources, cold-processed to preserve enzymes, and contains exactly what the label states. Not only that, all Shaklee supplements are clinically tested to make sure that what is on the label is actually absorbed"

Dr Steve Chaney

Dr Steve Chaney

PHD Professor of Nutrition, Biochemistry & Bio physiology University of North Carolina Medical School

"One of the biggest mistakes people make is taking inexpensive vitamins. Mail order vitamins offering fantastic "deals" are worth just about what you pay for them. NEVER buy these vitamins or supermarket/pharmacy brands without checking them out first. Cut-rate products offer contain additives, food allergens, sugar, artificial food coloring and flavoring. Many are coated with shellac or contain potentially hazardous chemicals like chlorine. Shaklee performs up to 176 seperate tests for purity, freshness, potency and safety on the raw ingredients for a single product. Products undergo as many as 262 separate quality assurance tests throughout the manufacturing process as well. In addition, all product label claims have documented substantiation" 


Dr Annette Dickinson


PHD Council for Responsible Nutrition

"You need to select a manufacturer that you can trust. Unfortunately, there are some unscrupulous entrepreneurs out there who will try anything and who are marketing street drug knock-offs or recreational drugs under the name of dietary supplements. One of our biggest problem today is that there are some small manufacturers on the fringes of the industry who make products that don't meet necessary standards and give a black eye to the whole industry. Quality companies like Shaklee Corporation, are making a stand for quality products and for truthful information and we believe that is very important

FOROUS ERTL Botanicals International

One of the world's leading suppliers of raw materials to major manufacturers world-wide

Shaklee has some rigorous standards that they actually initiated in the industry, Shaklee is definitely our pickiest and most strict customer. They are very demanding, and they have specifications set by our other customers. I think a lot of customers, price is an issue when they are choosing botanicals, but I wish they had the awareness about the quality of the botanicals and the quality of the brand before they make their decisions. I tell my friends, that if they want to buy quality of the botanicals and the quality of the brand before they make their decisions. I tell my friends, that if they want to buy quality, they have to buy Shaklee.

Credited to Health is A Lifestyle Choice by Denise Curran yang sudah 15 tahun berShaklee

Saintis Shaklee Bekerja


Semoga Bermanfaat!

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday, 24 August 2017

Ikhtiar Sakit Tumit & Tapak Kaki Dengan Shaklee

Ani ada pengalaman beberapa customers yang mencari vitamin shaklee untuk sakit tumitnya

Ani faham, sakit tumit sangat mengganggu pergerakan dan perjalanan aktiviti seharian

Sakit, nak berborak, mood juga terganggu..

Sakit Tumit @ Tapak Kaki


Sakit Tumit & Tapak Kaki

Sakit tumit sebenarnya adalah disebabkan oleh keradangan pada tisu di bahagian tapak kaki atau nama lain dalam perubatan "Plantar Fascitis"

Plantar bermaksud tapak kaki manakala fascilitis merujuk kepada radang pada fascia (tisu) di bahagian tapak kaki

Punca Sakit Tumit & Tapak Kaki

  • Tekanan pada saraf bahagian tapak kaki
  • Proses penuaan sebab lapisan lemak & tisu mula mengecut
  • Kecederaan tulang seperti retak
  • Berdiri terlalu lama
  • Aktiviti senaman berlebihan
  • Radang sendi (arthritis) berdekatan dengan Plantar Fascia
  • Pakai kasut yang tak sesuai (especially tumit tinggi)
  • Gaya jalan tak normal

Kenapa sakit kaki @ tumit menyerang pada waktu pagi?

Semasa kita tidur, otot, tisu dan tapak kaki kita dalam keaadaan rehat, otot di betis dan fascia tapak kaki memendak dan kekal dalam posisi tersebut dalam beberapa jam

Bila bangun pagi dan letak tapak kaki ke lantai, bila kita pijak je, adanya tekanan daripada berat badan yang menyebabkan tisu pada fascia terkejut dan regang secara tiba-tiba. Ia menyebabkan tisu tersebut cedera dan mungkin akan luka.

