Saturday, 2 January 2016

Permulaan Tahun Baru 2016 Di Broga Hill


2016 membawa semangat baru untuk sentiasa bersama dengan blog LuvHaryani. Giteww~


Pembuka 2016 memang kami dah plan untuk mendaki Puncak Broga bersama-sama.

Hajat di hati nak naik sekali Gunung Tok Wan, namun bak kata kawan Ani, kalau dah panjat Gunung Tok Wan, Ani dah tak nak naik Broga lagi hihi

01.01.16 Mendaki Puncak Broga Bersama Mereka

Pendakian bersama mereka di Broga Hill
Alhamdulillah atas kenangan ini


Kenangan ini kenangan kami bertiga. Mereka sahabat Ani dari kecil.

Kecil macam mana tu? Boleh kata sahabat dari zaman pegang botol susu hihi. Korang mesti ada juga kan!

Kami bergerak daripada rumah pukul 05.30 pagi dan solat subuh di tempat parking Broga Hill walhal dekat Broga dah ada surau tapi tak nampak huhu gelap hehe.

Ini kali kedua Ani mendaki Broga. Banyak perubahan dan pemandangan berbeza selepas Broga terbakar dulu.

Kisah Pendakian Puncak Broga


Kami ketika hujan di Broga
Masa ni dah hujan hihi Tak silap masa ni ketinggian 1150 


Kami mendaki dari bawah ke Puncak Broga selama 45 minit beserta hujan. Ani tak kisah berapa lama pun, sebab ni kisah kami bertiga, mungkin ada yang lebih laju dari kami namun ini moment dalam memori kami hehe.

Nak dijadikan cerita. Broga hujan masa mendaki hihi majoriti masa tu semua nak turun, yang bestnya kami gagahkan juga naik ke atas. Tak ke lawan arus hehe

Ntah tangan kakak, mak cik mana-mana Ani gapai hehe, sebab dua-dua jalan untuk naik dan turun orang nak turun disebabkan hujan. Bila mendaki ni Ani memang automatik menjadi peramah dengan semua hehe. Ani rasa dapat diri Ani masa zaman muda sikit dari sekarang hehe.

Nak turun dari puncak pun jadi cerita jugak sebabnya jalan licin selepas hujan. Ada part kami mengelungsur seperti kanak-kanak riang, ada mengesot. Kami panggil masa kami buat tu "sister ngesot" haha.Bila turun lepas hujan kaki pun jadi kena kuat, hati-hati, bila gelak pun ingat masing-masing "turun ni" hihi

Peneman Ani Semasa Di Broga Hill


Performance Drink peneman Ani di Broga
Gambar selebet , biarkan! Diri sebenar Haryani ke? ~hehe


Peneman Ani ketika di Broga adalah Performance Drink. Ani memang tak minum air lain melainkan hatta air masak sekalipun. Kalau nampak air mineral itu adalah sahabat Ani punya.

Sempat jugaklah orang tegur, katanya sedap Ani minum air oren . Tapi, bukan air oren, air Performance Drink.

Performance Drink bantu tingkatkan daya tahan badan, bekalkan daya tenaga dan ketahanan fizikal, bantu elakkan badan kehilangan air dan kekalkan paras gula.

Balik Sempat Ke Air Terjun Sungai Tekala


Bila dah jadi sister ngesot bagai , kami pun mencari tempat untuk mandi. Bersihkan diri walaupun seketika. Bahasa Ani "melengas". Sahabat Ani yang suggest kami mandi di Sungai Tekala, tapi masa nak pergi tu nampak signboard nak masuk ke Kolam Air Panas haha. Terdiam kami seketika sebabnya dah lepas huhu. Tapi ada jugak sahabat Ani sebut, kolam air panas lagi best dowh. Ani pun rasa begitu huhu. Jadi rezekinya, di Sungai Tekala :)

Motivasi Sungai Tekala


Friendship Forever


Iklan kata, pakaian senang dicuci, tapi hati yang suci sukar di cari. Kami betiga ada kelemahan masing-masing namun persahabatan itu indah.

Sahabat dari kecil sukar di cari ganti. Moga ikatan ini sampai bila-bila. Sungguh, Ani sayang mereka. Mereka kenal keluarga Ani, Ani kenal keluarga mereka. Kenangan zaman kecil mengikat jiwa, akan datang Insha Allah kasih abadi.

Terima Kasih Allah , terima kasih Sahabat! :)



Semoga Terhibur!


Ingin dapatkan pemenan Ani ketika di Broga?


 Klik di sini untuk pesan sekarang


ATAU


Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri Dengan Penjimatan Berganda


Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan keberkesanan produk dan kualiti yang terjamin, saya memerlukan Pengedar bagi setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya, Ani Haryani 014-7222642 jika berminat untuk menjadi Pengedar. Kehadiran Anda amat di alukan.


Pengedar Sah Kuala Lumpur : Ani Haryani (Shaklee ID : 1073895)
sms/whatsapp : 014-7222642
fb@Instagram : LuvHaryani
Shaklee ID : 1073895


"Do What You Love"

2 comments:

  1. Sudah lama berazam nak sampai ke puncak tetapi belum tertunai lagi.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata akubiomed bawa sekali hero-hero hingga ke puncak hehe :)

      Delete

Salam Maal Hijrah 1446H

Maal Hijrah momen penting bagi kalendar Islam yang menandakan permulaan tahun baru Hijrah.Ini adalah waktu untuk kita refleksi, introspeksi ...