Thursday 3 July 2014

Berpuasa Ikut sunnah Rasulullah :)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kali ni kita bercerita bagaimana berpuasa mengikut sunnah Rasulullah S.A.W :)


  • Bersahur
Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur. Bagaimana bersahur? Bersahur dengan waktu yang hampir dengan solat subuh. 

Rasulullah S.A.W bersabda : "Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan" (Hadis Riwayat Bukhari)

  • Segera dalam berbuka
Rasulullah S.A.W bersabda " manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa".

Dari Abi Attiyah' katanya. "Aku dan Masruq telah bertemu Ummu Al-Mu'minin r.a dan kami berkata kepadanya. "Dua orang lelaki dari sahabat Rasulullah SA.W, salah seorang mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solatnya , manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat... Ummu Al-Mu'minin berkata "Siapakah di antara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?" Kami berkata, "Abdullah iaitu Ibn Mas'ud." kata (Ummu Al-Mu'minin) Perbuatan (menyegerakan berbuka) itulah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W"

  • Berbuka dengan beberapa biji kurma


Apabila berbuka puasa, Rasulullah S.A.W akan berbuka dengan beberapa buah biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dengan kurma kering. Jika tiaad kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.

  • Tidur Qailulah


 Tidur Qailulah bermaksud tidur sebentar sebelum masuk waktu Solat Zuhur.

Dari Ibn Abbas r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui tidur qailulah (tidur sekejap sebelum Zuhur) untuk mendirikan ibadah malam.

  • Jaga Lidah
.Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "saya berpuasa" (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari"

  • Memberi makan orang berpuasa

Beri makanan kepada keluarga, jiran tetangga dan sebagainya. 

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun darinya. 
(Hadis Riwayat Tirdmizi dan Ibn Majah)

Bagi sesiapa yang dijemput untuk berbuka, Nabi S.A.W mengajarkan kita untuk berdoa setelah selesai berbuka puasa.Antara doanya adalah :

  1. Ya Allah, berilah makan kepada orang yang memberiku makan dan berilah minum kepada orang yang memberiku minum. (Riwayat Muslim)
  2. Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah engkau rezekikan kepada mereka (Riwayat Muslim)
Jom hidupkan Sunnah Rasulullah
Selamat berpuasa dan melebihkan amal ibadat :)
Semoga kita semua berjaya di dunia juga di akhirat! :)


No comments:

Post a Comment

Makanan Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium sangat diperlukan pada tubuh manusia Magnesium ini adalah sejenis mineral yang dihasilkan tubuh semulajadi yang lebih kepada tulan...