Bagaimanapun, tisu akan mula regang sedikit demi sedikit bila kita terus menapak menjadi kurang tegang dan sakit juga makin berkurangan

Tips Masalah Sakit Tumit & Tapak Kaki Dari Berulang

  1. Elakkan berdiri atau berjal;an dalam tempoh yang lama
  2. Rehatkan kaki secukupnya
  3. Buat sedikit regangan tapak kaki sebelum tidur dan bangun dari tidur supaya otot tak terkejut
  4. Gantikan aktiviti riadah seperti berjoging kepada berenang atau berbasikal
  5. Gunakan penyokong tapak kaki dalam kasut
  6. Pilih kasut yang punya tapak lembut & selesa
  7. Pakai sarung kaki sebab suhu sejuk menyebabkan urat serta otot di kaki semakin tegang
  8. Rendamkan kaki dengan air suam untuk kurangkan ketegangan
  9. Ambil sebotol air sejuk dan golekkan pada tapak kaki untuk kurangkan tegang otot
  10. Ambil sipplement untuk kurangkan risiko sakit tumit dan tapak kaki

Sakit Tumit & Tapak Kaki Dengan Shaklee

  • Omega Guard
Omega Guard Sakit Tumit & Tapak Kaki Dengan Shaklee

Omega Guard membantu mengurangkan rasa sakit dan radang pada tisu dan otot kaki sakit

  • Ostematrix
Ostematrix Sakit Tumit & Tapak Kaki Dengan Shaklee

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium yang baik untuk menguatkan tulang dan mampu untuk mengelakkan dari risiko tulang retak dan rapuh

Testimoni Sakit Tumit & Tapak Kaki Dengan Shaklee


Ikhtiar Sakit Tumit Dengan Shaklee

Ikhtiar Sakit Tumit Dengan Shaklee

Semoga Bermanfaat!

Anda Berminat Dengan Vitamin Di Atas?

Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
facebook@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"


Friday, 18 August 2017

Beza Vitamin Sintetik, Vitamin Organik Dan Vitamin Semulajadi

Dulu, ani ingat semua vitamin sama

Vitamin makanan tambahan penting untuk lengkapkan nutrient yang tiada atau hilang pada tubuh

Rupanya vitamin ada pelbagai jenis dan sangat berbeza

Beza Vitamin Sintetik, Vitamin Organik Dan Vitamin Semulajadi


Beza Vitamin Sintetik, Vitamin Organik Dan Vitamin Semulajadi
Sangat penting untuk kita tahu jenis vitamin apa yang kita ambil untuk tubuh sama ada ianya Vitamin Sintetik, Vitamin Organik dan Vitamin Semulajadi

Dan ianya sangat-sangat berbeza

Perbezaan Vitamin Sintetik, Organik & Semulajadi

 

Kata-Kata Dr Steve Chaney

 

Dr Steve Chaney, PHD
University of North Carolina Medical School

" One of the biggest mistakes people make is taking inexpensive vitamins. Mail order vitamins offering fantastic "deals" are worth just about what you pay for them. Never buy these vitamins or supermarket/pharmacy brands without checking them out first. Cut-rate products often contain additives, food allergens, sugar, artificial food coloring and flavoring.

Many are coated with shellac or contain potentially hazardous chemicals like chlorine. Shaklee performs up to 176 seperate tests for purity, freshness, potency and safety on the raw ingredients for a single product. Products undergo as many as 262 seperate quality assurance test throughout the manufacturing process as well. In addition, all product label claims have documented substantiation"

Dr Steve Chaney

Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

" Do What You Love"

Monday, 14 August 2017

Resepi ESP Pisang Dan Jus Minuman Untuk Darah Tinggi Mama.

Petang semalam, sebenarnya ani ada blend ESP dan pisang, so nyummy

Dah siap, mama pun kata blend lah mama punya sekali

Tara.. dapat 2 resepi untuk dikongsikan hari ni insyaa ALLAH

Resepi ESP Pisang & Minuman Untuk Darah Tinggi Mama

Resepi ESP Pisang & Jus Minuman Untuk Darah Tinggi Mama
yang hijau mama punya, ani yang seakan warna soya tu!

Resepi ESP + Pisang

Ani pernah buat 2 kali resepi pisang ni. Satu ani guna pisang restali, satu ani guna pisang lemak manis. Ani suggest guna pisang restali. Sedap!

Resepi 
3 sudu ESP
2 biji Pisang Restali
Air
Ais

Caranya blend, minum sejuk sedap sangat!

