Thursday 13 April 2017

Impian Ani Sebagai Anak Dan Hamba NYA

Setiap orang pasti ada impian. 

Manusia itu adalah khalifah, hidup perlu ada tujuan

Dan pastinya ani, sebagai anak, sebagai hambaNYA

Impian Ani Sebagai Anak Dan Hamba NYA


Impian Ani Sebagai Anak Dan HambaNYA

Sebagai  anak, ani nak capai hajat mama, hafal Al-Quran, memang ani tahu tak mudah, mahu makan masa bertahun-tahun,  tapi kalau usaha sikit-sikit, in syaa ALLAH, jika itu hajatnya, kenapa ani tak cuba?

Jika ajal jemput pun, ani tahu ani sedang berusaha,jadi ani tak kecewa in syaa ALLAH

Lagipun benda tu adalah perkara yang baik, mana tahu boleh membantu di sana. Untuk sekarang, ani melazimi baca ayat-ayat NYA, tadabbur,dengar banyak kali, biar selalu dengar, nanti ani perasan tak perasan eh boleh baca ayat ni, in syaa ALLAH

Dalam masa sama, ani nak jadi anak yang baik, wanita yang baik, anak yang solehah doanya membantu bila mereka tiada kelak in syaa ALLAH. Kena perbaiki diri

Kurang ani, baiki sedikit demi sedikit, in syaa ALLAH.

Sebagai hambaNYA,ani nak jadi hambaNYA yang baik, yang DIA redha, ani nak redha DIA sungguh! ,andai semua manusia pergi dari ani, ani tahu ani ada DIA,. ani selalu kata tu, ani kuat sebab ada DIA. ani nak syurga NYA. Tapi, nak semua tu kenalah kuat, kenalah dengan DIA.

Kalau hal sikit dah goyang, tengok Palestin, hilang anak, hilang isteri, hilang suami, hilang rumah, hilang segala-galanya tapi Al-Quran tak tinggal, masih boleh lawan berdiri dengan penuh semangat (ini ayat ani selalu kata pada diri)

Sebelum ani meninggal pun ani ada impian ni, ani bebas hutang, ani tak nak roh tergantung. Maka bekerjalah secara jujur, in syaa ALLAH rezeki berkat . Meninggal dalam husnul khatimah in syaa ALLAH, Aamiin

Nak redha DIA, in syaa ALLAH

Kerja betul-betul biar rezeki berkat senang serap ilmu,baik untuk keturunan, solat awal waktu, bayar zakat, mak ayah jangan lupa, tutup aurat, jaga maruah, in syaa ALLAH
Kita sama-sama jadi hambaNYA yang baik, in syaa ALLAH

Semoga Bermanfaat! :)


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Bagi Penjimatan Berganda

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, Saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amatlah dialukan.

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Ani Haryani
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895

"Do What You Love"

No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...