Resepi Jus Minuman Untuk Darah Tinggi Mama

Resepi ni Doktor yang bagi kat mama, makanya mama memang suka minum air ni.

Resepi
Timun
Epal Hijau
Daun Saderi
Air

Caranya blend dan minum. Selain itu juga, mama ada ambil vitamin Omega Guard untuk tekanan darah tingginya 

Kebaikan ESP Shaklee

  • Milkbooster
  • Bantu memudarkan parut
  • Diet yang mengenyangkan
  • Kawal kolesterol
  • Memberi tenaga
  • Membantu masalah kesuburan
  • Kulit cantik, halus, gebu & berseri
  • Baik untuk jantung & prostat

Semoga Bermanfaat! :)


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Friday, 11 August 2017

Shaklee 100 Tahun

Shaaklee lebih berusia dari ani!

Banyak sangat bezanya hoho

100 Tahun, Shaklee mendahului masa, cipta inovasi melalui sains dan menggunakan alam semulajadi sebagai yang utama, dan kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita

Shaklee 100 Tahun

Vitamin Shaklee 100 Tahun

  • 1915
Dr Forrest C. Shaklee menghasilkan Vitalized Minerals
  • 1956
Dr. Shaklee mengasaskan syarikat berdasarkan falsafah Living in Harmony with Nature yang komited untuk membangunkan produk yang dapat memperbaiki kesihatan orang ramai dan planet ini
  • 1960
Shaklee memperkenalkan Basic H Concentrated Organic Cleaner, pembersih terbiodegradasi pertama bebas toksik
  • 1961
Dr.Shaklee mencipta Instant Protein, formula pertama pengasingan protein soya.
  • 1972
Shaklee memperkenalkan Basic L, salah satu sabun basuh pakaian terbiodegradasi pertama tanpa fosfat, nitrat atau borat
  • 1981
Shaklee memperkenalkan sistem penghantaran pelepasan-berterusan berasaskan tumbuhan untuk Vitamin C
  • 1983
Rakyat Amerika pertama mendaki Gunung Everest tanpa bekalan oksigen diperkasakan oleh nutrisi Shaklee
  • 1986
Penerbangan tanpa henti pertama mengelilingi dunia oleh Voyager dikuasakan oleh nutrisi Shaklee

Shaklee menyediakan sokongan kewangan dan produk untuk rakaman ekspedisi pertama menggunakan anjing peluncur ke Kutub Utara, diketuai oleh pemenang anugerah National Geographic, penjelajah kutub, pengarang dan pendidik Will Steger
  • 1987
Shaklee dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society untuk menyediakan produk pembersih mesra alam untuk kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Calypso dan Alcyone

Penerbangan menggunakan kuasa manusia paling lama, sejauh 72 batu merentasi Lautan Aegean dan dinamakan Projek Daedalus, dikuasakan oleh Shaklee Performance
  • 1989
Shaklee membantu membina sekolah dan klinik kesihatan, dan menanam lebih 1 juta pokok di Asia melalui perkongsian bersama American Himalayan Foundation, sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Sir Edmund Hillary
  • 1990
Basic H bebas toksik dan terbiodegradasi dipilih sebagai salah satu produk rasmi Hari Dunia
  • 1991
Produk barangan rumah dan penjagaan peribadi Shaklee dipilih untuk digunakan dalam Projek Biosphere 2 di Arizona

Shaklee memperkenalkan Basic D, salah satu sabun untuk mesin pembasuh pinggan automatik pertama yang bebas fosfat
  • 1992
Shaklee Cares sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan untuk menyediakan bantuan akibat malapetaka alam seperti tornado dan taufan, di mana tahap kemusnahannya telah diperburukkan lagi oleh perubahan iklim
  • 1993
Shaklee membangunkan dan membekalkan NASA dengan minuman penghidrat semula khusus untuk angkasawan Shuttle yang dinamakan Astro-Ade, yang masih digunakan sehingga kini
  • 1996
Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi enam pingat emas di Atlanta
  • 1998
Shaklee memperkenalkan Enfuselle- salah satu jenama penjagaan kulit pertama berasaskan nutrisi disokong oleh 7 paten dan kajian klinikal bernilai $1 juta dolar
  • 2000
Shaklee membuka Ibu Pejabat Dunia miliknya, salah satu bangunan hijau, jimat tenaga, pemenang anugerah yang direka menggunakan bahan lestari, termasuk kayu yang diperolehi secara lestari, karpet kitar semula dan plastik kitar semula

Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia mendapat pensijilan neutral-iklim dan mengimbangi sepenuhnya perlepasan karbonnya, menghasilkan impak bersih sifar ke atas alam sekitar.
  • 2002
Shaklee menerima Climate Protection Award daripada Environmental Protection Agency
  • 2003
Shaklee memperkenalkan Minerelles, salah satu jenama kosmetik pertama semulajadi berasaskan mineral
  • 2004
Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi 15 pingat emas di Athens, Greece

Roger Barnett dilantik sebagai Pengerusi dan CEO
  • 2005
Shaklee memperkenaalkan salah satu interferon pertama-formula pemangkin imuniti -Nutriferon
  • 2006
Pasukan Ski AS dan Luncur Papan Salji AS, atlet yang dikuasakan oleh Shaklee, memenangi 10 pingat di Olimpik Musim Sejuk 2006 di Turin, Itali

Shaklee mengadakan persidangan neutral-karbon pertama di San Fransisco

Dr. Wangari Maathai, pemenang anugerah Keamanan Nobel 2004, menjadi Duta Global kempen Sejuta Pokok. Sejuta Impian Shaklee (Shaklee A Million Trees. A Million Dreams)

Shaklee memperkenalkan jenama penjagaan rumah yang selamat dan semulajadi yang dinamakan Get Clean
  • 2007
Shaklee menjadi syarikat pertama didunia yang mengimbangi perlepasan karbonnya dengan menyediakan tenaga lestari untuk menjana elektrik di kampung-kampung di Afrika dengan usahawan Earth Institute di Colombia University

Shaklee menerima pujian daripada bekas Presiden Bill Clinton dan diiktiraf oleh Clinton Global Initiative untuk kepimpinan dalam mengimbangi perlepasan karbon dengan menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di Afrika

Shaklee memperkenalkan Vitalizer dengan sistem penghantaran perintis dan ekslusif yang terbukti secara klinikal untuk membentuk asas yang membantu menjadikan kehidupan yang lebih panjang dan lebih sihat

Shaklee diberi penghormatan oleh Global Green USA dan menerima Organizational Design Award untuk peranan kepimpinannya dalam melaksanakan perubahan alam sekitar yang positif

Kajian terbesar pengguna jangka panjang supplemen., dilakukan dengan kolaborasi bersama penyelidik dari UC Berkeley School of Public Health, mendapati mereka yang mengambil supplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali

  • 2008
Shaklee menerima Anugerah Stevie untuk Best Corporate Environmental Responsibility Program dan American Business Awards

Shaklee melancarkan Tru-Infinity pelan pampasan pertama sedang dipatenkan untuk memberi ganjaran melalui infiniti sebenar

Pekatan Get Clean Basic H dan Dish Wash Shaklee memenangi Seal of Approval PTPA (Parent Tested Parent Approved) Media Inc

Shaklee memperkenalkan Vivix dihasilkan secara saintifik untuk Memperlahankan Penuaan di Peringkat Selular

Shaklee dinamakan dalam senarai Top 20 Retail Partner oleh EPA Green Power Partnership
  • 2009
Roger Barnett diberi penghormatan dengan anugerah Clean Air Award daripada Breathe California sebagai mengiktiraf sumbangan Shaklee Corporation untuk mengurangkan kesan pemanasan global dan memperbaiki kualiti udara

Shaklee diberi penghormatan dengan Business Environmental Award for Sustainability daripada Acterra: Action for a Healthy Planet

Shaklee diberi penghormatan daripada dengan Green Power Leadership Award daripada U.S Environmental Protection Agency

Shaklee mencapai matlamat EPA Climate Leaders dengan pelepasan gas rumah hijau bersih sifar dari 2006-2013
  • 2010
Shaklee dinamakan sebagai Industry Innovator oleh Climate Courts untuk kepimpinan syarikat dalam melaksanakan tindakan sukarela untuk menangi perubahan iklim

Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi 22 pingat di Vancouver, Kanada
  • 2012
Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi tujuh pingat di London
  • 2013
Shaklee memperkenalkan Shaklee 180, cara baru bagi menurunkan berat badan dengan betul-lemak, bukan otot-pelajari cara untuk mengelakkan penambahan semula berat badan
  • 2014
Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi 10 pingat di Sochi, Russia

Shaklee memperkenalkan MindWorks, penemuan terkini dan termaju dalam sains otak

  • 2015
Shaklee membuka Dr Forrest C.Shaklee Innovation Center, menyediakan ruang untuk penemuan saintifik selama 100 tahun lagi

Komisyen Shaklee seluruh dunia berjumlah $7 billion

Shaklee Life Plan diperkenalkan, pelan nutrisi harian paling menyihatkan didunia ini

Semoga Bermanfaat!

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri

Hubungi saya, Ani Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Apa Keistimewaan Omega Guard Shaklee?

Korang Tau Tak?

Asid Lemak Omega 3 tidak boleh dihasilkan oleh badan

Ia mengandungi DHA & EPA, juga bertindak sebagai antiinflamation

Apa Keistimewaan Omega Guard Shaklee?


Keistimewaan Omega Guard Shaklee

Asid lemak Omega 3 paling sihat antara semua menyokong setiap sel. Omega membantu mengurangkan keradangan, menurunkan tahap trigliserida dan tekanan darah juga bantu kekalkan peredaran darah. Omega adalah daripada minyak ikan. Tahukah anda Omega membantu dalam mengurangkan hormon stress? Ianya membantu dalam mengawal perasaan :)

Manfaat Omega Guard Shaklee

  • Omega membantu untuk minda. 
Otak kita ada 60% lemak. Bagi sesiapa yang blur, sebenarnya neuron tak mencukupi.Ambil Omega Guard 
  • Parkinson & Alzhamier sebenarnya badan kekurangan Omega 3
  • Baik untuk sendi. 
Omega membantu mengurangkan antiinflamasi
  • Bagi perkembangan baby jantung anggota pertama yang mula dibentuk
Jantung - otak-saraf > penting untuk pengambilan Omega , kaya dengan DHA & EPA
  • Menyokong kesihatan kulit
Ia membantu melambatkan kedutan, elok di ambil Omega untuk kulit kering dan kurangkan keradangan sebelum jerawat berlaku.
  • Ia membantu untuk sistem imun 
Ia meningkatkan fungsi Sel B iaitu menghasilkan antibodi
  • Ia membantu untuk kesihatan mata
Omega membantu mengelakkan mata kering dan membantu pengeluaran cecair intraocular dalam mata
  • Ia menggalakkan kesihatan prostat
Mengurangkan risiko prostatitis iaitu prostat yang bengkak
  • Meningkatkan kesihatan sperma
Omega memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid membentuk struktur membran sel.

Omega Berkualiti Tinggi

  • Syarikat yang berkualiti
  • Tulen & Selamat
  • Kemampanan
  • Ikan Kecil

6 Sebab Kenapa Pilih Omega Guard Shaklee?

  • Minyak ikan bergred farmaseutikal
  • Penyulingan molekul 3 berperingkat
  • Kepekatan tinggi : EPA & DHA
  • 7 spektrum lengkap asid lemak omega 3
  • Kurangkan rasa & bau yang hanyir
  • Diiktiraf oleh friends of sea

Semoga Bermanfaat!

Anda Berminat Dengan Omega Guard Shaklee?


Klik Di Sini Untuk Pesan Sekarang

ATAU

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Thursday, 10 August 2017

Terjemahan Surah As Sajdah, Al Mulk dan Al Waqiah

Sebenarnya ani ada tengok satu video

Ustaz Ismail Kamus kata sebelum tidur amalkan baca Surah As Sajdah, Surah Al Mulk dan Surah Al Waqiah

Ani pun cari terjemahan, bagusnya terjemahan setiap ayat, sungguh!

Terjemahan Surah As Sajdah

Ayat Al Quran

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

1. Alif, Laam, Miim

2. Diturunkan Al-Qur'an ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam

3. (Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan, " Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.

4. Allah Tuhan yang menciptakan langit dari bumi serta segala yang ada diantara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah, oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredhaanNya)?

5. Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya, (bagi melaksanakan tadbirNya itu, Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi, kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.

6. Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

7. Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah

8. Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang

9. Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya, roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

10. Dan mereka (yang kafir) itu berkara, "Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu? Betulkah demikian?' (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya

11. Katakanlah (wahai Muhammad), "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".

12. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

13. Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman) : " Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: "Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".

14. (Lalu dikatakan kepada mereka. "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".

15. Sesunggunya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

16. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya), dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.

17. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

18. (Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)

19. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

20. Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka, tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka : "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".

21. Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.

22. Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya), sesungguhnya Kami tetap membalas.

23. Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al Qurn kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya, dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.

24. Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

25. (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain tu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

26. Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu) : bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu menngandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?

27. Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?

28. Dan mereka bertanya : "Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?"

29. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)".

30. Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka), sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu)

Terjemahan Surah Al Mulk

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

1. Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

2. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu),lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

3. Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis, engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan-(mu)-dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

4. Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)

5. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang

6. Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah sebutuk-buruk tempat kembali

7. Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak

8. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali di campakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka : "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"

9. Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!"

10. Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

11. Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

12. Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan mereka, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

13. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

14. Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

15. Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

16. Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya dilangit itu : menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta (melenyapkan kamu dibawahnya)?

17. Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya dilangit itu; menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu, maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

18. Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

19. Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

20. Bahkan siapa dia yang menjadi tenteraa bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

21. Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran)

22. Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya : boleh mendapat hidayah-atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

23. Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".

24. Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan."

25. Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"

26. Katakanlah (wahai Muhammad): 'Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".

27. Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka) : "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!"/

28. Tanyalah (wahai Muhammad kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

29. Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".

30. Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu,sekiranya air kamu hilang lenyap (ditelan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?"

Terjemahan Surah Al Waqiah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

1. Apabila berlaku hari kiamat itu,

2. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya

3. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)

4. (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncaanagan

5. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya

6. Lalu menjadilah ia debu yang berterbangan

7. Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya)

8. Iaitu puak pihak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

9. Dan puak pihak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

10. Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia)- yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya diakhirat kelak)

11. Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah)

12. (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat

13. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu

14. Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian

15. (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata

16. Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan

17. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka

18. Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir

19. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya

20. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih

21. Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini

22. Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya

23. Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya

24. (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan

25. Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa

26. Mereka hanya mendengar ucapan: "Selamat! Selamat!' (dari satu kepada yang lain)

27. Dan puak kanan- alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

28. Mereka bersenang-lenang diantara pohon-pohon bidara yang tidak berduri

29. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya

30. Dan naungan yang tetap terbentang

31. Dan air yang sentiasa mengalir

32. Serta buah-buahan yang banyak

33. Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya

34. Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya

35. Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa

36. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)

37. Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya

38. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

39. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu

40. Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian

41. Dan puak kiri - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?

42. Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

43. Serta naungan dari asap hitam

44. Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan

45. Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan)

46. Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar

47. Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkan kita akan dibangkitkan hidup semula?

48. "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)?"

49. Katakanlah (kepada mereka) : "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian

50. "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum

51. "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

52. Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum

53. "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,

54. "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

55. "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas"

56. Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

57. Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada-wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat)

58. (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

59. Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

60. Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) diantara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan

61. (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya

62. Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak)

63. Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

64. Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

65. Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah) maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal

66. (Sambil berkata) : "Sesungguhnya kami menanggung kerugian

67. "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)"

68. Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

69. Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

70. Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur

71. Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?

72. Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya,atau Kami yang menumbuhkannya?

73. Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir

74. Oleh yang demikian- (wahai orang yang lalai)- bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu)

75. Maka Aku bersumpah : Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al Quran

76. Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya-

77. Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan)

78. Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara

79. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci

80. Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam

81. Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al Quran ini?

82. Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

83. Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya

84. Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya

85. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat

86. Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami)

87. Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?

88. Kesudahannya; jika ia (yang mati itu) dari orang-orang "Muqarrabin"

89. Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran,serta Syurga kenikmatan

90. Dan jika ia dari puak kanan,

91. Maka (akan dikatakan kepadanya): "Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan"

92. Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat

93. Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak

94. Serta bakaran api neraka

95. Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini

96. Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar

**
Baca terjemahan, Masya ALLAH. Betulkan elok baca sebelum tidur :)


Semoga Bermanfaat! :)

Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani, 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instaagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...